Klik dan lihat

Friday, December 31, 2010

Industri Saman Rakyat !


Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 telah membawa lembaran baru dalam kaedah mendidik rakyat supaya membawa kenderaan secara berhemah. Sikap rakyat yang suka membawa kenderaan dengan laju telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengaut keuntungan dengan cara penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Apa yang jelas, kerajaan gagal memberi penjelasan dan justifikasi yang munasabah dalam kewajaran penswataan AES. Rakyat Malaysia pastinya akan menyokong dan tidak sabar untuk membantu kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam AES, rakyat malaysia merasakan kaedah tersebut adalah kaedah terbaik dalam usaha menaikkan golongan koporat Malaysia yang semakin keparat.

Yang didengar dan diulang-ulang, menteri-menteri berbuih-buih memberi penjelasan bahawa sistem baru itu tidak menggunakan duit rakyat tetapi menggunakan dana dari swasta. Rakyat kena faham, bukan duit rakyat. Oleh itu, rakyat tiada hak untuk merungut atau berasa panik. Cara hidup rakyat tidak sama dengan Pak Menteri. Kenderaan Pak Menteri ada kenderaan pengiring dan mustahil akan dikenakan saman ekor.Walaubagaimana pun usaha untuk mendidik rakyat dengan cara penguatkuasaan undang-undang adalah langkah yang terbaik tetapi amatlah tidak wajar jika ianya di swasta kan.

Industri saman rakyat akan mempopularkan kerajaan di masa akan datang, dijangkakan akan wujud masalah berbangkit yang besar dan ianya akan melonggarkan dan membuka ruang-ruang rasuah dengan lebih hebat dan ketara. Sudah pasti pihak yang terlibat akan berlumba-lumba untuk memberikan khidmat swasta mereka. Maka amat tepat lah slogan Rakyat Di da Hulu Kan Kroni di Utamakkan. Pujian dan kredit diberikan kepada pencadang dan pelaksanaan dasar ini kerana berjaya berfikir sehingga ke tahap yang hebat. Hebat untuk mengaut keuntungan disebabkan kelemahan rakyat Malaysia yang gemar memandu laju.

Menteri Malaysia dilihat sudah semakin maju dan kehadapan, semakin bijak mendidik dan mengaut keuntungan. Semakin bijak guna kelemahan sebagai sebagai alasan untuk berniaga. Semakin bijak meniru negara Barat tetapi sayang kerna tidak dapat membezakan keadaan dan sosial ekonomi barat dan Malaysia yang ternyata berbeza. Diakui undang-undang Barat begitu tegas dalam mendidik rakyatnya tetapi pada masa yang sama menjaga kebajikan rakyatnya dengan terbaik. Itu beza yang Pak menteri kena tahu dan ambil tahu.


Thursday, December 23, 2010

Di Mana Silapnya SPRM ?


Arus pemodenan begitu pesat dan pantas, begitu juga dengan ketelitian jenayah rasuah. Dalam keadaan negara sedang rancak mengejar pembangunan semakin pesat jenayah rasuah itu berlaku. Rasuah bukan lagi dilihat sebagai jenayah besar atau pun dosa yang boleh membawa ke neraka tetapi rasuah dilihat kepada keperluan asas yang mendesak.

Rata-rata ahli perniagaan beranggapan memberi rasuah adalah kelangsungan hidup. Tanpa rasuah pasti perniagaan mereka akan gulung tikar atau sekadar cukup-cukup makan. Tamak mungkin perkataan yang sesuai untuk mereka. Anggapan mereka bahawa, sikap tamak adalah konsep perniagaan yang berdaya saing. Tidak dinafikan dengan cara memberi rasuah, pasti ianya mendatangkan kepentingan bersama yang menggalakkan.

Peranan SPRM amat besar. Kelicikan SPRM perlu untuk menghidu dan menutup peluang jenayah rasuah. Lebih bijak penjenayah yang melakukan rasuah maka Pegawai SPRM perlu lebih bijak dan berfikir ke hadapan berbanding penjenayah rasuah tersebut. Mendidik masyarakat adalah perkara yang amat sukar tetapi pencegahan melalui sistem, adalah konsep yang amat tepat dan sistematik.

Pencegahan melalui sistem dapat dilakukan dengan cara mengawal ataupun mengecilkan ruang rasuah berlaku, mustahil untuk menghapuskan rasuah seratus peratus buat masa sekarang tetapi mengecilkan ruang jenayah tersebut adalah logik dan praktikal. Semakin kecil ruang dan peluang jenayah rasuah semakin sukar untuk melakukan rasuah. Pencegahan melalui sistem mestilah berpandukan kepada beberapa situasi yang sesuai.

Mungkin pihak SPRM boleh menambah baik beberapa peraturan dan prosedur berkaitan perkara-perkara yang mudah terjebak dengan rasuah. Sebagai contoh; kita selalu lihat anggota polis kebiasaannya melakukan rondaan dan sekatan jalan raya tanpa mengikut prosedur yang betul iaitu berada di tepi jalan dan menahan pengguna jalan raya tanpa ada sekatan dan kaedah yang difikirkan sesuai mengikut undang-undang. Mungkin pihak SPRM boleh membuat satu kertas kerja mengenai prosedur tersebut dan menyiarkan kepada media mengenai kaedah yang sebenar supaya tiada lagi ruang dan peluang kepada anggota polis untuk melakukan rasuah. Ini lebih logik kerana orang awam akan tahu bahawa perbuatan anggota polis yang berpeluang besar untuk melakukan rasuah itu adalah salah dan ianya akan menyukarkan pihak yang terlibat untuk meneruskan amalan yang tidak sihat seperti itu.

Bagaimana pula dengan isu pendatang tanpa izin yang merupakan lubuk rasuah ? Perkara ini perlu dibanteras dengan berhemah. Pencegahan secara sistematik amat perlu dalam hal ini. Difahamkan bahawa bahagian trafik PDRM mempunyai kuasa dalam perkara berkaitan pendatang asing kerana ada satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian keselamatan dan ketenteraman awam yang berfungsi untuk mengawal ketenteraman awam iaitu ianya mencakupi isu pendatang asing tanpa izin. Di lihat wujud ruang dan peluang yang besar dalam soal rasuah, jika pihak SPRM dapat mencari kaedah untuk mengecilkan peluang rasuah ini pasti sukar untuk mereka terjebak dengan jenayah rasuah. Mungkin pihak SPRM boleh mengadakan perbincangan 3 hala diantara pihak imigresen dan pengusaha projek. Pengusaha mana-mana projek yang kebiasaanya menggunakan khidmat PATI untuk membuat projek pembinaan. Pihak SPRM boleh bertindak sebagai penasihat supaya pengusaha projek merujuk kepada pihak imigresen dan mencari kaedah terbaik agar pekerja-pekerja itu diberi pas sementara yang lebih efisen berbanding keperluan untuk membayar wang perlindungan kepada pihak berkuasa.

