Klik dan lihat

Monday, December 20, 2010

Ramai yang kata Tok Guru Hadi versi Pak Lah dalam PAS

Tok Guru, ramai yang kata Tok Guru lemah longlai seperti Pak Lah. Ramai yang kata Menantu Tok Guru seperti Menantu Pak Lah. Saya ingin memohon maaf jika tersalah menegur. Tegur bukan benci tetapi tegur sebab risau, gusar dan mahukan kepastian.

Ramai yang kata Parti PAS mempunyai masalah kepimpinan. Mungkin betul atau mungkin kerja musuh dalam selimut. Apa-apa pun masalah tetap masalah. Tidak akan selesai selagi ianya tidak diselesaikan.

Ramai yang kata ahli PAS hanya tahu mengutuk lawan tetapi diri sendiri tidak betul. Ramai yang kata ahli PAS tidak boleh ditegur, pasti akan melenting dan melatah. Ramai yang kata itu semua disebabkan semangat terlebih. Ada baik ada buruk.

Ramai yang kata PAS paling mudah berpecah dan berpuak-puak. Ramai yang kata ahli PAS berlebih-lebih bila menceritakan keburukan orang lain. Ramai yang kata kekalahan PAS Terengganu disebabkan sikap bodoh sombong.

Ramai yang kata semasa PAS memegang Terengganu, tiada beza dalam soal kroni, ramai yang lihat PAS gila kuasa seperti UMNO. Ramai yang kata PAS semakin hilang kepercayaan dari golongan muda.

Ramai yang kata masalah dalaman PAS lebih parah dari rakan-rakan pakatan yang lain. Ramai yang kata ibarat api dalam sekam, membakar secara senyap-senyap. Ramai yang kata ahli-ahli PAS dan juga pemimpin PAS yang memegang tampuk pemerintahan Perak dahulu tidak bersedia dan terlalu lemah. Ramai yang kata nasib baik kuasa kembali kepada Barisan Nasional.

Ramai yang kata begitu dan begini, saya kata PAS tetap di hati, tetap sokong PAS walaupun terjebak dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang kata pasal keburukan Anwar dan PKR termasuk saya sendiri tetapi Anwar tetap di hati. Ramai yang kata Anwar meliwat dan saya mempercayainya tetapi saya tetap menyokong agenda Anwar.

Ramai yang kata saya silap tetapi saya kata tidak. Ramai yang kata saya kurang matang tetapi saya kata saya matang. Itu lah dunia, kepentingan diri tentu jadi agenda diri. Kepentingan dengan harapan, harapan negara jadi lebih baik dari sekarang. Ramai yang kata kedua-duanya sama ada pembangkang dan pemerintah sama bila berkuasa, saya kata tidak. Pasti ada sirna keburukan yang akan membawa sinar.

3 comments:

  1. tak faham aku..

    kiasan macam mana tu..

    ReplyDelete
  2. jangan macam-macam tuan faizal..

    ReplyDelete
  3. pandai main politik..

    ReplyDelete