Klik dan lihat

Wednesday, December 15, 2010

Di Tampal: Wikileaks Anwar

Anwar Ibrahim Oktober lalu di Jakarta mengaitkan batik Malaysia sebagai jelek dan bermutu rendah, malah beliau dengan angkuh mengatakan dirinya lebih sanggup memakai batik Afrika berbanding batik Malaysia.

Kenyataan Anwar ini kalau kita terjemahkan ke sudut lain seperti yang berlaku ke atas dirinya. Ada benar keluhan yang dilontarkan di Indonesia itu, Anwar sebenarnya cukup banyak berdendam dengan nama Malaysia dan kaitannya.

Ungkapan Batik itu hanyalah Instrumen kebencian Anwar kepada produk buatan Malaysia seperti Khairani, bekas penulis ucapannya, Azizan pemandu peribadi isterinya Datin Seri Wan Azizah dan kini Saiful Bukhari dan belum termasuk lagi dengan pendedahan Rahimi dan Rasid.

Anwar sedar mereka inilah yang telah mencemarkan nama baik dirinya, malah mengaku kepada pihak berkuasa sehingga nama baik dirinya yang sebelum ini umpama ‘dewa’ telah tercemar di dalam kes menyondol punggung lelaki dan salah guna kedudukan.

Sebab itulah, hari ini, kalau kita perhatikan Anwar lebih percaya kepada bangsa lain untuk membantunya seperti Nathaniel Tan, Setiausaha kepada dirinya sebagai Pengerusi di Foundation For Future, Aasil Kazi Ahmad, warga Pakistan yang menguruskan operative dan kerja-kerja komunikasi Anwar di luar negara.

Begitu juga dengan Sukma Darmawan (warga Indonesia) yang sanggup bersubahat memuaskan nafsu liar dirinya umpama nafsu kanggaro, dan tidak ketinggalan Dr. Munawar Aness ( warga Pakistan dan Amerika ) yang kita tidak tahu siapa liwat siapa antara hubungannya itu.

Dan yang terbaru Anwar juga dikatakan mempunyai hubungan dengan saudara kepada Sukma Darmawan bernama Donny, tatkala Anwar berkunjung ke Jakarta, lelaki jambu itulah yang akan menyambutnya dan menemaninya.

Mungkin faktor inilah yang menyebabkan beliau sukakan Indonesia, mereka lebih dipercayai sebagaimana yang dibuktikan oleh Sukma Darmawan, sanggup menyimpan rahsia dan segalanya.

Kalau Anwar katakan Afrika lebih baik pada dirinya, ia tidaklah begitu pelik kerana umum mengetahui siapa yang menduduki carta paling tinggi melibatkan kes-kes berporfil jenayah sama ada melibatkan penyeludupan dadah, syabu dan jenayah kewangan, kesemuanya banyak datangnya dari benua Afrika. Demi duit mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Ya, benar Saiful, Rahimi, Rasid malah Azizan mungkin pernah mempunyai kegagalan dalam akademik dan faktor itulah Anwar mengambil kesempatan ke atas mereka.

Namun Anwar lupa bahawa kesemua mereka itu adalah Melayu beragama Islam yang tahu halal dan haram.Mungkin adakalanya mereka pernah terpesona dengan imbuhan Anwar namun akhirnya mereka sedar akan dosa dan pahala kerana mereka juga adalah fundamental Melayu.

Disebabkan faktor fundamental Melayu Islam lah kuasa besar penjajah dunia seperti Belanda maupun Portugis walau pun pernah merampas dan menjajah Melaka serta membina gereja, gerakan Kristianinasi tidak berjaya sepenuhnya dilaksanakan di Melaka dan Tanah Melayu sewaktu itu.

Walaupun British datang selepas itu dan menjajah negara kita beratus tahun, namun akidah orang Melayu masih tetap tidak tergugat, malah seorang peliwat dalam alam Melayu langsung tidak boleh diterima. Begitulah rapatnya hubungan budaya Melayu dan Islam.

Dan perkara ini berbeza di Filipina malah di sesetengah tempat di kepulauan Indonesia. Sepanyol cukup berjaya dalam misinya menyebarkan agama Kristian di Filipina, manakala di Indonesia gerakan Kristianisasi berkembang secara pesat semenjak era Belanda hinggalah sekarang, lebih-lebih lagi pada era kebebasan pasca reformasi.

Malah kini gereja terbesar di Asia Tenggara terletak di Indonesia sebagai menyahut idea konsep pluralism agama pembawaan Cak Nur dan Gus Dur, dua idola yang menjadi pujaan Anwar Ibrahim.

Inilah sebenarnya yang mengecewakan Anwar. Idea Islam Liberal yang cuba dibawa masuk dari Indonesia ke Malaysia juga terencat. Malah idea politik berlandaskan pluralism agama juga sehingga kini masih sukar untuk Anwar aplikasikan ke bumi Malaysia.

Malaysia jelek pada pandangan Anwar kerana keberanian fundamental Melayu yang tetap menolak idea sampah dirinya.

Mungkin ada segelintir Melayu yang menyokong ideanya, namun lambat laun, umum akan sedar bahawa Kamal Atarturk Malaysia itu hanyalah manusia pembohong sahaja.

Sumber asal:http://www.anwaraidc.com/

No comments:

Post a Comment