Begitu juga dengan mana-mana agensi lain yang terjebak dengan rasuah. Rasuah itu hadir kerana budaya yang sudah berakar dan menjadi amalan pihak yang terlibat. Budaya sukar dihapuskan dengan hanya mewujudkan kesedaran dan hukuman tetapi boleh dicegah dengan cara menutup ruang dan peluang. Pencegahan yang sistematik amat perlu dan harus dipraktikkan. Pihak SPRM boleh menyiarkan di media supaya ada pihak tampil memberi idea-idea yang bernas untuk mengecilkan ruang jenayah rasuah. Pihak SPRM juga boleh meningkatkan hubungan dengan orang ramai dengan cara berkongsi penyelesaian isu rasuah secara terbuka dan menerima pendapat dari pelbagai sumber.

Tuesday, December 21, 2010

Mind Revolution dan Agenda Negara Islam.


Perubahan minda yakni merevolusikan sikap dan persepsi komuniti yang memandang negatif dan perihal canggung sesama manusia. Kita berbaik sesama jiran yang berlainan bangsa tetapi pada masa yang sama berbicara perkara yang berlainan apabila berbual sesama bangsa. Perkara ini perlu revolusi.

Cuba kita tanamkan sikap yang positif. Merevolusikan pemikiran supaya ianya dilihat bersih dan teratur. Apabila dilihat bersih maka perlu pastikan ianya bersih sejati. Dimensi metafizik dengan dimensi empirikal dilihat tidak seimbang. Kemajuan datang apabila keseimbangan kedua-dua dimensi dicapai.

Berbicara soal metafizik dan empirikal, Jawapannya hanya satu. Kembali kepada dasar islam. Tidak kira kamu agama apa sekalipun, jika inginkan peradaban manusia yang hebat, akur kepada dasar islam akan membuatkan keseimbangan Dimensi metafizik dengan dimensi empirikal terjadi.

Untuk membuatkan Non muslim patuh kepada dasar islam, ianya akan terjadi apabila kita berbicara dan memahami bahawa kualiti hikmah lebih tinggi daripada kualiti ilmu dan yang paling penting adalah kualiti seorang mukmin itu lebih tinggi daripada kualiti seorang muslim.

Insyaallah.

Kualiti Mukmin akan tercapai apabila kelemahan syariah yang diamalkan diperbaiki iaitu kembali kepada syarak yang sebenar.

Kualiti Hikmah akan berlaku apabila wujud generasi Rabbani yang memiliki kualiti Tauhid.



Monday, December 20, 2010

Ramai yang kata Tok Guru Hadi versi Pak Lah dalam PAS

Tok Guru, ramai yang kata Tok Guru lemah longlai seperti Pak Lah. Ramai yang kata Menantu Tok Guru seperti Menantu Pak Lah. Saya ingin memohon maaf jika tersalah menegur. Tegur bukan benci tetapi tegur sebab risau, gusar dan mahukan kepastian.

Ramai yang kata Parti PAS mempunyai masalah kepimpinan. Mungkin betul atau mungkin kerja musuh dalam selimut. Apa-apa pun masalah tetap masalah. Tidak akan selesai selagi ianya tidak diselesaikan.

Ramai yang kata ahli PAS hanya tahu mengutuk lawan tetapi diri sendiri tidak betul. Ramai yang kata ahli PAS tidak boleh ditegur, pasti akan melenting dan melatah. Ramai yang kata itu semua disebabkan semangat terlebih. Ada baik ada buruk.

Ramai yang kata PAS paling mudah berpecah dan berpuak-puak. Ramai yang kata ahli PAS berlebih-lebih bila menceritakan keburukan orang lain. Ramai yang kata kekalahan PAS Terengganu disebabkan sikap bodoh sombong.

Ramai yang kata semasa PAS memegang Terengganu, tiada beza dalam soal kroni, ramai yang lihat PAS gila kuasa seperti UMNO. Ramai yang kata PAS semakin hilang kepercayaan dari golongan muda.

Ramai yang kata masalah dalaman PAS lebih parah dari rakan-rakan pakatan yang lain. Ramai yang kata ibarat api dalam sekam, membakar secara senyap-senyap. Ramai yang kata ahli-ahli PAS dan juga pemimpin PAS yang memegang tampuk pemerintahan Perak dahulu tidak bersedia dan terlalu lemah. Ramai yang kata nasib baik kuasa kembali kepada Barisan Nasional.

Ramai yang kata begitu dan begini, saya kata PAS tetap di hati, tetap sokong PAS walaupun terjebak dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang kata pasal keburukan Anwar dan PKR termasuk saya sendiri tetapi Anwar tetap di hati. Ramai yang kata Anwar meliwat dan saya mempercayainya tetapi saya tetap menyokong agenda Anwar.

Ramai yang kata saya silap tetapi saya kata tidak. Ramai yang kata saya kurang matang tetapi saya kata saya matang. Itu lah dunia, kepentingan diri tentu jadi agenda diri. Kepentingan dengan harapan, harapan negara jadi lebih baik dari sekarang. Ramai yang kata kedua-duanya sama ada pembangkang dan pemerintah sama bila berkuasa, saya kata tidak. Pasti ada sirna keburukan yang akan membawa sinar.

It Gets Better In Malaysia: Perlu langkah bijak pihak berwajib menghapuskan golongan Sodomi


Begitu 1Malaysian. Semua kaum terlibat dengan songsang. Jakim perlu tangani isu ini. Isu yang semakin merebak. Pihak berkuasa perlu gempur markas mereka. Hubungan liar semakin parah. Begitu berani, youtube ini memalukan.

Perkara ini kadang kala membuatkan kita cepat melatah, tetapi awas ! Persatuan songsang yang wujud , pasti ada penaung dan mentornya. Selidik dan hapuskan golongan yang Nabi Muhammad tidak mengaku sebagai umat itu.

Sunday, December 19, 2010

Roh islam yang luntur tidak semanis slogan PAS untuk semua.


Semakin hari, jiwa semakin resah. Roh islam dalam parti semakin luntur. Semakin ramai penderhaka yang ingin menjatuhkan Tok guru Hadi dan barisan para ulama'. Sedih, lihat jiwa islam dibeli dengan harga yang murah. Malang negara ini mempunyai golongan Profesional yang rabun mengejar kuasa.

