Klik dan lihat

Friday, December 3, 2010

SYABAS dan Realiti semasa.


Menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Saya menyokong usaha kerajaan negeri berkaitan isu air di Selangor dan bersyukur dengan pemberian air percuma yang diberi oleh kerajaan negeri.
Walaupun berpatah arang ataupun berkerat rotan dalam soal politik tetapi apa yang realiti tetap menjadi realiti dan bukan sekadar cakap kosong dan retorik semata-mata. Walaupun kelihatan kecil bagi yang mampu dalam soal air percuma tetapi saya melihat ianya dalam sudut yang berbeza iaitu perkara yang UMNO tidak dapat lakukan telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat, syabas saya ucapkan. Teruskan usaha anda, merakyatkan ekonomi Selangor.

Soal SYABAS adalah kewajaran yang patut diperjuangkan kerana SYABAS mengaut keuntungan secara kotor. Kenapa saya kata begitu, kita boleh lihat perkhidmatan yang di beri oleh SYABAS dan kita lihat air yang kita perolehi di Selangor. Begitu kotor dan berkarat sehinggakan kita terpaksa membeli penapis air bagi menjernihkannya.

Soal perjanjian konsensi itu sepatutnya dijadikan pengajaran dan iktibar di masa hadapan agar hak kita sebagai rakyat diadili dengan hemahnya. Saya lihat itu adalah pukulan hebat ke atas kerajaan yang terdahulu agar bertindak lebih bijak kerana tindakan bodoh mereka itu akhirnya akan menyusutkan keadaan dan kesudahannya rakyat yang menjadi mangsa.

Buat Dr Khir Toyo, berbuih mulut sekalipun penerangan yang cuba Dato' seri bagi tetapi apa yang realitinya tetap akan menjadi realiti. Rakyat lihat itu, rakyat merasainya dan menghargai jasa kerajaan sekarang. pastinya soal pertahankan hak rakyat akan didokong walaupun seberat manapun tuduhan di gembar gemburkan oleh media,GAPS,dan UMNO terhadap kerajaan negeri Selangor sekarang.

No comments:

Post a Comment