Klik dan lihat

Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Melayu


Saya dah baca terlalu banyak artikel dan tulisan berkaitan Ketuanan Melayu. Apa yang saya dapat rumuskan, ianya terlalu di politik kan.Bila sebut Ketuanan Melayu saya tidak lihat di mana letaknya Ketuanan itu.

Saya memetik satu perenggan daripada blog rasmi Anuar Ibrahim:

"Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu"

Jika begitu bunyinya mengapa perlu ditimbulkan soal 'Ketuanan Melayu', jangan bermain dengan gimik murahan. Lama-kelamaan orang akan menyampah dengan ini semua.

Begitu juga dengan pihak UMNO yang beria-ia seolah-olah mereka itu hero melayu, memekik dan melolong memberitahu bahawa mereka itu adalah pejuang bangsa yang mempertahankan Ketuanan Melayu tetapi mereka lah punca sebenar kemunduran bangsa melayu. Semua ini terjadi kerana mereka telah melanggar aturan alam iaitu jurang kekayaan yang terlalu jauh sehinggakan wujudnya masalah sosial yang parah dan menjadi budaya yang berpenyakit dalam bangsa melayu itu sendiri.

PM kita selaku Presiden Umno telah memberitahu bahawa kedudukan dan hak istimewa orang melayu tidak akan tergugat tanpa kebenaran sembilan raja Melayu. Itu adalah kesedaran dan topik wajib bagi pelajar di sekolah agar tidak timbul lagi di masa hadapan pertikaian dan perbalahan bodoh mengenai Ketuanan Melayu.

Berbalik kepada Anwar Ibrahim, saya yakin jika beliau sampai sekarang masih di dalam UMNO. Pasti beliau akan berarak membawa keris jika Ketuanan Melayu itu dipersoalkan.

Apa yang saya nampak ialah cubaan Anwar Ibrahim mengalih perhatian umum mengenai kes liwat beliau.

Maka benar kata-kata Yb Zul, Ketuanan 3A. Ini semua berlaku disebabkan 'mata melihat Putrajaya hati ada perasaan syok sendiri'.

No comments:

Post a Comment