Klik dan lihat

Saturday, December 11, 2010

Putrajaya:Bangun atau Rebah, tsunami sudah berakhir

Gelombang tsunami yang lepas semakin berkurangan, walaupun kerajaan Najib-Rosmah begitu banyak melakukan kesilapan dalam percaturan negara tetapi populariti Pakatan Rakyat masih di tahap suam-suam kuku. Pakatan Rakyat masih dilihat lemah dan tidak mampu menerajui negara. Masalah dalaman Pakatan Rakyat terlalu banyak, jatuh bertimpa-timpa sehinggakan mereka-mereka yang melakukan kesilapan terpaksa menipu dan menyalahkan lawan jika sesuatu isu yang buruk berlaku terhadap mereka.

Budaya pancung-memancung, Budaya kroni, dan Budaya silap mata masih wujud dalam Pakatan Rakyat. Rata-rata rakyat masih anggap politik itu kotor yakni pemerintah dan pembangkang 2x5. Saya berpendapat tiada keberkatan dari tuhan, sebabnya masih ramai pengkhianat, penipu, kaki putar alam, alim-alim kucing, dan sebagainya yang wujud dalam kem Pakatan Rakyat. Walaubagaimana pun masih ada yang hebat dan layak digelar pemimpin berbanding UMNO.

Sebenarnya masa depan Pakatan Rakyat begitu cerah jika mereka tidak cepat lupa diri. Saya lihat jadual pemimpin mereka begitu padat dengan program-program bersama rakyat, cuma mereka tidak mendapat sokongan dari media. Rakyat yang buta politik kebanyakkannya tidak kenal dan mengetahui apa yang telah pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Contoh yang terbaik untuk hari ini adalah Dato seri Nizar Jamaluddin, beliau sememangnya pemimpin berjiwa rakyat. Beliau layak dijadikan contoh kerana kesungguhan beliau. Rakyat nampak itu. Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain perlu belajar dengan beliau.

Kejayaan Pakatan Rakyat akan berlaku apabila Anwar tidak berlagak sebagai ketua dan menentukan segala-galanya. Pakatan Rakyat akan runtuh jika Anwar masih cuba mendahului tokoh-tokoh yang lain. Berkorban lah saudara Anwar jika kamu benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.


No comments:

Post a Comment