Klik dan lihat

Sunday, December 5, 2010

Mohd Saiful mengaku kejadian liwat di Mekah...

Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembantu Ketua Pembangkang itu mengaku di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 yang akhirnya menyebabkan pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.


Pemimpin PAS yang sudah bersekongkol turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful. Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu. Bagaimana jika itu semua benar, pasti ketidak adilan telah berlaku. Subahat dan pengkhianatan juga telah berlaku, sebagai muslim yang baik pasti kita tidak boleh mengadili berdasarkan satu pihak sahaja. Maka tepat kiranya perkara itu dibicara dan diadili dengan seadil-adilnya. Keadilan itu bukanlah bermaksud perlunya penggunaan kelemahan undang-undang sebagai senjata atau alat menyelamatkan diri dari tuduhan.


Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa (sumpah laknat) sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan di liwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam. Cerita sumpah ini saya timbulkan kerana ada dengar-dengar bahawa Saiful telah membuat pengakuan di Mekah. Jika pengakuan itu satu fitnah dan berniat jahat pasti Saiful akan berdepan dengan situasi yang tidak baik kerana beliau sedang mengerjakan ibadat haji. Tetapi jika pengakuan itu ada kebenaran dan ikhlas, pastinya alim ulama' PAS akan terima natijahnya kerana bersekongkol menafikan tuduhan liwat tersebut.

No comments:

Post a Comment