Klik dan lihat

Monday, December 13, 2010

Kahwin kanak-kanak: Shahrizat perlu 'lebih bijaksana'


Sejak kebelakangan ini, sibuk dengan isu Anwar meliwat sehinggakan kita terleka dengan perkara yang ditimbulkan oleh Shahrizat. Saya tidak akan gelar orang sebegini dengan gelaran terhormat kerana beliau sendiri menjatuhkan maruahnya sebagai muslimah.

Sharizat kata, Mahkamah Syariah perlu teliti pasal perkahwinan membabitkan kanak-kanak. Saya anggap kenyataan beliau itu salah dan tidak benar. Kes yang terjadi bukan terhadap kanak-kanak tetapi remaja. Umur 14 tahun sudah boleh dikategorikan sebagai remaja.

Sharizat perlu bijak, jangan tunjukkan kejahilan. Berharap cakap-cakap orang sebegini tidak membawa kesan kepada masyarakat islam. Jangan haramkan perkara yang tuhan Halalkan. Tidak salah golongan remaja tersebut berkahwin muda. Pasti ada sebab yang terbaik untuk mereka. Jangan halang kebaikan. Lihat isu remaja mengandung tanpa nikah, itu lah sebenarnya yang perlu diambil perhatian bukannya isu yang sememangnya dibenarkan oleh islam. Jangan lawan islam Sharizat. Lawan islam itu serupa lawan ketentuan tuhan, pastinya sharizat tahu.

Siapa dia pertubuhan wanita yang tidak setuju tu. Kamu semua memang tidak berakal. Takkan nak semua perempuan di Malaysia ini ikut jejak langkah kamu. Belajar tinggi-tinggi tapi gagal memahami kebebasan islam yang membawa ke arah kebaikan tetapi bangga dengan kebebasan ala barat. Renung-renungkan lah !! Apa-apapun Tahniah dengan pendirian Dato' Seri Mohamed Nazri.

Inilah jadinya jika pemimpin UMNO terdiri daripada golongan buta kayu dan jahil tentang islam. Jika jahil jangan lah timbulkan isu yang boleh memudaratkan islam. Fikir secara mendalam, apakah kesan dan pandangan non muslim jika perkara yang dibenarkan oleh islam dipertikaikan oleh orang islam sendiri.

No comments:

Post a Comment