Klik dan lihat

Friday, December 3, 2010

Petrol Ron95 dan Diesel naik 5 sen, Gula naik 20 sen

Harga petrol RON95, diesel, gas dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan nyang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

3 comments:

  1. Bonus dari kerajaan

    ReplyDelete
  2. sabar je laaa..undi PR dapat air percuma di selangor..dulu aku undi BN..tetapi tak pernah dapat apa-apa pun.

    biar lah mereka nak buruk kan sesama mereka yang aku tahu aku akan pilih parti yang beri aku manfaat sebagai contohnya, air percuma tu..dulu BN apa pun tak dapat..harap tuan faizal dapat siarkan pasal Kejahatan SYABAS

    ReplyDelete
  3. insyaallah, isu syabas bertambah rumit kerana campur tangan politik yang berniat jahat demi mengaut keuntungan secara berlebihan.

    Saya pun sependapat dengan anda,pengurusan SYABAS perlu dihalang daripada terus menindas rakyat selangor

    ReplyDelete