Klik dan lihat

Friday, December 10, 2010

Peragut, perompak dan perasuah ada persamaan

Rasa banga dengan pihak polis kerana mereka anti rasuah dan mengamalkan integriti. Tahniah pihak polis. Indeks rasuah polis masih tertinggi, ini yang membuatkan saya musykil dan tertanya-tanya. Kenapa boleh jadi begitu ?

Begitu juga dengan Penguatkuasa undang-undang yang lain, saya rasa ini berlaku disebabkan mereka ada kuasa, ruang dan peluang untuk melakukan jenayah rasuah. Begitu juga dengan jenayah ragut, peragut melakukan jenayah tersebut kerana wujudnya ruang dan peluang, harap pembaca setuju dengan saya. Tetapi peragut tiada kuasa, jadi lebih mirip kepada perompak, ianya kerana perompak mempunyai kuasa.

Perompak ada kuasa kerana menggunakan senjata sebagai kuasa untuk merompak manakala penguatkuasa undang-undang menggunakan kuasa untuk meminta rasuah tetapi masih boleh dikategorikan menggunakan kuasa untuk merompak. Mangsa rompakan memberi harta benda kepada perompak kerana takut, begitu juga perasuah. Pemberi rasuah memberi rasuah kerana takut juga. Takut dikenakan apa-apa tindakan. Paling senang di 'PAU' sudah pastinya warga asing. Zaman sekarang perompak@perasuah bukan setakat melakukan jenayah di jalanan tetapi membawa pulang ke sarang mereka dan ianya menjadi kebiasaan. Masing-masing menerima habuan dan serupa cerita Ali baba dan 40 penyamun. Seolah-olah mereka itu serupa dengan penyamun dan ketua mereka sebijik macam ketua penyamun.


Peragut meronda-ronda menunggu peluang untuk melakukan jenayah, begitu juga dengan golongan perasuah, meronda-ronda dan menunggu peluang untuk melakukan jenayah rasuah. Tiada beza dari segi perbuatan dan moral tetapi berbeza dari segi perlaksanaan. Harus diingat ada juga pemberi rasuah terdiri daripada orang yang berkepentingan ataupun golongan 'cari makan'. Golongan ini yang sepatutnya dihapuskan, kerana mereka telah merosakkan penjawat awam dan pihak keselamatan negara kita.

Tonggak negara kita dilingkup-selingkupnya kerana nafsu. Saya akui perkara ini amat berat untuk dijaga kerana melihat kepada situasi sekarang rasuah bukan lagi masalah sikap,tabiat dan amalan tetapi lebih kepada budaya yakni kebiasaan. Ibarat sarang. Masuk sarang rasuah maka pasti akan jadi perasuah, cuma bezanya sikit atau banyak. Golongan yang makan sikit menganggap mereka itu suci kerana makan sikit, buat duit minyak kata mereka. Selalunya golongan sikit ini menyalahkan pihak atasan, kata mereka "orang atas lagi makan banyak, sedangkan kami yang kerja teruk". Ada juga yang menimbulkan soal jerung dan bilis, tetapi saya lihat tiada istilah jerung dan bilis kerana perlakuan rasuah adalah jijik.

Jika tiada pemberi pastinya tiada penerima. kata-kata yang cukup senang tetapi amat payah untuk dijadikan budaya masyarakat Malaysia, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit rasuah. Saya cadangkan kerajaan, pembangkang dan pihak SPRM mengkaji bagaimana untuk mendapatkan satu mekanisma yang berkesan agar pihak pemberi ini berkurangan. Saya rasa pasti ianya akan memakan masa yang panjang. Saya sudah lihat usaha yang dilakukan oleh pihak SPRM, syabas saya ucapkan cuma ianya perlu dipertingkatkan lagi.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu membantu pihak SPRM, Saya masih percayakan SPRM. Saya berpendapat isu rasuah terlalu dipolitikkan. Isu rasuah adalah tanggungjawab bersama. Hancur negara hancur kita sendiri. Walaubagaimana pun peneraju negara perlu buktikan diri mereka bersih kerana 'Bapak ketam tidak boleh mengajar anaknya berjalan lurus'.

Sememangnya sudah dibuktikan melalui kajian dan kisah sejarah silam, rasuah berlaku disebabkan kelemahan pemimpin sesebuah negara. Rasuah berlaku kerana pemimpin negara bersikap tamak dan haloba. Rasuah berlaku kerana pemimpin asyik mengejar kekayaan untuk diri sendiri. Rasuah berlaku kerana kebodohan pemimpin yang mengikut nafsu syaitan.

Syabas kepada pihak polis kerana berada di ranking yang pertama dalam Malaysia. Ingat ! rasuah dan merompak itu tiada bezanya.

2 comments:

  1. salam

    guru (pemimpin) kencing berdiri, anak murid (kementerian dibawahnya) kencing berlari.

    SELEPAS PTK

    ReplyDelete
  2. memang dah macam penyamun, pantang ada peluang.. dalam balai pun sapu

    ReplyDelete