Agenda negara islam bukan lagi keperluan. Negara islam bukan lagi Roh perjuangan parti. Sudah lah Umno menolak agenda islam keseluruhan dan mengaplikasikan islam ibadat sahaja yakni bukan cara hidup. Lebih malang ditolak oleh rakan pakatan. DAP tidak perlu kita hiraukan kerana mana mungkin Kafir menyokong agenda islam sekalipun mereka faham islam. PKR adalah jelmaan Umno, berperangai Umno, wadah Umno. Berbeza sekalipun kerana terdiri daripada pelbagai kaum.

Apa yang kita kenal, apa yang kita tahu soal ajaran dalam kehidupan islam, kita menyakini bahawa berhukum kepada selain hukum Allah adalah kemunafikan yang tak mungkin berpadu dengan prinsip dasar iman.

Barang siapa dengan sedar dan sukarela keluar dari hukum-hukum syariah, maka ia benar-benar keluar dari islam. Ketaatan mutlak hanya milik Allah dan rasul-Nya. Adapun ketaatan kepada selain keduanya, seperti kepada pemerintah, ulama, wali, suami, orang tua, majikan, atau yang lainnya, dibolehkan selama tidak dalam kemaksiatan kepada Allah.

Kadangkala kita mudah tertipu tetapi amat hina jika kita biarkan diri kita terus diperbodohkan. Keyakinan islam dominasi jihad. Jihad kerana Allah berakhir dengan kemenangan mutlak.


Tubuh IPCMC, Bebaskan PKR dari SPRM dalam 100 hari PR memerintah

Saudara Saifudin Nasution, tajuk entry ini mungkin sesuai berbanding tajuk sampah sarap kamu.

Rata-rata pemimpin PKR begitu ramai yang bergelumang dengan najis rasuah dan salahguna kuasa. Oleh kerana itu, mereka begitu bencikan SPRM. Amat malang jika PKR diberi kuasa pada pilihan raya yang mendatang.

Saya mencadangkan 1 penyelesaian kepada perkara rasuah jika PR memerintah.

"Pemimpin PKR yang berhati mulia dan berjiwa rakyat perlu berkorban dan tidak mengambil apa-apa jawatan dalam kerajaan seandainya PR memerintah Pusat ataupun mana-mana negeri. Jika Parti sampah itu ada jawatan dalam kerajaan, pasti bumi Malaysia dipenuhi biawak dan sesumpah"

Rakyat Miskin, Kroni Anwar Kaya - Faizal


Menjawab kepada entry yang bertajuk sampah sarap:

Saya berpandangan mungkin Nurul Izah terkeliru dengan kroni Umno. Untuk pengetahuan Nurul, kroni Umno yang mengaut kemewahan negara adalah kroni Anwar sendiri. Hasil wang haram dan kuasa terdahulu lah yang menyebabkan Bapa Nurul mampu mengecapi kemewahan hidup sekarang. Jika tiada itu semua pasti Bapa Nurul sudah merempat dan berlegar-legar keliling Malaysia dengan hanya menaiki Proton Saga sahaja.

Lihat sejarah keluarga Nurul, tanya Bapa Nurul. Maaf Nurul, bukan niat ingin mengaibkan kamu sekeluarga tetapi tidak mahu kamu terus menyentuh perkara yang kamu sedar ianya adalah berpunca daripada bapa kamu sendiri. Bapa kamu adalah pengasas Rasuah negara kita semasa berkuasa dahulu. Risik-risik dahulu sebelum kamu menuduh orang lain. Saya bukan pembela Umno tetapi tidak suka syaitan yang bertopengkan pemimpin anugerah tuhan.

Nurul perlu bertanya kepada Bapa Nurul, tidakkah Bapa Nurul semasa berkuasa dahulu tidak mengambil Rasuah. Jika pasti dengan perkara itu, maka layak lah kiranya PKR menyuarakan isu rasuah di khalayak umum. Saya ulangi pendirian saya, PKR adalah parti sampah sarap yang bakal melonggokkan kotoran di muka bumi Malaysia.

Anwar Ibrahim hanya Haiwan politik.

Anwar Ibrahim sudah sampai tahap Political Animal. Saya bukan Anti PR tetapi benci dengan penipu seperti DSAI. Penipu itu telah membunuh semangat politik anak muda Malaysia. Selagi ada makhluk perosak bernama Anwar selagi itu PR tiada keberkatan.

UMNO bukan dalam kamus hidup begitu juga parti pembela Anwar iaitu PKR. PKR adalah parti yang berasal dari tujuan sampah. PKR adalah wadah untuk membebaskan Anwar. Wadah yang busuk, wadah yang bukan tergolong dalam umat Nabi Muhammad.

PAS adalah parti yang bernasib malang. Malang kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak berkeyakinan. Pemimpin-pemimpin yang mudah ditipu, mudah diperkotak-katikkan. Begitu ramai profesional dalam PAS tetapi masih mengamalkan budaya kuno. Bukan bermusuh dengan parti PAS, cuma terkilan kerana usaha baik mereka untuk tujuan islam telah dihalang oleh bajingan-bajingan politik.

Sistem politik Malaysia sudah lebur. Tiada lagi parti yang boleh disandarkan harapan. Harapan hanya berdasarkan kriteria calon. Semua parti sudah busuk dan mempunyai sesetengah wakil yang ditahap sampah. Tahap sampah itu telah mencetuskan pembohongan dan situasi kacau bilau.

Matlamat wakil rakyat bukan lagi untuk membela kawasan setempat tetapi memperjuangkan agenda sampah masing-masing. Rabun mengejar kuasa. Rakus mempertahankan kawan yang sampah. Dalam islam tidak diajar untuk mempertahankan pencuri dan perompak, apatah lagi mempertahankan manusia bernafsu songsang dan pemutar tutur kata.

Teringat kata-kata Anwar Ibrahim, beliau kata jika beliau dibebaskan nanti beliau akan berjuang dengan menggunakan proton saga sahaja. Kata-kata itu sudah cukup, ianya sememangnya kata-kata sampah-sarap. Cocok jika ramai yang labelkan Anwar sebagai sesumpah.

Anwar Ibrahim jangan melampau, jangan halang isu islam dibicarakan pada konvesyen PR nanti. Sumpahan buruk pasti menimpa ke atas kamu wahai Anwar bin Ibrahim. Jangan halang rakan-rakan memperjuangkan islam. Jangan teruskan agenda sempit kamu. Awas ! kebangkitan gelombang menolak pembohongan pasti akan tiba. Tika saat itu topeng muka kamu pasti akan tercabut menyembah bumi.

