Klik dan lihat

Wednesday, December 15, 2010

Rahsia Anwar di Poket Karpal Singh.

Saya memang sangat berharap entry ini di baca oleh kepimpinan PAS ataupun blogger setia PAS yang berjuang berlandaskan kebenaran dan keadilan.

Tidakkah kita terfikir bahawa segala rahsia Anwar Ibrahim sudah dipegang oleh Karpal Singh, oleh itu tidak hairan lah jika konsep Negara Islam yang diimpikan oleh PAS itu tidak dibenarkan dan diberi amaran supaya tidak disentuh langsung semasa konvesyen PR yang akan datang. Saya tidak hairan jika ianya dicadangkan oleh orang lain tetapi rasa sangsi kerana ianya dicadangkan oleh Anwar dan Karpal. Apakah ada agenda tertentu sehinggakan Anwar yang dikatakan sebagai pemimpin anugerah tuhan itu bersengkongkol dengan anti islam seperti Karpal.

Saya bukannya anti DAP, ada pemimpin DAP yang berdidikasi. Tetapi jika Karpal, pasti bukan pilihan. Karpal anti islam secara terang-terangan manakala Anwar berpandangan plural.

Mungkin Anwar tidak kisahkan konsep islam PAS tetapi tidakkah puak-puak PAS rela. Jika UMNO ditentang kerana tidak sehaluan dalam konsep negara islam, bagaimana dengan rakan-rakan pakatan yang beragama islam. Sepatutnya mereka senada dan seirama dalam soal islam. Pemimpin PAS perlu sedar dan bangun dari mimpi. Mimpi untuk menduduki Putrajaya sehinggakan perjuangan islam diperlahankan. Takut nanti perjuangan islam itu terkubur terus dan tidak kesampaian.

No comments:

Post a Comment