Klik dan lihat

Tuesday, November 30, 2010

Sokong Tun M :Lebihan bangunan salah satu Budaya Konsumer yang perlu dihapuskan.



Allah SWT menegaskan bahawa punca berlaku kemusnahan di muka bumi adalah disebabkan tangan-tangan manusia

Krisis dalam masyarakat ;

1. Budaya Individualisma
2. Taksub
3. Perpecahan ideologi
4. Budaya Kuning



Krisis dalam politik;

1.Pemerintah diktator,
2.Rasuah,
3.Kezaliman,
4.Kronisma
5.Nepotisma.

Krisis dalam ekonomi;

1.Hutang negara melebihi aset dan pendapatan,
2.Perbelanjaan mengatasi pendapatan
3.Harta kekayaan negara dibolot oleh pihak berkuasa.

Setiap krisis ada punca dan jalan penyelesaiannya. Ada punca asas, ada punca teknikal dan ada punca implimental.

. Allah Azza wa Jalla inginkan kerahmatan, kedamaian, ketenteraman, pembangunan dan kemakmuran kepada dunia dan isinya. Lantaran itu diutuskan rasul-rasul dan diturunkan kepada manusia panduan hidup melalui rasul-rasul. Namun sebahagian manusia takbur dan mengikut bisikan syaitan dan dorongan nafsu yang menipu.

Menguruskan kekayaan ekonomi sebahagian dari tugas khalifah. Bumi dan kekayaannya adalah milik Allah dan diamanahkan kepada golongan bertakwa untuk menguruskannya. Apabila golongan bertakwa lemah dan tidak melaksanakan peranannya golongan fasik mengambil peranan menguasai dunia dan membuat kemusnahan.

Sistem riba, monopoli, penipuan, rasuah, menjual sesuatu yang tidak dimiliki (jual hutang, barang yang belum wujud, buah yang belum masak dan sesuatu perniagaan masa hadapan yang belum pasti), pengawasan dan kuatkuasa undang-undang perdagangan yang lemah dan wujudnya instrumen kewangan yang tidak jelas dan sikap pengurusan eset yang korup yang memanipulasi kelemahan sistem bagi mengaut keuntungan kepada diri sendiri; merupakan antara punca yang membawa kepada keruntuhan ekonomi dunia.

Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang malainkan menguncup dan akhirnya meleset.Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.

Saya berpandangan bahawa,tujuan pembinaan bangunan warisan 100 tingkat itu lebih kepada corak dan pemikiran ala kapitalis yang selalunya akan menyusahkan dan membebankan rakyat sesuatu negara itu.Jika ini berlaku nampaknya kerajaan kita sedang berbohong mengenai dasar ekonomi bawaan mereka.Kerajaan perlu berubah dari kapitalis kepada sistem yang lebih 'islamic'.

Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai rakyat dan pemimpin yang konsumer untuk membina bangunan yang kini telah menyempit negara kita sendiri.

Dalam soal ini saya sehaluan dengan mantan PM kita iaitu Tun M.Tidak perlu bangunan yang banyak jika ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat Malaysia.

KLCC masih kosong dan tidak dipenuhi sepenuhnya.Langkah yang terbaik adalah memenuhi ruang kosong itu terlebih dahulu sebelum berangan-angan membina yang lain.







No comments:

Post a Comment