Thursday, December 16, 2010

Perolehan Kerajaan


Sejak 2 hingga 3 hari lepas kes rasuah banyak diperkatakan, sama ada di Media elektronik mahupun media cetak. Ada yang dikenakan hukuman 19 tahun penjara ada juga yang dikenakan hukuman penjara 18 bulan.

Syabas diucapkan kepada pihak yang menyiasat iaitu SPRM dan juga pihak pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara.

Ingin menyentuh sedikit isu berkaitan perolehan. Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan entry ini. Sebenarnya Kerajaan Malaysia mempunyai cara dan langkah yang terbaik jika langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal. Antara yang paling ketara adalah sistem pembelian yang diamalkan oleh Kerajaan buat masa ini, nampak kelemahan yang ketara.

Semua pihak tahu bahawa, Kerajaan sememangnya prihatin dan berkebajikan dalam soal pembelian sektor awam tetapi kerana prihatin itulah membuatkan rasuah senang dan mudah untuk dilakukan. Oleh kerana mana-mana agensi kerajaan tidak boleh melakukan pembelian secara 'direct' dan memerlukan pihak kedua maka di situ pastinya akan wujud ruang dan peluang jenayah rasuah.

Jika tidak wujud rasuah sekalipun pasti harga barang yang dibekal akan melambung berlipat kali ganda. Tidak dinafikan, sememangnya konsep tersebut adalah untuk membantu rakyat kita dalam perniagaan tetapi yang menjadi mangsa adalah golongan pembayar cukai. Golongan yang mendapat kebaikan dan keuntungan hanya dalam peratusan yang kecil sahaja. Kesan terburuk adalah pembaziran dan lebihan belanja yang mengundang kadar inflasi yang tinggi.

Kita banyak dengar mengenai kualiti barang yang dibekal. Kualiti tidak setanding dengan harga yang dibekalkan. Begitu juga dengan sistem tender. Begitu banyak tender yang lemah. Begitu banyak kroni. Begitu banyak usaha lobi melobi. Begitu banyak dosa akan ditanggung.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai, 2011 bakal menjelma. Sudah pasti golongan pembekal dan kontraktor tengah sibuk membuat strategi masing-masing. Apa-apapun semoga perbelanjaan berhemah dapat dipraktikkan pada tahun hadapan demi mencapai keberkatan hidup.

Wednesday, December 15, 2010

Harga minyak naik lagi.

Langkah melarang penggunaan minyak bersubsidi ke atas kereta persendirian itu dijangka akan menyebabkan kadar inflasi meningkat.

Tetapi ianya berlaku di Indonesia. Malaysia masih Ron 97= RM 2.30 manakala minyak di indonesia bersubsidi= RM 1.65 sen bagi gred tinggi. manakala tanpa subsidi RM 1.95.

Keliru bukan. Entry ini memang keliru. Apa yang dimaksudkan minyak gred tinggi.

Menurut berita tersebut RM 1.95 bagi minyak gred tinggi adalah mengikut harga pasaran manakala harga pasaran gred tinggi di Malaysia pula RM 2.30.

Mungkin saya silap. Mungkin gred minyak Indonesia tidak setinggi minyak Malaysia.

Rahsia Anwar di Poket Karpal Singh.

Saya memang sangat berharap entry ini di baca oleh kepimpinan PAS ataupun blogger setia PAS yang berjuang berlandaskan kebenaran dan keadilan.

Tidakkah kita terfikir bahawa segala rahsia Anwar Ibrahim sudah dipegang oleh Karpal Singh, oleh itu tidak hairan lah jika konsep Negara Islam yang diimpikan oleh PAS itu tidak dibenarkan dan diberi amaran supaya tidak disentuh langsung semasa konvesyen PR yang akan datang. Saya tidak hairan jika ianya dicadangkan oleh orang lain tetapi rasa sangsi kerana ianya dicadangkan oleh Anwar dan Karpal. Apakah ada agenda tertentu sehinggakan Anwar yang dikatakan sebagai pemimpin anugerah tuhan itu bersengkongkol dengan anti islam seperti Karpal.

Saya bukannya anti DAP, ada pemimpin DAP yang berdidikasi. Tetapi jika Karpal, pasti bukan pilihan. Karpal anti islam secara terang-terangan manakala Anwar berpandangan plural.

Mungkin Anwar tidak kisahkan konsep islam PAS tetapi tidakkah puak-puak PAS rela. Jika UMNO ditentang kerana tidak sehaluan dalam konsep negara islam, bagaimana dengan rakan-rakan pakatan yang beragama islam. Sepatutnya mereka senada dan seirama dalam soal islam. Pemimpin PAS perlu sedar dan bangun dari mimpi. Mimpi untuk menduduki Putrajaya sehinggakan perjuangan islam diperlahankan. Takut nanti perjuangan islam itu terkubur terus dan tidak kesampaian.

Kita Lupa pada hujahan hakim sebab kita tidak tahu

Bukan hendak membela mana-mana pihak tetapi mengajak berfikir secara ilmiah.

Mahkamah Persekutuan yang bersidang pada 2 September 2004 telah memutuskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua dari tiga hakim mendapati beliau tidak bersalah. Ini jelas menunjukkan tiada campur tangan Dr.M dalam keputusan hakim di negara ini. Cukup lah kita menyalahkan Dr.M atas apa yang berlaku pada Anwar. Tolong fikir dengan rasional. Buat solat hajat agar diberi petunjuk agar kita tidak berterusan menyalahkan orang yang tidak bersalah, yang kita tuduh macam-macam. Cukup lah tohmahan yang Dr.M terima. Kita lihat Fakta-fakta di bawah, jika ada campur tangan pasti Anwar sudah didapati bersalah dan dihukum.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengulas perkara ini di dalam blognya pada 4 Julai 2008.

Kata bekas Perdana Menteri itu : "yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku."

“Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.”

“Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

“Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan. “

“Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.”

“Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.”

“Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.”

Ringkasan penghakiman tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004


“To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law. We may be convinced in our minds of the guilt or innocence of the appellants but our decision must only be based on the evidence adduced and nothing else.” – Sept 2, 2004

(DATO’ ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMAD)

Hakim Mahkamah Persekutuan (FEDERAL COURT)

Malaysia.

ABDUL HAMID MOHAMAD F.C.J.

RAHMAH HUSSAIN F.C.J.

TENGKU BAHARUDIN SHAH TENGKU MAHMUD J.C.A.


Kegagalan institusi kehakiman adalah disebabkan gagal meyakinkan orang ramai apa itu undang-undang. Ada baik dan keburukan tetapi dari segi politik akan menghukum pihak yang tidak bersalah. Mudah bijak pandai membobrokkan keadaan tersebut.

