Klik dan lihat

Saturday, November 6, 2010

Pakatan Rakyat Wajib menolak Anuar Ibrahim




Anuar dan Azizah perlu jawab ini

Ini pun Anuar dan Azizah perlu jawab


Kita tidak memerlukan parasit dalam perjuangan menegakkan islam dan keadilan di Malaysia.
Mengenangkan bahawa Parasit itu sudah terseksa dan berjasa maka amat baik kiranya parasit itu mengundurkan diri dari persada politik tanah air dan bertaubat sebelum terlambat.

Imej PKR semakin buruk dan busuk..Semakin ramai pejuang-pejuang PKR meninggalkan PKR dan menjadi
'Senjata makan tuan'. Rakyat nampak benda ini semua. Adakah kerana duit dan wang ringgit semata-mata hinggakan mereka bertindak sedemikian rupa. Bukan hanya meninggalkan PKR tetapi menyumpah seranah PKR yang dahulunya mereka perjuangkan. Pasti ada peristiwa yang istimewa berlaku terhadap mereka sehingga mereka bencikan PKR.

Tiada istilah pengorbanan dan perjuangan jika PKR masih berperangai seperti manusia bertopengkan syaitan.

Tiada istilah lawan tetap lawan jika PKR masih suka menyalahkan orang lain dan melenting bila dituduh korup, salahguna kuasa dan perkara-perkara buruk yang dilemparkan. Kebenaran seharusnya di selidik dan diambil tindakan melalui amalan etika parti yang bersih bukannya mendiamkan dan menuduh konspirasi semata-mata, rakyat nampak itu.

PKR sudah dikuburkan sebelum PRU mendatang...Ahlul PKR perlu menilai dan menjadi manusia yang cerdik bukannya menjadi manusia boneka dan manusia yang mudah diperbodohkan hanya kerana marahkan pihak BN yang tidak amanah itu. Jangan lihat keburukan orang lain tetapi lihat keburukan PKR itu sendiri.

Pasti mendatang akan ada lagi Pejuang-pejuang PKR lari meninggalkan Anuar kerana marah dan kecewa. Yang lari sudah pasti akan ke BN, jika tidak mana lagi mahu pergi? Akhirnya kredit untuk BN menguasai persada politik tanah air.

No comments:

Post a Comment