Klik dan lihat

Tuesday, January 4, 2011

Ikon bila jadi pemimpin islam.

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang menuruti jalannya dengan haq

Persoalan islam yang syumul akan mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideologi amalan para pemerintah moden.

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zaman ini sesuai. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven, tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan utama dalam Islam hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini.

Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada sistem Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.

Setelah berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri.

As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan. Untuk mengembalikan kegemilangan islam maka perlunya pemimpin islam menjadi ikon islam yang sebenar. Islam yang disenangi oleh semua pihak. Islam yang dikagumi oleh semua pihak. Islam yang dihormati oleh semua pihak. Islam yang hebat datang apabila umat menjadi sabar, taat, dan tunduk kepada perintah Allah s.w.t. Bersama-sama kita mendapatkannya. Insya-Allah.

Rujukan lebih lanjut:

[1] As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

[2] Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104

[3] Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608





No comments:

Post a Comment