Di Tampal: Wikileaks Anwar

Anwar Ibrahim Oktober lalu di Jakarta mengaitkan batik Malaysia sebagai jelek dan bermutu rendah, malah beliau dengan angkuh mengatakan dirinya lebih sanggup memakai batik Afrika berbanding batik Malaysia.

Kenyataan Anwar ini kalau kita terjemahkan ke sudut lain seperti yang berlaku ke atas dirinya. Ada benar keluhan yang dilontarkan di Indonesia itu, Anwar sebenarnya cukup banyak berdendam dengan nama Malaysia dan kaitannya.

Ungkapan Batik itu hanyalah Instrumen kebencian Anwar kepada produk buatan Malaysia seperti Khairani, bekas penulis ucapannya, Azizan pemandu peribadi isterinya Datin Seri Wan Azizah dan kini Saiful Bukhari dan belum termasuk lagi dengan pendedahan Rahimi dan Rasid.

Anwar sedar mereka inilah yang telah mencemarkan nama baik dirinya, malah mengaku kepada pihak berkuasa sehingga nama baik dirinya yang sebelum ini umpama ‘dewa’ telah tercemar di dalam kes menyondol punggung lelaki dan salah guna kedudukan.

Sebab itulah, hari ini, kalau kita perhatikan Anwar lebih percaya kepada bangsa lain untuk membantunya seperti Nathaniel Tan, Setiausaha kepada dirinya sebagai Pengerusi di Foundation For Future, Aasil Kazi Ahmad, warga Pakistan yang menguruskan operative dan kerja-kerja komunikasi Anwar di luar negara.

Begitu juga dengan Sukma Darmawan (warga Indonesia) yang sanggup bersubahat memuaskan nafsu liar dirinya umpama nafsu kanggaro, dan tidak ketinggalan Dr. Munawar Aness ( warga Pakistan dan Amerika ) yang kita tidak tahu siapa liwat siapa antara hubungannya itu.

Dan yang terbaru Anwar juga dikatakan mempunyai hubungan dengan saudara kepada Sukma Darmawan bernama Donny, tatkala Anwar berkunjung ke Jakarta, lelaki jambu itulah yang akan menyambutnya dan menemaninya.

Mungkin faktor inilah yang menyebabkan beliau sukakan Indonesia, mereka lebih dipercayai sebagaimana yang dibuktikan oleh Sukma Darmawan, sanggup menyimpan rahsia dan segalanya.

Kalau Anwar katakan Afrika lebih baik pada dirinya, ia tidaklah begitu pelik kerana umum mengetahui siapa yang menduduki carta paling tinggi melibatkan kes-kes berporfil jenayah sama ada melibatkan penyeludupan dadah, syabu dan jenayah kewangan, kesemuanya banyak datangnya dari benua Afrika. Demi duit mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Ya, benar Saiful, Rahimi, Rasid malah Azizan mungkin pernah mempunyai kegagalan dalam akademik dan faktor itulah Anwar mengambil kesempatan ke atas mereka.

Namun Anwar lupa bahawa kesemua mereka itu adalah Melayu beragama Islam yang tahu halal dan haram.Mungkin adakalanya mereka pernah terpesona dengan imbuhan Anwar namun akhirnya mereka sedar akan dosa dan pahala kerana mereka juga adalah fundamental Melayu.

Disebabkan faktor fundamental Melayu Islam lah kuasa besar penjajah dunia seperti Belanda maupun Portugis walau pun pernah merampas dan menjajah Melaka serta membina gereja, gerakan Kristianinasi tidak berjaya sepenuhnya dilaksanakan di Melaka dan Tanah Melayu sewaktu itu.

Walaupun British datang selepas itu dan menjajah negara kita beratus tahun, namun akidah orang Melayu masih tetap tidak tergugat, malah seorang peliwat dalam alam Melayu langsung tidak boleh diterima. Begitulah rapatnya hubungan budaya Melayu dan Islam.

Dan perkara ini berbeza di Filipina malah di sesetengah tempat di kepulauan Indonesia. Sepanyol cukup berjaya dalam misinya menyebarkan agama Kristian di Filipina, manakala di Indonesia gerakan Kristianisasi berkembang secara pesat semenjak era Belanda hinggalah sekarang, lebih-lebih lagi pada era kebebasan pasca reformasi.

Malah kini gereja terbesar di Asia Tenggara terletak di Indonesia sebagai menyahut idea konsep pluralism agama pembawaan Cak Nur dan Gus Dur, dua idola yang menjadi pujaan Anwar Ibrahim.

Inilah sebenarnya yang mengecewakan Anwar. Idea Islam Liberal yang cuba dibawa masuk dari Indonesia ke Malaysia juga terencat. Malah idea politik berlandaskan pluralism agama juga sehingga kini masih sukar untuk Anwar aplikasikan ke bumi Malaysia.

Malaysia jelek pada pandangan Anwar kerana keberanian fundamental Melayu yang tetap menolak idea sampah dirinya.

Mungkin ada segelintir Melayu yang menyokong ideanya, namun lambat laun, umum akan sedar bahawa Kamal Atarturk Malaysia itu hanyalah manusia pembohong sahaja.

Sumber asal:http://www.anwaraidc.com/

Tuesday, December 14, 2010

Saman Dr.M: Wikileaks



Semakin lama mengikuti dunia politik Anwar Ibrahim semakin memahami corak dan strategi beliau. Strategi berdasar persepsi, strategi berdasarkan manipulasi kelemahan kendiri atau istilah popular 'Tai Chi'. Menyerap semua beban dan letakkan beban terhadap lawan. Itu yang saya lihat dalam kes saman terhadap Dr.M.

Jika difikir secara normal, tiada apa-apa kelebihan ataupun harapan untuk memenangi kes saman yang dicadangkan tetapi ianya lebih ke arah membentuk persepsi agar dilihat bersih dari tohmahan yang dilemparkan. Bagi manusia yang normal, mungkin sukar untuk dipengaruhi tetapi pemikiran manusia yang fanatik sememangnya akan menerima logika ciptaan 'Tai Chi'.

Banyak sangat dosa Anwar terhadap Dr.M. Anwar gunakan Dr.M sebagai titik bengit. Anwar gunakan cara menyaman untuk elakkan musibah di masa hadapan. Bijak, memang diakui strategi dan pemikiran yang hebat.

Syabas anugerah tuhan. Anda memang layak dijadikan tokoh. Nama anda layak diletakkan di muzium negara. Dijadikan kenangan dan contoh tauladan agar tiada lagi muslim yang akan mengikuti jejak langkah anda. Anda telah membunuh bangsa anda sendiri. Anda telah melambatkan kemajuan negara kita. Percaturan anda menyebabkan para pemimpin sibuk dengan percaturan politik masing-masing sehinggakan kemajuan negara di ketepikan.

