Klik dan lihat

Wednesday, December 1, 2010

Yakjuj Dan Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung


Puas sepuasnya sehingga benar-benar memahami dan menghayati apa yang cuba penulis sampaikan, kali ke tiga saya membaca buku bertajuk Yakjuj Dan Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung karya Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander yang merupakan seorang pensyarah dan pengkaji di Jabatan Daerah dan Perancangan Bandar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Brawijaya, Indonesia.

Dengan pengalaman yang meluas dalam bidang penulisan saya kira beliau berjaya menghasilkan karya yang menarik walaupun perlunya pemahaman yang lebih menyeluruh demi menyesuaikan mutu bahasa yang digunakan. Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana pendekatan perbandingan yang digunakan oleh penulis.

Yakjuj Dan Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung ini adalah sebuah karya berupa sebuah pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan 3 sumber iaitu Al-Quran, Taurat dan injil dan dikupas secara teliti dan ilmiah. Kupasan penulis menjadi lebih menarik apabila berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti pembentangan surah al-kahfi sebelum sampai ke natijah interprestasi Yakjuj dan Makjuj.

Buku ini berjaya mengupas bangsa yang terkejam dalam sejarah. Yang sudah wujud sejak zaman Zulkarnain lagi. Sebelum tembok Zulkarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.

Yang paling penting buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan maklumat baru dalam menafikan tuduhan terhadap Al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah lampau. Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini.

No comments:

Post a Comment