Klik dan lihat

Thursday, December 16, 2010

Perolehan Kerajaan


Sejak 2 hingga 3 hari lepas kes rasuah banyak diperkatakan, sama ada di Media elektronik mahupun media cetak. Ada yang dikenakan hukuman 19 tahun penjara ada juga yang dikenakan hukuman penjara 18 bulan.

Syabas diucapkan kepada pihak yang menyiasat iaitu SPRM dan juga pihak pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara.

Ingin menyentuh sedikit isu berkaitan perolehan. Mungkin ada pihak yang tidak suka dengan entry ini. Sebenarnya Kerajaan Malaysia mempunyai cara dan langkah yang terbaik jika langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal. Antara yang paling ketara adalah sistem pembelian yang diamalkan oleh Kerajaan buat masa ini, nampak kelemahan yang ketara.

Semua pihak tahu bahawa, Kerajaan sememangnya prihatin dan berkebajikan dalam soal pembelian sektor awam tetapi kerana prihatin itulah membuatkan rasuah senang dan mudah untuk dilakukan. Oleh kerana mana-mana agensi kerajaan tidak boleh melakukan pembelian secara 'direct' dan memerlukan pihak kedua maka di situ pastinya akan wujud ruang dan peluang jenayah rasuah.

Jika tidak wujud rasuah sekalipun pasti harga barang yang dibekal akan melambung berlipat kali ganda. Tidak dinafikan, sememangnya konsep tersebut adalah untuk membantu rakyat kita dalam perniagaan tetapi yang menjadi mangsa adalah golongan pembayar cukai. Golongan yang mendapat kebaikan dan keuntungan hanya dalam peratusan yang kecil sahaja. Kesan terburuk adalah pembaziran dan lebihan belanja yang mengundang kadar inflasi yang tinggi.

Kita banyak dengar mengenai kualiti barang yang dibekal. Kualiti tidak setanding dengan harga yang dibekalkan. Begitu juga dengan sistem tender. Begitu banyak tender yang lemah. Begitu banyak kroni. Begitu banyak usaha lobi melobi. Begitu banyak dosa akan ditanggung.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai, 2011 bakal menjelma. Sudah pasti golongan pembekal dan kontraktor tengah sibuk membuat strategi masing-masing. Apa-apapun semoga perbelanjaan berhemah dapat dipraktikkan pada tahun hadapan demi mencapai keberkatan hidup.

1 comment:

  1. [1000% PERCUMA!]
    Ilmu tentang kontrak kerajaan yang 1000x ganda harganya! Kepada yang baru mencuba dan sedang menceburi bidang kontrak kerajaan. Sila download ebook ini, saya kongsikan jawapan kepada 102 Persoalan Kontrak Kerajaan.
    Download di sini http://www.perolehankerajaan.com/ebook

    ReplyDelete