Klik dan lihat

Friday, January 7, 2011

Kebajikan dalam ekonomi dan kegagalan.


Pembangunan ekonomi Malaysia dilihat tidak seimbang dengan kebajikan rakyatnya. Pertumbuhan ekonomi dari segi bilangannya tercapai tetapi jumlah yang miskin terus bertambah dan masih tertindas. Perkara ini dapat diukur melalui pengamatan kita terhadap masalah sosial dan masalah jenayah. Kebajikan yang tidak seimbang ini lambat-laun akan menyebabkan negara kucar-kacir. Perkara yang paling serius adalah masalah akhlak yang hina iaitu RASUAH.

Jika permasalahan ini berterusan, kebajikan dan keseimbangan hidup manusia akan mengalami krisis keupayaan yang ketara. Bahkan pada masa kini persepsi umum terhadap sesuatu tindakan Kerajaan Malaysia agak meragukan dan menjerut leher rakyatnya. Walaubagaimana pun masih ada ruang-ruang untuk rakyat bernafas dengan selesa kerana peluang pendapatan yang meluas. Tetapi peluang yang luas dan pantas itu menjarakkan rakyat dengan fitrah semulajadi iaitu ketuhanan. Soal ketuhanan sudah semakin dijarakkan sehinggakan kita kadangkala terleka dan gagal untuk mensyukuri nikmat yang diberi oleh Tuhan yang esa.

Fitrah kita sebagai manusia gagal dikekalkan tahap momentumnya, ada pasang surutnya. Ada yang beranggapan itu sebagai lumrah sifat manusia. Budaya teragak-agak atau kurang kemantapan mendokong prinsip, menyebabkan pendekatan rasuah meresapi dalam jiwa.

Pakej rangsangan hasil dari perbelanjaan defisit dasar fisikal merupakan teras corak ekonomi Malaysia tetapi berapa lama perbelanjaan defisit dapat berterusan dan ianya dilihat semakin sukar untuk dikekalkan. Kebergantungan kepada ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan ketidakseimbangan antara ekonomi dan kebajikan. Moral dan sifat kemasyarakatan akan semakin terhakis, fenomena yang mudah dilihat seperti yang berlaku di kota iaitu jiran tidak mengenali dan tidak bertegur sapa sesama sendiri. Wallahualam

No comments:

Post a Comment