Klik dan lihat

Sunday, December 19, 2010

Rakyat Miskin, Kroni Anwar Kaya - Faizal


Menjawab kepada entry yang bertajuk sampah sarap:

Saya berpandangan mungkin Nurul Izah terkeliru dengan kroni Umno. Untuk pengetahuan Nurul, kroni Umno yang mengaut kemewahan negara adalah kroni Anwar sendiri. Hasil wang haram dan kuasa terdahulu lah yang menyebabkan Bapa Nurul mampu mengecapi kemewahan hidup sekarang. Jika tiada itu semua pasti Bapa Nurul sudah merempat dan berlegar-legar keliling Malaysia dengan hanya menaiki Proton Saga sahaja.

Lihat sejarah keluarga Nurul, tanya Bapa Nurul. Maaf Nurul, bukan niat ingin mengaibkan kamu sekeluarga tetapi tidak mahu kamu terus menyentuh perkara yang kamu sedar ianya adalah berpunca daripada bapa kamu sendiri. Bapa kamu adalah pengasas Rasuah negara kita semasa berkuasa dahulu. Risik-risik dahulu sebelum kamu menuduh orang lain. Saya bukan pembela Umno tetapi tidak suka syaitan yang bertopengkan pemimpin anugerah tuhan.

Nurul perlu bertanya kepada Bapa Nurul, tidakkah Bapa Nurul semasa berkuasa dahulu tidak mengambil Rasuah. Jika pasti dengan perkara itu, maka layak lah kiranya PKR menyuarakan isu rasuah di khalayak umum. Saya ulangi pendirian saya, PKR adalah parti sampah sarap yang bakal melonggokkan kotoran di muka bumi Malaysia.

No comments:

Post a Comment