Klik dan lihat

Thursday, February 17, 2011

Inilah jasa Dr.M terhadap Melayu. Tahniah DEB

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Tuesday, February 15, 2011

Sudah sampai waktu untuk Anwar Ibrahim bersara Wajib

Isyarat sudah jelas dan nyata. Bersara sahaja Dato' seri, bersara dengan terhormat, bersara semasa nama masih harum, jangan ditunggu nama membusuk dan pekong bernanah.Jasa kamu tetap ada walaupun liabiliti hujung menghantui pemikiran pejuang-pejuang.

Jangan lahirkan penzalim-penzalim yang akan menghantui nasib pengundi-pengundi. Setiap kejadian ada penyebab dan musabab. Berlapang dada dan berfikir waras sebelum pengikut-pengikut anda hilang kewarasan satu persatu yang akhirnya mengigit kamu semula.


Sunday, February 13, 2011

Sokong Pembangkang bererti melawan kerajaan

Ini adalah mentaliti sampah, itu yang dapat dirumuskan terhadap golongan yang beranggapan kerajaan adalah milik parti tertentu apabila berkuasa. Jika sedang berkuasa maka tidak layak parti lain menentang mereka dan tidak layak jika ada ideologi yang berlainan dengan parti yang memerintah, oleh itu sangat sampah pilihanraya yang diamalkan di Malaysia ini jika masih ada lagi sampah sarap yang berfikir seperti sampah.

Harus diingat parti dan kerajaan adalah dua entiti yang berbeza. Kerajaan Malaysia adalah milik seluruh warganegara Malaysia tidak kira apa pun faham politiknya. Kebebasan memilih mana-mana ideologi yang berdaftar adalah termaktub dibawah sistem raja berpelembagaan. Jika masih ada sampah yang bersuara busuk dan hanyir dengan mengatakan tidak boleh langsung menyokong pembangkang kerana ianya dikatakan menentang kerajaan maka terus menerus lah sampah itu diperbodohkan dan cuba memperbodohkan orang lain.

Jika begitu fahamnya maka, golongan Barisan Nasional yang berada di bawah Negeri kekuasaan Pakatan Rakyat boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kerana tidak menyokong kerajaan negeri mereka.

Wednesday, February 2, 2011

Ikhwanul Muslimin Mesir kebangkitan politik islam

Ikhwanul Muslimin adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan Ikhwanul Muslimin tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas Ikhwanul Muslimin adalah Imam Hassan Al-Banna yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. Imam Hassan Al-Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi Imam Hassan Al-Banna .

Bapa Imam Hassan Al-Banna merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai banyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

Kematian As-syahid Imam Hassan Al-Bana ditangan pemerintah nampaknya tidak sia-sia, begitu teguh janji-janji Allah.

Ikhwanul Muslimin sekarang berusaha untuk mengusir seorang zalim pro-Amerika di Mesir, walaupun ada para pakar AS yang telah bersorak langkah sebagai keuntungan bagi kebebasan. Para blogger mereka menghentam sesiapa yang menyokong agenda Ikhwanul Muslim dan melabelkan sebagai berbahaya.

Ikhwanul Muslimin sedang dalam perbincangan dengan pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan untuk menggantikan rejim yang diserang iaitu Presiden Mesir Hosni Mubarak, sekutu AS.

Sebuah gerakan jihad di seluruh dunia yang berpusat di Kaherah - sebagai kekuatan pro-demokrasi yang telah "berani berkempen melawan kerajaan dan bagi masyarakat miskin,"

Pada tahun 2007, Ikhwanul menyusun platform parti di bawah bendera "Islam adalah penyelesaian." Ia dipanggil untuk mendirikan dewan dipilih undemocratically ulama dengan kuasa untuk memveto setiap undang-undang yang disahkan oleh Parlimen Mesir dan diluluskan oleh presiden yang tidak serasi dengan undang-undang Islam.

Pemimpin spiritual Ikhwanul Muslimin, Sheik Yusuf al-Qaradawi, telah berpendapat bahawa sekularisme "adalah ateisme dan penolakan terhadap Islam," dan kerana itu "benar-benar murtad." Dia bersumpah Persaudaraan akan "menawan Amerika" dan telah dilarang memasuki AS kerana fatwanya yang menyeru pembunuhan tentera Amerika.

Tuesday, February 1, 2011

Saya pun Melayu


Orang melayu tidak perlu bersikap seperti talam dua muka, bercakap lain apabila berhadapan dengan kaum lain tetapi berbicara lain apabila sesama melayu. Berbicara manis semata-mata ingin memperoleh undi dari bukan melayu tetapi mengutuk mereka apabila berlagak sebagai hero melayu.

Semua manusia sama, berasal dari Adam a.s. Yang membezakan kita ialah akal fikiran dan perbuatan masing-masing, sebab itu tuhan beri manusia panduan. Panduan kita adalah Al-quran dan Hadis. Kita yang berbangga sebagai melayu kononnya kaum teristimewa di Tanah melayu sepatutnya menjadi contoh dan tauladan terhadap kaum lain, bukannya menindas dan mendabik dada dengan kesombongan sebagai tuan. Tiada istilah tuan jika ekonomi kita telah dijajah oleh penjarah sistem kapitalis yang diakui mencengkam hidup umat islam sehingga sekarang.

Terdetik dihati kata-kata Nong chik sebentar tadi soal pembangunan sosio-ekonomi dan jurang pendapatan warga Kuala Lumpur. Agenda kapitalis yang mencengkam umat islam. Agenda yang tersendiri akan membuatkan kita sebagai umat islam lupa apa itu islam yang sebenar. Akhirannya melayu membuat kesimpulan mudah dengan menyalahkan bangsa lain atas kelemahan pemimpin-pemimpin kita yang tidak cekap dalam pemikiran pembangunan insaniah. Cekap berniaga harta benda tidak semestinya cekap mengatur keseimbangan kehidupan.

Soal bangsa tidak akan wujud jika tiada pemimpin yang mewujudkan rasa curiga dikalangan rakyat Malaysia. Sekarang ini bukan lagi tanah melayu tetapi Negara Malaysia, itu hakikat dan kesedaran yang perlu ditelan kerana kebaikan kita menerima saudara baru pada masa dahulu. Saudara kita yang berasal dari China dan India telah diakui sebagai warganegara dan layak diadili berteraskan perlembagaan yang melayu ultra agung-agungkan.

Saya pun Melayu, kelemahan kita kerana pemimpin kita asyik mengejar pembangunan sehinggakan 'standard' melayu itu gagal dipertingkatkan seiring dengan kemajuan yang dikecapi negara. Kegagalan melayu kerana terlalu taksub dengan pemimpin-pemimpin ultra mereka sehinggakan begitu kerap tertipu dan terus ditipu. Kelemahan melayu kerana kita sudah terbiasa dengan angan-angan bahawa kita adalah golongan teristimewa sehinggakan kita tidak rasa perlu bersaing secara positif dengan bangsa lain.

Melawan melayu ultra dituduh sebagai pemecah belah masyarakat melayu. Bangsawan melayu tidak pernah belajar dari sejarah silam alam melayu. Alam melayu yang penuh kepura-puraan dalam bersopan santun bukan lah pegangan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Alam melayu yang terlalu 'Play safe' perlu dikikis. Jangan hidup dalam kepura-puraan.