Kenali Wikileaks.

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press. Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya. Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan. Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia"



Rujukan:

  1. "wikileaks.org – Traffic Details from Alexa". Alexa Internet, Inc. http://www.alexa.com/siteinfo/wikileaks.org#. Retrieved 27 November 2010.
  2. Ralat petik: Tag tidak sah; teks bagi rujukan aboutwikileaks tidak disediakan
  3. Haddow, Douglas. "Grim truths of Wikileaks Iraq video", The Guardian, 7 April 2010. Dicapai pada 7 April 2010. “... a Sweden based non-profit website”
  4. McGreal, Chris. Wikileaks reveals video showing US air crew shooting down Iraqi civilians, The Guardian, 5 April 2010.
  5. "Wikileaks has 1.2 million documents?". Wikileaks. http://www.wikileaks.org/wiki/Wikileaks:About#Wikileaks_has_1.2_million_documents.3F. Retrieved 28 Februari 2008.
  6. "Afghanistan war logs: the unvarnished picture", 25 Julai 2010. Dicapai pada 26 Julai 2010.
  7. "Twitter / WikiLeaks: El Pais, Le Monde, Speigel". Twitter.com. http://twitter.com/wikileaks/status/8924979961798657. Retrieved 2010-11-29.
  8. Kris Danielle (2010-11-25). "1,796 memos from US embassy in Manila in WikiLeaks 'Cablegate'". ABS-CBN News. http://www.abs-cbnnews.com/nation/11/29/10/1796-memos-us-embassy-manila-wikileaks-cablegate. Retrieved 29 November 2010.
  9. Scott Shane. "Leaked Cables Offer Raw Look at U.S. Diplomacy", The New York Times, 28 November 2010.

Ketahui Lebih lanjut di sini:

Monday, December 13, 2010

Kahwin kanak-kanak: Shahrizat perlu 'lebih bijaksana'


Sejak kebelakangan ini, sibuk dengan isu Anwar meliwat sehinggakan kita terleka dengan perkara yang ditimbulkan oleh Shahrizat. Saya tidak akan gelar orang sebegini dengan gelaran terhormat kerana beliau sendiri menjatuhkan maruahnya sebagai muslimah.

Sharizat kata, Mahkamah Syariah perlu teliti pasal perkahwinan membabitkan kanak-kanak. Saya anggap kenyataan beliau itu salah dan tidak benar. Kes yang terjadi bukan terhadap kanak-kanak tetapi remaja. Umur 14 tahun sudah boleh dikategorikan sebagai remaja.

Sharizat perlu bijak, jangan tunjukkan kejahilan. Berharap cakap-cakap orang sebegini tidak membawa kesan kepada masyarakat islam. Jangan haramkan perkara yang tuhan Halalkan. Tidak salah golongan remaja tersebut berkahwin muda. Pasti ada sebab yang terbaik untuk mereka. Jangan halang kebaikan. Lihat isu remaja mengandung tanpa nikah, itu lah sebenarnya yang perlu diambil perhatian bukannya isu yang sememangnya dibenarkan oleh islam. Jangan lawan islam Sharizat. Lawan islam itu serupa lawan ketentuan tuhan, pastinya sharizat tahu.

Siapa dia pertubuhan wanita yang tidak setuju tu. Kamu semua memang tidak berakal. Takkan nak semua perempuan di Malaysia ini ikut jejak langkah kamu. Belajar tinggi-tinggi tapi gagal memahami kebebasan islam yang membawa ke arah kebaikan tetapi bangga dengan kebebasan ala barat. Renung-renungkan lah !! Apa-apapun Tahniah dengan pendirian Dato' Seri Mohamed Nazri.

Inilah jadinya jika pemimpin UMNO terdiri daripada golongan buta kayu dan jahil tentang islam. Jika jahil jangan lah timbulkan isu yang boleh memudaratkan islam. Fikir secara mendalam, apakah kesan dan pandangan non muslim jika perkara yang dibenarkan oleh islam dipertikaikan oleh orang islam sendiri.

wikileaks: Anwar hebat serba serbi..Ronda 1 negara untuk berbohong

Bila baca harakah pasal
Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks

Saya tergelak sorang-sorang..modus operandi yang sama, masih tak berubah. Masih lagi nak menambah dosa. Canang sana sini, kata semua tu konspirasi.

Pasal Najib dia kata betul, bila kena batang hidung dia kata konspirasi..heheheh..

Nak cerita banyak dah jemu lihat aje laa komen di bawah nie..

Anonymous said...
Teman ni sebenonya penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila. 2. Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan dia dalam kerajaan, timbul juga tandatanya didalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari kebenaran. Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis). Dalam islam mesti dengo dua belah pihak. 3. Teman pun dengo juga ucapan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2 untuk bekerja balik sebagai Doktor. Kesian juga mendengo Nuar keluar seolah keluar sehelai sepinggang.Pendengar bukan main marah dan memaki hamun Dr. Mahathir. Timbullah gelaran MahaZalim, Mahafiruun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengarnya tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.Mahathir. 4. Teman pun pergi pulak dengo dipihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr.Mahathir. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir Dr.Mahathir berkata "TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING ADAKAN SEMBAHYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN." Tersentak teman dibuatnya. 5. Mana mungkin Dr.Mahathir suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginayai Nuar. Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 diseluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu mohon Allah tunjukkan kebenaran. Tak berapa lama kemudian Dr. Mahathir menunai ibadat umrah. Bila tiba musim haji, Dr.Mahathir pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah haji. Di Mekah dia telah diberi kesempatan masuk ke dalam Kaabah dan di Madinah ke makam Nabi Muhammad S.A.W. 6. Sekembalinya Dr.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr.M berbaris mengambil barang makanan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Katanya "Saya lihat muka Dr.M jernih, bersih". 7. Allah telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat. Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya terinaya tidak membawa seluruh keluarganya ke tanah suci. Bukankan dia orang yang terinaya? Bukankah doa orang yang terinaya akan dimakbulkan oleh Allah? Sebaliknya di round Malaysia menghasutkan rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dr.M. 8. Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat. Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan saudara Saiful Bukhari Azlan pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah tetapi Nuar sampai hari ini tidak berani melakukannya. Orang takut kerana benar atau kerana salah? Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum

Sunday, December 12, 2010

Manusia jadi bodoh kerana nafsu songsang



Salah faham segelintir masyarakat islam terhadap erti kebebasan telah menjerumuskan mereka kepada melakukan perbuatan diluar batas yang dibenarkan oleh islam. Walaupun Islam sebenarnya adalah agama yang mendukung kebebasan, tetapi kebebasan itu bersandar dan berpaut ke arah kebaikan.

