Klik dan lihat

Monday, November 29, 2010

Tun M kata menara 100 tingkat tidak perlu.



Jika wujud menara warisan 100 tingkat maka akan ada satu lagi episod penyingkiran peniaga melayu secara terhormat. kita tengok keadaan di KLCC,bagaimana nasib peniaga melayu dan kita juga mesti lihat peniaga melayu di Alamanda, bagaimana nasib mereka.

Seperti kata TUN M, apa perlu bangunan baru jika kita melihat begitu banyak iklan dan tampalan mengenai ruang pejabat kosong.Adakah itu tidak membawa sebarang makna apa-apa kepada situasi hartanah di negara kita.Saya bukan lah pakar hartanah tetapi dapat merumuskan bahawa sektor hartanah di negara ini di monopoli oleh pihak tertentu sahaja sehinggakan wujudnya lambakkan di pasaran,oleh itu tepat kiranya saya katakan bahawa hal tersebut tidak akan menjana ekonomi dan ianya meyebabkan hartanah menjadi sesak dan perlahan.

Alangkah baiknya,sektor perumahan kos rendah dibangunkan bertepatan dengan langkah kerajaan untuk menaikkan pinjaman bagi pembeli rumah kali pertama.Walaupun untungnya tidak seberapa tetapi akan wujud pusingan aliran tunai yang memberi kelebihan pada kerajaan. baru lah boleh kata Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan bukannya rakyat di da HULU kan pencapaian di TAMAK kan.

No comments:

Post a Comment