Klik dan lihat

Monday, January 3, 2011

Rakyat Jembel berbicara Ketuanan perpecahan


Di desa mahupun di Kotaraya, kita dapat melihat kepincangan dan wujudnya perpecahan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Perpecahan ini dikatakan berlaku disebabkan fahaman politik yang berbeza, ditambah kukuh dengan bantuan media dan perantara. Benarkah ? Sejauh mana kebenarannya ? Jika begitu pemahamannya maka perlu lah kita jauh dari politik. Perlu kita biarkan kemungkaran pemerintah. Perlu kita diamkan perkara yang jelek.

Melihat kepada keadaan politik tanahair semasa, konklusi secara semberono atau kurang sopan tidak pantas difikirkan patutnya. sebab ianya dilihat gagal dicernakan sebaik mungkin dan menyebabkan kita menemui jalan buntu. Buntu bila berbicara soal perpaduan. Berbicara soal perpaduan hanya dilihat dalam skop kepartian semata-mata. Dangkalnya pandangan bijak pandai jika menyuarakan pendapat bahawa perpaduan antara PAS dan UMNO itu langkah perpaduan Bangsa Melayu, iaitu subset kepada umat islam.

Tiadakah cara lain untuk berpadu sebagai bangsa Melayu yang bersatu melainkan melalui konsep kepartian semata-mata. Konsep kepartian telah mendominasi pola pemikiran kita sehinggakan konsep perpaduan arah berlainan jumud dari fikiran bangsa Melayu.

Renung sejarah semula. Belajar mengenal bangsa sendiri. Belajar mengenal kelemahan ketuanan kita. Belajar erti kesengsaraan. Malayan Union telah membuka mata dahulukala mengenai erti kesengsaraan perjuangan. Perjuangan untuk kedaulatan negara. Perjuangan untuk gelarkan diri sebagai khalifah bumi anugerah Allah. Tidak terfikirkah kita kenapa perlu merdeka ? Merdeka untuk apa sebenarnya ? Adakah mencukupi sekadar memperoleh kuasa dengan sendiri. Bagaimana dengan nasib rakyat jelata. Bagaimana pula dengan rintihan golongan marhaen. Bagaimana dengan kebajikan yang menjadi asas kehidupan bertamadun.

Untuk mencapai kekuatan, perbezaan pendapat akan menjadi kolektif yang padu. Perpecahan tidak akan timbul jika tiada pihak yang umpama kemungkus. Kemungkus yang menyesakkan. Kemungkus yang bertopengkan Melayu tetapi berkiblatkan Malayan Union. Itu jangkaan tipis laksana logam yang bersadur. Matlamat Malayan Union sudah tercapai, bangsa kita menolong dalam tidak sedar. Institusi Raja kita telah dilihat akur. Itu mungkin persepsi.

Bangsa kita jadi keder kepada perubahan disebabkan media yang palsu. Momokan minda yang daif. Ketuanan jembel telah mengatasi ketuanan sebenar. Penyelesaian terbaik ialah matlamat perjuangan. Perpecahan tidak mengapa jika matlamat yang sama dipersetujui. Biarpun berlainan fahaman tetapi matlamat yang suci membenarkan hakikat. Titik persamaan sejak azali mengatasi perpecahan. Keikhlasan dalam perjuangan menyelamatkan hakiki. Kabur mata pada dunia umpama membunuh perjuangan.

Berjuang atas dasar bangsa dan mengenepikan saudara seislam berlainan bangsa adalah perjuangan yang bolor. Itu hakikat yang perlu taslim dari semua Melayu.


No comments:

Post a Comment