  • · Bebas untuk berfikir dan membuat keputusan,
  • · Bebas untuk bersuara dan mengkritik,
  • · Bebas untuk melakukan apa sahaja.

Namun kebebasan yang didukung oleh islam bukan kebebasan mutlak. Kebebasan yang terikat kepada syarat dan peraturan tertentu.Selagi mana kebebasan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak mengambil atau pun mencerobohi hak-hak orang lain,maka islam membenarkannya.

Masyarakat islam yang terlalu bebas akhirnya memakan diri sendiri. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan sumbang dan munkar seperti liwat, bersekedudukan,berzina,meminum minuman keras dan berbagai lagi kemaksiatan dengan alasan kebebasan.Kebebasan menurut mereka ialah boleh melakukan apa sahaja menurut kehendak hati dan nafsu,biar pun ia bercanggah dengan kehendak agama dan bertentangan dengan nilai murni kehidupan bermasyarakat.Apa sahaja yang datang dari barat,diterima dan diagung-agungkan,walaupun ia menodai fitrah manusia yang sebenar.

Golongan yang tidak berfikir,tetapi menjadikan hawa nafsu mereka sebagai panduan dalam membuat sesuatu keputusan juga dicela oleh islam. Dari segi fitrah, sememangnya seorang lelaki sepatutnya menginginkan seorang wanita namun dari sudut pandang psikologi, manusia dilahirkan dengan kedua-dua keinginan dari segi nafsu. Dalam proses pembesaran, personaliti terbentuk berdasarkan pengalaman, interaksi dan persekitaran yang dilalui seseorang. Lazimnya, mereka yang memilih untuk melakukan perhubungan songsang, pernah melalui masalah atau gangguan dalam perhubungan sosial mereka. Misalnya mereka masuk ke sekolah berasrama, meskipun dididik dengan naluri keinginan kepada jantina berlainan, tetapi disebabkan kesukaran, atau masalah pergaulan, mereka akan ada keghairahan terhadap pasangan sejenis.

Banyak sebab dan faktor perhubungan sumbang ini berlaku, tetapi akarnya cuma satu iaitu peluang.

Ada orang yang suka, biasa dan seronok melakukan hubungan seperti ini. Apabila ada peluang untuk melakukannya, sukar untuk mereka menarik diri daripada tidak buat lagi. Ia seperti hubungan seks biasa tapi selera mereka yang berbeza.


Adakah benar tanggapan yang sekali terjebak dalam perhubungan songsang, sukar untuk seseorang itu berpatah balik ?

Tersangatlah susah untuk membuatkan mereka mengaku melakukan perhubungan songsang. Apatah lagi jika pelaku dari kalangan lelaki dominan.

Manusia kadangkala menjadi bodoh kerana nafsu. Walaupun ianya songsang tetapi kebiasaan membuatkan mereka terjebak dan ketagih. Walaupun dalam sedar mereka tahu ianya merosakkan diri tetapi nafsu yang buas sukar dikawal dan ianya diakui oleh pakar-pakar jiwa.

Satu pembohongan perlu ditutup dengan seribu pembohongan yang lain. Apabila pembohongan terbongkar kebiasaannya pembohong akan mengambil masa dan akan menjawab dengan teliti, itu merupakan salah satu ciri-ciri pembohong.

Berbalik kepada soal songsang tadi, golongan ini perlu dibantu agar berubah dan bertaubat. Tetapi awas !!! Golongan ini tidak layak diberi kuasa. Jika tidak pasti akan membinasakan dan kebiasaan itu juga akan jadi budaya. Budaya ini akan merosakkan persekitaran.

Setiap muslim bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan,buah fikiran,teguran dan kritikan membina dalam sesuatu perkara. Malah islam menjadikannya sebagai suatu kewajipan bagi setiap individu muslim terutamanya jika ia melibatkan masalah ummah seperti menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada kemunkaran.Umat islam diseru supaya tidak takut berkata benar.Berkata benarlah walaupun ianya pahit.

Perisikan Australia percaya bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam sodomi

Baca link ini untuk tahu lebih lanjut:
Dunia akhir Zaman, Musang berbulu ayam

Berharap Anwar segera taubat. Berlapang dada dan contohi Dr Khir Toyo.

Kami tak rela pemimpin songsang.

Saturday, December 11, 2010

Putrajaya:Bangun atau Rebah, tsunami sudah berakhir

Gelombang tsunami yang lepas semakin berkurangan, walaupun kerajaan Najib-Rosmah begitu banyak melakukan kesilapan dalam percaturan negara tetapi populariti Pakatan Rakyat masih di tahap suam-suam kuku. Pakatan Rakyat masih dilihat lemah dan tidak mampu menerajui negara. Masalah dalaman Pakatan Rakyat terlalu banyak, jatuh bertimpa-timpa sehinggakan mereka-mereka yang melakukan kesilapan terpaksa menipu dan menyalahkan lawan jika sesuatu isu yang buruk berlaku terhadap mereka.

Budaya pancung-memancung, Budaya kroni, dan Budaya silap mata masih wujud dalam Pakatan Rakyat. Rata-rata rakyat masih anggap politik itu kotor yakni pemerintah dan pembangkang 2x5. Saya berpendapat tiada keberkatan dari tuhan, sebabnya masih ramai pengkhianat, penipu, kaki putar alam, alim-alim kucing, dan sebagainya yang wujud dalam kem Pakatan Rakyat. Walaubagaimana pun masih ada yang hebat dan layak digelar pemimpin berbanding UMNO.

Sebenarnya masa depan Pakatan Rakyat begitu cerah jika mereka tidak cepat lupa diri. Saya lihat jadual pemimpin mereka begitu padat dengan program-program bersama rakyat, cuma mereka tidak mendapat sokongan dari media. Rakyat yang buta politik kebanyakkannya tidak kenal dan mengetahui apa yang telah pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Contoh yang terbaik untuk hari ini adalah Dato seri Nizar Jamaluddin, beliau sememangnya pemimpin berjiwa rakyat. Beliau layak dijadikan contoh kerana kesungguhan beliau. Rakyat nampak itu. Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain perlu belajar dengan beliau.

Kejayaan Pakatan Rakyat akan berlaku apabila Anwar tidak berlagak sebagai ketua dan menentukan segala-galanya. Pakatan Rakyat akan runtuh jika Anwar masih cuba mendahului tokoh-tokoh yang lain. Berkorban lah saudara Anwar jika kamu benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.


