Klik dan lihat

Sunday, December 5, 2010

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan"



Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN.Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu."Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan"

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka. Saya yakin walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut. Tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN. Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siapa dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun.

Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi amat pelik kerana Kerajaan pimpinan BN menaikkan harga minyak sedangkan sepatutnya subsidi perlu dipertingkatkan dalam usaha kerajaan BN menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat. Yang dilihat sebaliknya yang berlaku, Kerajaan BN masih mengamalkan sikap menjaga kepentingan gergasi-gergasi di Malaysia.

Nampak benar amalan kronisme dan rasuah masih berleluasa tanpa sempadan dan had. Selagi ada kelompok gergasi yang mendapat payung emas daripada kerajaan BN maka selagi itulah saya tidak akan menyokong pimpinan UMNO khasnya. Jika saya menyokong UMNO maka bertambahlah syer akhirat yang terpaksa saya pikul kerana nampak benarnya bahawa Kerajaan BN sedang menyeksa rakyat yang berada di Bandar. Saya kira jatidiri sebagai manusia yang mengejar keharmonian sudah tergugat dan diragut kerana sibuk mengejar wang ringgit demi menampung kehidupan yang semakin mendesak.

No comments:

Post a Comment