Klik dan lihat

Sunday, December 12, 2010

Manusia jadi bodoh kerana nafsu songsang



Salah faham segelintir masyarakat islam terhadap erti kebebasan telah menjerumuskan mereka kepada melakukan perbuatan diluar batas yang dibenarkan oleh islam. Walaupun Islam sebenarnya adalah agama yang mendukung kebebasan, tetapi kebebasan itu bersandar dan berpaut ke arah kebaikan.

  • · Bebas untuk berfikir dan membuat keputusan,
  • · Bebas untuk bersuara dan mengkritik,
  • · Bebas untuk melakukan apa sahaja.

Namun kebebasan yang didukung oleh islam bukan kebebasan mutlak. Kebebasan yang terikat kepada syarat dan peraturan tertentu.Selagi mana kebebasan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama dan tidak mengambil atau pun mencerobohi hak-hak orang lain,maka islam membenarkannya.

Masyarakat islam yang terlalu bebas akhirnya memakan diri sendiri. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan sumbang dan munkar seperti liwat, bersekedudukan,berzina,meminum minuman keras dan berbagai lagi kemaksiatan dengan alasan kebebasan.Kebebasan menurut mereka ialah boleh melakukan apa sahaja menurut kehendak hati dan nafsu,biar pun ia bercanggah dengan kehendak agama dan bertentangan dengan nilai murni kehidupan bermasyarakat.Apa sahaja yang datang dari barat,diterima dan diagung-agungkan,walaupun ia menodai fitrah manusia yang sebenar.

Golongan yang tidak berfikir,tetapi menjadikan hawa nafsu mereka sebagai panduan dalam membuat sesuatu keputusan juga dicela oleh islam. Dari segi fitrah, sememangnya seorang lelaki sepatutnya menginginkan seorang wanita namun dari sudut pandang psikologi, manusia dilahirkan dengan kedua-dua keinginan dari segi nafsu. Dalam proses pembesaran, personaliti terbentuk berdasarkan pengalaman, interaksi dan persekitaran yang dilalui seseorang. Lazimnya, mereka yang memilih untuk melakukan perhubungan songsang, pernah melalui masalah atau gangguan dalam perhubungan sosial mereka. Misalnya mereka masuk ke sekolah berasrama, meskipun dididik dengan naluri keinginan kepada jantina berlainan, tetapi disebabkan kesukaran, atau masalah pergaulan, mereka akan ada keghairahan terhadap pasangan sejenis.

Banyak sebab dan faktor perhubungan sumbang ini berlaku, tetapi akarnya cuma satu iaitu peluang.

Ada orang yang suka, biasa dan seronok melakukan hubungan seperti ini. Apabila ada peluang untuk melakukannya, sukar untuk mereka menarik diri daripada tidak buat lagi. Ia seperti hubungan seks biasa tapi selera mereka yang berbeza.


Adakah benar tanggapan yang sekali terjebak dalam perhubungan songsang, sukar untuk seseorang itu berpatah balik ?

Tersangatlah susah untuk membuatkan mereka mengaku melakukan perhubungan songsang. Apatah lagi jika pelaku dari kalangan lelaki dominan.

Manusia kadangkala menjadi bodoh kerana nafsu. Walaupun ianya songsang tetapi kebiasaan membuatkan mereka terjebak dan ketagih. Walaupun dalam sedar mereka tahu ianya merosakkan diri tetapi nafsu yang buas sukar dikawal dan ianya diakui oleh pakar-pakar jiwa.

Satu pembohongan perlu ditutup dengan seribu pembohongan yang lain. Apabila pembohongan terbongkar kebiasaannya pembohong akan mengambil masa dan akan menjawab dengan teliti, itu merupakan salah satu ciri-ciri pembohong.

Berbalik kepada soal songsang tadi, golongan ini perlu dibantu agar berubah dan bertaubat. Tetapi awas !!! Golongan ini tidak layak diberi kuasa. Jika tidak pasti akan membinasakan dan kebiasaan itu juga akan jadi budaya. Budaya ini akan merosakkan persekitaran.

Setiap muslim bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan,buah fikiran,teguran dan kritikan membina dalam sesuatu perkara. Malah islam menjadikannya sebagai suatu kewajipan bagi setiap individu muslim terutamanya jika ia melibatkan masalah ummah seperti menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada kemunkaran.Umat islam diseru supaya tidak takut berkata benar.Berkata benarlah walaupun ianya pahit.

2 comments: