Klik dan lihat

Friday, December 31, 2010

Industri Saman Rakyat !


Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 telah membawa lembaran baru dalam kaedah mendidik rakyat supaya membawa kenderaan secara berhemah. Sikap rakyat yang suka membawa kenderaan dengan laju telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengaut keuntungan dengan cara penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Apa yang jelas, kerajaan gagal memberi penjelasan dan justifikasi yang munasabah dalam kewajaran penswataan AES. Rakyat Malaysia pastinya akan menyokong dan tidak sabar untuk membantu kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam AES, rakyat malaysia merasakan kaedah tersebut adalah kaedah terbaik dalam usaha menaikkan golongan koporat Malaysia yang semakin keparat.

Yang didengar dan diulang-ulang, menteri-menteri berbuih-buih memberi penjelasan bahawa sistem baru itu tidak menggunakan duit rakyat tetapi menggunakan dana dari swasta. Rakyat kena faham, bukan duit rakyat. Oleh itu, rakyat tiada hak untuk merungut atau berasa panik. Cara hidup rakyat tidak sama dengan Pak Menteri. Kenderaan Pak Menteri ada kenderaan pengiring dan mustahil akan dikenakan saman ekor.Walaubagaimana pun usaha untuk mendidik rakyat dengan cara penguatkuasaan undang-undang adalah langkah yang terbaik tetapi amatlah tidak wajar jika ianya di swasta kan.

Industri saman rakyat akan mempopularkan kerajaan di masa akan datang, dijangkakan akan wujud masalah berbangkit yang besar dan ianya akan melonggarkan dan membuka ruang-ruang rasuah dengan lebih hebat dan ketara. Sudah pasti pihak yang terlibat akan berlumba-lumba untuk memberikan khidmat swasta mereka. Maka amat tepat lah slogan Rakyat Di da Hulu Kan Kroni di Utamakkan. Pujian dan kredit diberikan kepada pencadang dan pelaksanaan dasar ini kerana berjaya berfikir sehingga ke tahap yang hebat. Hebat untuk mengaut keuntungan disebabkan kelemahan rakyat Malaysia yang gemar memandu laju.

Menteri Malaysia dilihat sudah semakin maju dan kehadapan, semakin bijak mendidik dan mengaut keuntungan. Semakin bijak guna kelemahan sebagai sebagai alasan untuk berniaga. Semakin bijak meniru negara Barat tetapi sayang kerna tidak dapat membezakan keadaan dan sosial ekonomi barat dan Malaysia yang ternyata berbeza. Diakui undang-undang Barat begitu tegas dalam mendidik rakyatnya tetapi pada masa yang sama menjaga kebajikan rakyatnya dengan terbaik. Itu beza yang Pak menteri kena tahu dan ambil tahu.


2 comments:

  1. apa susahnya tuan faizal, kena saman kita pangkah ajer PR.

    ReplyDelete
  2. anon..

    pangkah tu memang hak kita..tak kira lah siapa yang kita hendak pilih..

    soal saman yg dijadikan bisnes nie bukan perkara main-main..kita tunggu dan lihat apa kesannya nanti.

    ReplyDelete