Klik dan lihat

Wednesday, January 12, 2011

Panel SPRM nafikan kenyataan berkaitan penjelasan AG

Sebuah panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menafikan satu kenyataan oleh pengerusi panel berkenaan Tan Sri Ramon Navaratnam berhubung satu penjelasan oleh peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam satu kenyataan hari ini Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah menyatakan bahawa panel itu telah memutuskan bahawa kenyataan Ramon pada 4 Januari mengenai penjelasan Abdul Gani itu merupakan "pandangan peribadinya."

Kenyataan Navaratnam itu adalah berhubung satu penjelasan oleh Abdul Gani (kiri) berkaitan hubungan peguam negara itu dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin.

Menurut kenyataan hari ini, panel berkenaan memutuskan demikian melalui satu mesyuarat pada 10 Januari lalu.
Terus siasat dakwaan

"Panel ini juga bersetuju bahawa siasatan oleh MACC akan diteruskan selagi perlu untuk memastikan kebenaran atau sebaliknya mengenai apa-apa dakwaan dibuat terhadap peguam negara," kenyataan panel itu dipetik.

Selain Navaratnam, antara anggota panel yang hadir dalam mesyuarat pada 10 Januari itu termasuk Anis Yusal Yusoff, Datuk Azman Ujang, Datuk Ishak Tami Kechik, Zainal Abidin Abdul Majid, Prof Abdul Rahman Embong dan Robert Phang.

Abdul Gani dilanda kontroversi sejak beberapa minggu lalu berhubung dakwaan yang timbul di Internet, yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan Tajudin.

AG dialog dengan SPRM

Tajudin kini disiasat SPRM berhubung kerugian berjumlah RM8 juta yang dialami syarikat berkaitan kerajaan itu.

Abdul Gani didakwa telah mengerjakan haji bersama seorang rakan niaga Tajudin, Shahidan Shafie, menurut sebuah laman anti-BN Malaysia Today.

Selepas menerima tekanan, Abdul Gani mengadakan satu dialog dengan pegawai tertinggi SPRM dan juga anggota panel suruhanjaya itu pada 4 Januari.

Ekoran itu, satu laporan The Star pada hari berikutnya memetik Navaratnam sebagai berkata, panel itu bersetuju dengan penjelasan oleh Abdul Gani.

Kenyataan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh dua lagi anggota panel berkenaan – Ishak dan Pang.

Tajudin yang mengetuai MAS dalam tempoh 1994 hingga 2001, didakwa telah menyebabkan kerugian berjumlah sehingga RM8 bilion kepada syarikat pengangkutan negara itu sebelum ini.

Lebih lanjut Di sini

No comments:

Post a Comment