Klik dan lihat

Tuesday, December 14, 2010

Saman Dr.M: Wikileaks



Semakin lama mengikuti dunia politik Anwar Ibrahim semakin memahami corak dan strategi beliau. Strategi berdasar persepsi, strategi berdasarkan manipulasi kelemahan kendiri atau istilah popular 'Tai Chi'. Menyerap semua beban dan letakkan beban terhadap lawan. Itu yang saya lihat dalam kes saman terhadap Dr.M.

Jika difikir secara normal, tiada apa-apa kelebihan ataupun harapan untuk memenangi kes saman yang dicadangkan tetapi ianya lebih ke arah membentuk persepsi agar dilihat bersih dari tohmahan yang dilemparkan. Bagi manusia yang normal, mungkin sukar untuk dipengaruhi tetapi pemikiran manusia yang fanatik sememangnya akan menerima logika ciptaan 'Tai Chi'.

Banyak sangat dosa Anwar terhadap Dr.M. Anwar gunakan Dr.M sebagai titik bengit. Anwar gunakan cara menyaman untuk elakkan musibah di masa hadapan. Bijak, memang diakui strategi dan pemikiran yang hebat.

Syabas anugerah tuhan. Anda memang layak dijadikan tokoh. Nama anda layak diletakkan di muzium negara. Dijadikan kenangan dan contoh tauladan agar tiada lagi muslim yang akan mengikuti jejak langkah anda. Anda telah membunuh bangsa anda sendiri. Anda telah melambatkan kemajuan negara kita. Percaturan anda menyebabkan para pemimpin sibuk dengan percaturan politik masing-masing sehinggakan kemajuan negara di ketepikan.

No comments:

Post a Comment