Friday, December 10, 2010

Peragut, perompak dan perasuah ada persamaan

Rasa banga dengan pihak polis kerana mereka anti rasuah dan mengamalkan integriti. Tahniah pihak polis. Indeks rasuah polis masih tertinggi, ini yang membuatkan saya musykil dan tertanya-tanya. Kenapa boleh jadi begitu ?

Begitu juga dengan Penguatkuasa undang-undang yang lain, saya rasa ini berlaku disebabkan mereka ada kuasa, ruang dan peluang untuk melakukan jenayah rasuah. Begitu juga dengan jenayah ragut, peragut melakukan jenayah tersebut kerana wujudnya ruang dan peluang, harap pembaca setuju dengan saya. Tetapi peragut tiada kuasa, jadi lebih mirip kepada perompak, ianya kerana perompak mempunyai kuasa.

Perompak ada kuasa kerana menggunakan senjata sebagai kuasa untuk merompak manakala penguatkuasa undang-undang menggunakan kuasa untuk meminta rasuah tetapi masih boleh dikategorikan menggunakan kuasa untuk merompak. Mangsa rompakan memberi harta benda kepada perompak kerana takut, begitu juga perasuah. Pemberi rasuah memberi rasuah kerana takut juga. Takut dikenakan apa-apa tindakan. Paling senang di 'PAU' sudah pastinya warga asing. Zaman sekarang perompak@perasuah bukan setakat melakukan jenayah di jalanan tetapi membawa pulang ke sarang mereka dan ianya menjadi kebiasaan. Masing-masing menerima habuan dan serupa cerita Ali baba dan 40 penyamun. Seolah-olah mereka itu serupa dengan penyamun dan ketua mereka sebijik macam ketua penyamun.


Peragut meronda-ronda menunggu peluang untuk melakukan jenayah, begitu juga dengan golongan perasuah, meronda-ronda dan menunggu peluang untuk melakukan jenayah rasuah. Tiada beza dari segi perbuatan dan moral tetapi berbeza dari segi perlaksanaan. Harus diingat ada juga pemberi rasuah terdiri daripada orang yang berkepentingan ataupun golongan 'cari makan'. Golongan ini yang sepatutnya dihapuskan, kerana mereka telah merosakkan penjawat awam dan pihak keselamatan negara kita.

Tonggak negara kita dilingkup-selingkupnya kerana nafsu. Saya akui perkara ini amat berat untuk dijaga kerana melihat kepada situasi sekarang rasuah bukan lagi masalah sikap,tabiat dan amalan tetapi lebih kepada budaya yakni kebiasaan. Ibarat sarang. Masuk sarang rasuah maka pasti akan jadi perasuah, cuma bezanya sikit atau banyak. Golongan yang makan sikit menganggap mereka itu suci kerana makan sikit, buat duit minyak kata mereka. Selalunya golongan sikit ini menyalahkan pihak atasan, kata mereka "orang atas lagi makan banyak, sedangkan kami yang kerja teruk". Ada juga yang menimbulkan soal jerung dan bilis, tetapi saya lihat tiada istilah jerung dan bilis kerana perlakuan rasuah adalah jijik.

Jika tiada pemberi pastinya tiada penerima. kata-kata yang cukup senang tetapi amat payah untuk dijadikan budaya masyarakat Malaysia, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit rasuah. Saya cadangkan kerajaan, pembangkang dan pihak SPRM mengkaji bagaimana untuk mendapatkan satu mekanisma yang berkesan agar pihak pemberi ini berkurangan. Saya rasa pasti ianya akan memakan masa yang panjang. Saya sudah lihat usaha yang dilakukan oleh pihak SPRM, syabas saya ucapkan cuma ianya perlu dipertingkatkan lagi.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu membantu pihak SPRM, Saya masih percayakan SPRM. Saya berpendapat isu rasuah terlalu dipolitikkan. Isu rasuah adalah tanggungjawab bersama. Hancur negara hancur kita sendiri. Walaubagaimana pun peneraju negara perlu buktikan diri mereka bersih kerana 'Bapak ketam tidak boleh mengajar anaknya berjalan lurus'.

Sememangnya sudah dibuktikan melalui kajian dan kisah sejarah silam, rasuah berlaku disebabkan kelemahan pemimpin sesebuah negara. Rasuah berlaku kerana pemimpin negara bersikap tamak dan haloba. Rasuah berlaku kerana pemimpin asyik mengejar kekayaan untuk diri sendiri. Rasuah berlaku kerana kebodohan pemimpin yang mengikut nafsu syaitan.

Syabas kepada pihak polis kerana berada di ranking yang pertama dalam Malaysia. Ingat ! rasuah dan merompak itu tiada bezanya.

Thursday, December 9, 2010

Pakatan Rakyat masih ada sindrom syok sendiri.

Paling ketara saudara Anwar Ibrahim, yang kedua saya berpendapat tok-tok guru PAS. DAP mungkin ke hadapan dan memainkan peranan yang amat menonjol, jadi saya tidak akan sentuh mengenai DAP kerana saya lihat meraka sememangnya berjaya memenangi hati pengundi 'non malay' dan begitu menyerlah.

Lihat sahaja keburukan pemilihan PKR, pasti semua orang meluat dan menyampah tetapi Anwar bernasib baik kerana rakyat lebih menyampahkan UMNO berbanding isu keburukan pemimpin PKR. Rakyat memang sudah menyampah dengan Anwar@ketuanan 3A tetapi kebodohan UMNO membuatkan rasa menyampah itu terkubur dan dipendamkan sahaja.

PAS, saya tidak dapat memberi apa-apa perbandingan kerana nampak perlahan dan masih berfahaman berpuak-puak. Hanya puak PAS sahaja yang mengenali puak mereka sendiri tetapi bagi pengundi yang tidak aktif berpolitik pasti mempunyai pengetahuan yang kosong berkaitan PAS dan senang dipengaruhi oleh media songsang ajaran UMNO.

Peluang Pakatan Rakyat adalah 50-50 begitu juga dengan UMNO. Saya tidak kata Barisan Nasional kerana jika dilihat pada situasi sekarang ternyata DAP begitu mendahului parti-parti yang ada di Malaysia ini, secara tidak langsung menafikan kekuatan parti-parti non malay pro BN yang lain. Walaubagaimana pun tahniah diucapkan kepada Dr Lo Lo, berjaya menambat hati pengundi kota. Insyaallah pasti pemimpin sebegini diangkat oleh rakyat. Pemimpin Pakatan rakyat terutama PKR perlu belajar dengan beliau.

Najib setuju tarif elektrik dinaikkan

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

tenaga nasional and electricity pricePerdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

NONEBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.

- Bernama

Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam (2)

Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat………..kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas…..!!!