Klik dan lihat

Sunday, December 19, 2010

Anwar Ibrahim hanya Haiwan politik.

Anwar Ibrahim sudah sampai tahap Political Animal. Saya bukan Anti PR tetapi benci dengan penipu seperti DSAI. Penipu itu telah membunuh semangat politik anak muda Malaysia. Selagi ada makhluk perosak bernama Anwar selagi itu PR tiada keberkatan.

UMNO bukan dalam kamus hidup begitu juga parti pembela Anwar iaitu PKR. PKR adalah parti yang berasal dari tujuan sampah. PKR adalah wadah untuk membebaskan Anwar. Wadah yang busuk, wadah yang bukan tergolong dalam umat Nabi Muhammad.

PAS adalah parti yang bernasib malang. Malang kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak berkeyakinan. Pemimpin-pemimpin yang mudah ditipu, mudah diperkotak-katikkan. Begitu ramai profesional dalam PAS tetapi masih mengamalkan budaya kuno. Bukan bermusuh dengan parti PAS, cuma terkilan kerana usaha baik mereka untuk tujuan islam telah dihalang oleh bajingan-bajingan politik.

Sistem politik Malaysia sudah lebur. Tiada lagi parti yang boleh disandarkan harapan. Harapan hanya berdasarkan kriteria calon. Semua parti sudah busuk dan mempunyai sesetengah wakil yang ditahap sampah. Tahap sampah itu telah mencetuskan pembohongan dan situasi kacau bilau.

Matlamat wakil rakyat bukan lagi untuk membela kawasan setempat tetapi memperjuangkan agenda sampah masing-masing. Rabun mengejar kuasa. Rakus mempertahankan kawan yang sampah. Dalam islam tidak diajar untuk mempertahankan pencuri dan perompak, apatah lagi mempertahankan manusia bernafsu songsang dan pemutar tutur kata.

Teringat kata-kata Anwar Ibrahim, beliau kata jika beliau dibebaskan nanti beliau akan berjuang dengan menggunakan proton saga sahaja. Kata-kata itu sudah cukup, ianya sememangnya kata-kata sampah-sarap. Cocok jika ramai yang labelkan Anwar sebagai sesumpah.

Anwar Ibrahim jangan melampau, jangan halang isu islam dibicarakan pada konvesyen PR nanti. Sumpahan buruk pasti menimpa ke atas kamu wahai Anwar bin Ibrahim. Jangan halang rakan-rakan memperjuangkan islam. Jangan teruskan agenda sempit kamu. Awas ! kebangkitan gelombang menolak pembohongan pasti akan tiba. Tika saat itu topeng muka kamu pasti akan tercabut menyembah bumi.

2 comments:

  1. nampaknya musuh kita adalah sama, cuma berlainan ideologi, saya tertarik dengan gaya tulisan tuan ini. salam singgah

    ReplyDelete
  2. terima kasih, berlainan ideologi tetapi kita masih saudara seislam-insyaallah.

    ReplyDelete