Klik dan lihat

Sunday, December 19, 2010

Roh islam yang luntur tidak semanis slogan PAS untuk semua.


Semakin hari, jiwa semakin resah. Roh islam dalam parti semakin luntur. Semakin ramai penderhaka yang ingin menjatuhkan Tok guru Hadi dan barisan para ulama'. Sedih, lihat jiwa islam dibeli dengan harga yang murah. Malang negara ini mempunyai golongan Profesional yang rabun mengejar kuasa.

Agenda negara islam bukan lagi keperluan. Negara islam bukan lagi Roh perjuangan parti. Sudah lah Umno menolak agenda islam keseluruhan dan mengaplikasikan islam ibadat sahaja yakni bukan cara hidup. Lebih malang ditolak oleh rakan pakatan. DAP tidak perlu kita hiraukan kerana mana mungkin Kafir menyokong agenda islam sekalipun mereka faham islam. PKR adalah jelmaan Umno, berperangai Umno, wadah Umno. Berbeza sekalipun kerana terdiri daripada pelbagai kaum.

Apa yang kita kenal, apa yang kita tahu soal ajaran dalam kehidupan islam, kita menyakini bahawa berhukum kepada selain hukum Allah adalah kemunafikan yang tak mungkin berpadu dengan prinsip dasar iman.

Barang siapa dengan sedar dan sukarela keluar dari hukum-hukum syariah, maka ia benar-benar keluar dari islam. Ketaatan mutlak hanya milik Allah dan rasul-Nya. Adapun ketaatan kepada selain keduanya, seperti kepada pemerintah, ulama, wali, suami, orang tua, majikan, atau yang lainnya, dibolehkan selama tidak dalam kemaksiatan kepada Allah.

Kadangkala kita mudah tertipu tetapi amat hina jika kita biarkan diri kita terus diperbodohkan. Keyakinan islam dominasi jihad. Jihad kerana Allah berakhir dengan kemenangan mutlak.


2 comments:

  1. pas ada roh ker?????...
    kalau ada pun roh jahat telah meresapi segenap pemimpin pas.
    roh jahat yang telah menggoda pemimpin dan ahli2 pas supaya cintakan kuasa dan telah menutup pintu hati mereka dari jalan kebaikan.
    roh2 jahat tersebut ialah anwar ibrahim dan cina2 kafir yang sekian lama pemimpin pas musuhi serta sanggup mengkafirkan umno kerana bekerjasama dengan golongan kafir ini.
    sekarang apa yang berlaku...pas juga sanggup berpelokan dengan kafir dan ada muslimat pas sanggup meratap menangis bila perlakuan sex bebas dan gambar lucah sahabat(pelacur) kafir pas tersebar.
    pas sekarang bukan saja kehilangan roh perjuangan menegak islam..tapi telah pun dikuasai olih pemimpin2 mereka yang ber rohkan syaitan..
    apa nak heran...nik ajis kata pas sanggup terima bantuan syaitan...inilah yang pas dapat sekarang.
    setelah banyak kali undi diberi pada calon pas...tapi dalam PRU13 nanti....pas akan hilang 5 undi dari kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. saudara hisham, kita mempunyai pendapat yang berbeza. itu keistimewaan manusia ciptaan tuhan.

    menyebarkan gambar mengaibkan itu juga bukan amalan muslim.kita simpati sebab beliau dimalukan.

    ideologi yang berbeza bukan penyebab kepada perpecahan tetapi mengajar kita erti hidup..hidup yang sememangnya penuh dengan tipu daya syaitan.

    undi itu hak anda. pilih yang anda rasa sesuai.
    terima kasih sudi memberi komen.

    ReplyDelete