Klik dan lihat

Saturday, January 1, 2011

2011- realiti dan lambakan maksiat

Seronok menyambut tahun baru 2011, dipenuhi dengan pelbagai kemeriahan dengan suasana orang ramai begitu juga pertunjukkan bunga api yang sememangnya sudah sinonim dengan budaya rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tahun baru setiap tahun.

Begitu 1Malaysia dalam soal perayaan tahun baru, syabas diucapkan kepada semua kaum dan bangsa yang menyambut perayaan tahun baru. Semangat kekitaan yang tinggi sehinggakan tiada sangsi ataupun gusar dikalangan kita. Lembaran yang sihat dan praktikal yang terbaik demi menjamin kesejahteraan sejagat.

Dalam mengejar keseronokan kebanyakkan kita terlupa dengan ramuan dan hidangan perayaan tahun baru yang semakin melangkaui batas-batas sebagai muslim. Semakin ramai penghibur-penghibur yang menayangkan hiburan secara percuma sehinggakan membuatkan kita kadangkala tertipu dan terpesona dengan pandangan syaitan.

Sempena dengan tahun baru pasti semua pihak akan memperkatakan tentang azam tahun baru, oleh itu saya menyarankan supaya azam tahun baru pihak berkuasa berkaitan agama islam agar mempunyai azam yang kuat demi menjaga maruah islam yang semakin tercemar bukan hanya menyibuk membanteras syiah dan golongan kafir yang memasuki surau tetapi lebih berat ke arah memperkasakan dakyah dan pemikiran agar ramuan dan hidangan syaitan tidak diadakan secara besar-besaran dan ianya diiktiraf halal disisi undang-undang walaupun dasar islamnya haram.

Pemikiran baru mestilah adanya agenda menyelamatkan mukmin sejati. Keselamatan dan tahap kebangkitan mukmin menyelamatkan lebih ramai muslim. Tekad indah dan bersungguh-sungguh menyukarkan muslim yang terpesong dengan lambakan maksiat dan kehinaan.

SELAMAT TAHUN 2011.


1 comment:

  1. tak payah lihat program yang dianjurkan.. sekarang nie semakin ramai yang menayangkan hiburan percuma..nak terbeliak mata melihat...bukan setakat anak dara dan anak tak dara tetapi bini-bini pun banyak yang tersembul..alahai suami-suami dayus

    ReplyDelete