Klik dan lihat

Sunday, November 7, 2010

Yang Baik Belum Tentu Baik dan Yang Jahat Belum Tentu Jahat , Mengapa ?



Dulu , semasa aku berada di sekolah asrama di Balik Pulau , kami semua diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu di surau secara berjemaah pada setiap kali waktu solat . Tetapi biasala , ada jugak yang macam liat terutamanya pada waktu subuh . Kiranya apa yang aku cuba hendak sampaikan ialah boleh dikatakan hampir setiap waktu semua pelajar akan turun ke surau untuk berjemaah dan pada malam jumaat kami akan bersama - sama membaca yassin termasuk pelajar perempuan sekali .


Tetapi , walaupun setiap hari kami melakukan rutin keagamaan bersama - sama masih lagi wujud kes - kes seperti kecurian telefon , duit dan sebagainya . Kalau lah diberi peluang sekalipun untuk sesi pengecaman wajah suspek dengan cara meminta semua pelajar berbaris dan kau perlu mencari pesalahnya adakah kau akan melakukan atau kau orang akan menjadi buntu secara tiba - tiba .


Yelah , bila tengok wajah sorang - sorang yang ada , semua baik - baik tambahan cukup pakej dengan lengkap menunaikan solat . Adakah sanggup kau menuduh salah seorang daripada mereka ? Sedangkan untuk bertindak untuk mencari bukti pun tidak sanggup rasanya . Pernah terjadi semasa di zaman matrikulasi dulu , di mana seorang yang dikatakan cukup tawaduk sifatnya , sentiasa pergi berjemaah melakukan jenayah kecurian di asrama aku dulu , susah untuk percaya tetapi itu lah realitinya .


Kesimpulanya , apa yang aku belajar .


Kita ni , kalau hidup di atas dunia , katakanlah ye , katakan lah kita ni bukan jenis yang betul - betul kukuh imannya .Tidak mengapa asalkan setiap hari kita cuba memperbaikinya tetapi dalam pada masa yang sama gunakanlah akal fikiran untuk kita membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diamalkan dalam kehidupan . Itu adalah lebih baik dari mereka yang di luar menunjuk baik dan berilmu tetapi hati penuh dengan kekotoran .

Tidak mudah untuk mencari manusia yang ikhlas. Dari sinilah lahirnya manusia yang kembali kepada Allah s.w.t. Menyesali kesilapan lalu, memohon pertolongan-Nya dengan melakukan sembahyang taubat, tahajud, tasbih, witir dan sebagainya. Tidak ada tempat berlindung selain daripada Allah.

Memang benar kata-kata yang lahir daripada orang yang dianggap ``alim'', lebih-lebih lagi luahan yang lahir daripada orang yang terkenal namanya boleh mempesonakan. Walaupun demikian, kita perlu sedar terdapat perbezaan besar di antara orang yang berilmu dan alim menurut istilah syarak.

Ada golongan manusia yang bijak bercakap dan berilmu. Golongan lain ialah manusia yang bijak bercakap tetapi tidak berilmu. Ada pula manusia yang tidak pandai bercakap, tetapi berilmu. Golongan lain ialah orang yang tidak berilmu dan tidak pandai bercakap.

Orang yang bijak berkata-kata termasuk memberi nasihat, berilmu agama tidak semestinya dia seorang yang alim. Orang yang alim ialah mereka yang berilmu (pakar), mempunyai sifat warak, zuhud dan takwa.


Maaflah , kalau penerangan yang aku beri nampak macam sangat jahil tentang agama , tetapi sekurang - kurangnya aku tidak hidup berpura - pura . Harap kita semua ada perkara ini, 'Dapat membezakan antara perkara yang buruk dan yang baik'

No comments:

Post a Comment