Klik dan lihat

Thursday, December 9, 2010

Pakatan Rakyat masih ada sindrom syok sendiri.

Paling ketara saudara Anwar Ibrahim, yang kedua saya berpendapat tok-tok guru PAS. DAP mungkin ke hadapan dan memainkan peranan yang amat menonjol, jadi saya tidak akan sentuh mengenai DAP kerana saya lihat meraka sememangnya berjaya memenangi hati pengundi 'non malay' dan begitu menyerlah.

Lihat sahaja keburukan pemilihan PKR, pasti semua orang meluat dan menyampah tetapi Anwar bernasib baik kerana rakyat lebih menyampahkan UMNO berbanding isu keburukan pemimpin PKR. Rakyat memang sudah menyampah dengan Anwar@ketuanan 3A tetapi kebodohan UMNO membuatkan rasa menyampah itu terkubur dan dipendamkan sahaja.

PAS, saya tidak dapat memberi apa-apa perbandingan kerana nampak perlahan dan masih berfahaman berpuak-puak. Hanya puak PAS sahaja yang mengenali puak mereka sendiri tetapi bagi pengundi yang tidak aktif berpolitik pasti mempunyai pengetahuan yang kosong berkaitan PAS dan senang dipengaruhi oleh media songsang ajaran UMNO.

Peluang Pakatan Rakyat adalah 50-50 begitu juga dengan UMNO. Saya tidak kata Barisan Nasional kerana jika dilihat pada situasi sekarang ternyata DAP begitu mendahului parti-parti yang ada di Malaysia ini, secara tidak langsung menafikan kekuatan parti-parti non malay pro BN yang lain. Walaubagaimana pun tahniah diucapkan kepada Dr Lo Lo, berjaya menambat hati pengundi kota. Insyaallah pasti pemimpin sebegini diangkat oleh rakyat. Pemimpin Pakatan rakyat terutama PKR perlu belajar dengan beliau.

No comments:

Post a Comment