Klik dan lihat

Sunday, November 28, 2010

Pas tak perlu apologetik perjuang Islam dan perlu berhati-hati dengan 'pluralism' bawaan Anuar.

Itu yang saya tunggu-tunggu, semangat perjuangan islam. Saya lihat sejak wujudnya Pakatan Rakyat, aroma islam dalam PAS itu semakin luntur dan basi. Saya lihat, hanya wujud kesungguhan untuk merampas Putrajaya sehinggakan acuan islam yang sebenar itu diperlahankan.

PAS takut dikatakan parti islam yang ekstrim. Persoalan itu yang saya ingin utarakan pada pemimpin PAS. Adakah memperkatakan sesuatu perkara yang 'haq' itu dikira sebagai ekstrim?

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan.

Saya lihat itu sudah berlaku dalam konsep Pakatan Rakyat. Saya lihat itu adalah kejayaan besar manusia liberal atau 'pluralism' seperti Anuar Ibrahim dan ramai lagi yang berada di dalam golongan PKR.

Soal hudud dilihat sepi, Pas sudah lupakan Hudud hanya kerana ingin menjaga orang buta islam dan takutkan pengkhianat islam seperti UMNO yang sentiasa mempermain-mainkan hudud dan menganggap itu adalah remeh. Saya lihat dan lihat PAS diserang diluar dan didalam.

Kejayaan Anuar Ibrahim yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.






No comments:

Post a Comment