Klik dan lihat

Tuesday, December 21, 2010

Mind Revolution dan Agenda Negara Islam.


Perubahan minda yakni merevolusikan sikap dan persepsi komuniti yang memandang negatif dan perihal canggung sesama manusia. Kita berbaik sesama jiran yang berlainan bangsa tetapi pada masa yang sama berbicara perkara yang berlainan apabila berbual sesama bangsa. Perkara ini perlu revolusi.

Cuba kita tanamkan sikap yang positif. Merevolusikan pemikiran supaya ianya dilihat bersih dan teratur. Apabila dilihat bersih maka perlu pastikan ianya bersih sejati. Dimensi metafizik dengan dimensi empirikal dilihat tidak seimbang. Kemajuan datang apabila keseimbangan kedua-dua dimensi dicapai.

Berbicara soal metafizik dan empirikal, Jawapannya hanya satu. Kembali kepada dasar islam. Tidak kira kamu agama apa sekalipun, jika inginkan peradaban manusia yang hebat, akur kepada dasar islam akan membuatkan keseimbangan Dimensi metafizik dengan dimensi empirikal terjadi.

Untuk membuatkan Non muslim patuh kepada dasar islam, ianya akan terjadi apabila kita berbicara dan memahami bahawa kualiti hikmah lebih tinggi daripada kualiti ilmu dan yang paling penting adalah kualiti seorang mukmin itu lebih tinggi daripada kualiti seorang muslim.

Insyaallah.

Kualiti Mukmin akan tercapai apabila kelemahan syariah yang diamalkan diperbaiki iaitu kembali kepada syarak yang sebenar.

Kualiti Hikmah akan berlaku apabila wujud generasi Rabbani yang memiliki kualiti Tauhid.



No comments:

Post a Comment