Klik dan lihat

Wednesday, March 30, 2011

Dua pegawai kanan kastam ditahan SPRM




PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.

Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.

“Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

“Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.

“Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

Utusan Malaysia/-
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

Monday, March 28, 2011

Orang lain tidak layak berbicara soal Maruah hanya Anwar sahaja layak berbicara soal Maruah



" Dan janganlah kamu menghampiri Zina, Sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan)" [Al-Israa' 17 : 32]

Ayat Allah pasti benar, Pelaku Maksiat pasti akan menemui jalan mati, buntu dan merosakan. Saya menyeru diri sendiri termasuk orang lain agar tidak dibelenggu dengan masalah moral yang jelek dan jijik ini.

Saya menyokong sepenuhnya saranan Dr Asri iaitu HENTIKAN POLITIK LUCAH DAN JIJIK tetapi pada masa sama menyeru pemimpin-pemimpin (tidak mengira mana-mana parti) supaya bertaubat dan kembali kepada jalan islam.

Punca utama Zina adalah globalisasi dan modenasasi, Zina akan memecahkan masyarakat dan melahirkan keturunan yang rosak. Kegagalan pemerintah menghalang zina adalah kerana menjamu perbuatan itu dengan secara ilmiah dan tidak langsung.

Kita lihat program-program di televisyen, titik-titik awal zina terbuka luas, dihidangkan dengan rakus tanpa terdetik soal keaiban melayu yang berpaksikan islam. Kerajaan Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. Hak dan asasi sebagai umat islam telah dirampas oleh tangan-tangan perakus yang menghidangkan pelbagai hidangan neraka yang terlalu enak di dunia ini.

Kita lihat deretan-deretan kedai dihadapan kita, di bandar kita, pasti amat mudah untuk kita jumpa rumah urut yang selalu kita dengar kesongsangan mereka. selalu kita lihat dalam televisyen apa kisah sebenar disebalik rumah-rumah urut. Tidak salah jika kita letakkan beban ini kepada pemerintah kerana gagal dalam menjaga hak asasi orang islam.

Saturday, March 19, 2011

Isu TBH dipolitikkan demi menutup pekong DAP

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengemukakan bukti-bukti yang lebih kukuh dan menarik bahawa Teoh Beng Hock tidak dibunuh oleh pegawainya di hadapan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang akan bersidang Isnin ini.
Antaranya, SPRM dijangka mendedahkan bagaimana hampir 30 peratus hasil keuntungan beberapa projek pembinaan disalurkan kepada DAP.
Penemuan hasil siasatan SPRM itu dikatakan mempunyai impak yang sangat kuat terhadap diri Beng Hock.
“Siasatan SPRM di Seremban, Negeri Sembilan mendapati seorang kontraktor yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin DAP bertindak menyalurkan sejumlah dana yakni sekitar 30 peratus daripada nilai projek yang diperoleh ke dalam akaun parti, maka keadaan itu dipercayai menyebabkan Beng Hock merasa tertekan dan seterusnya membunuh diri,” kata Peguam SPRM, Datuk Shafee Abdullah kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Malah, SPRM akan turut mengemukakan beberapa bukti penyalahgunaan kuasa parti politik terbabit yang mengaitkan mendiang.
SPRM yakin bukti-bukti yang dikemukakan pihak itu sekaligus bakal merubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap kematian Beng Hock.
Jika selama ini SPRM kerap kali digambarkan kononnya sebagai ‘bersalah’ dalam kes kematian Beng Hock oleh pihak-pihak tertentu, Shafee akan berhujah dengan beberapa bukti-bukti baru bagi menangkis persepsi itu.
“Setakat ini, ujian forensik dan patologi membuktikan mendiang meninggal dunia bukan atas sebab ditolak atau dibunuh oleh sesiapa, cuma ada hujah melibatkan aspek leher mendiang yang kononnya dicekik tetapi sebenarnya lebih kepada proses semulajadi kimia dalam badan,” katanya dalam satu pertemuan di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Shafee turut menerangkan mengenai keputusan penyelidikan oleh pasukan forensik dan patologi mengenai keadaan mayat mendiang, nota bunuh diri dan saksi-saksi SPRM serta proses siasatan pihak polis ke atas beberapa pegawai SPRM dari malam hingga ke pagi tanpa dibekalkan makanan atau minuman, sesuatu yang agak mengejutkan baginya.
“Pegawai SPRM bukan sahaja diasak teruk oleh para pengamal media baru malah turut tidak mendapat simpati oleh pihak polis yang menyoal siasat beberapa pegawai SPRM dari jam sekitar 8 malam sehingga 7 pagi keesokan harinya tanpa diberi minum seteguk air atau menjamah sebarang makanan,” katanya.
Pada sesi pertemuan yang sama, Shafee turut bersoal-jawab dengan beberapa peserta dan penulis blog mengenai aspek teknikal yang menyelubungi ‘misteri’ kematian itu seperti kedudukan tingkap yang berbentuk 45 darjah, jarak lapan kaki antara bangunan dengan lokasi mayat mendiang ditemui serta pelbagai kemungkinan motif kematian mendiang.
Ditanya mengapa beliau menyertai RCI itu setelah ia berjalan sekian lama, Shafee berkata, beliau tidak nampak sebab yang munasabah untuk seorang kakitangan awam atau lebih tepat lagi pegawai SPRM ingin membunuh Beng Hock sedangkan mendiang hanya seorang saksi.
“Saya lihat kes kematian ini terlalu dipolitikkan dan secara logiknya, saya percaya pegawai SPRM tidak akan tergamak untuk membunuh mana-mana saksi kes apatah lagimelakukannya di tempat kerja sendiri,” katanya.
Mengenai nota bunuh diri yang terlalu lama tidak didedahkan tetapi sah ditulis oleh mendiang sendiri selepas ujian kimia atas dakwat pen dan ujian tulisan ke atasnya, Shafee berkata, itu bukan kesalahanlah SPRM. Sebaliknya ia tertakluk dalam siasatan oleh pihak polis. RCI itu dijangka membuat keputusan dan kemudiannya menyerahkan laporan kepada Yang diPertuan Agong selewat-lewatnya 25 April ini.
Beng Hock ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat semalaman di tingkat 14 premis itu.
Beng Hock disoal siasat sebagai lanjutan daripada penemuan beberapa dokumen dari telefon bimbitnya yang menimbulkan keraguan di kalangan pegawai SPRM yang berkunjung ke pejabat beliau sebelum itu.

Sunday, March 6, 2011

AES punya cerita

Dua syarikat yang memperoleh mata tertinggi ketika demonstrasi langsung ialah Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Bagaimanapun kedua-duanya didakwa tidak memiliki Harta Intelek bagi sistem masing-masing iaitu Redflex (Australia) dan Robot (Jerman).

Pembida-pembida lain mengadu bahawa dua syarikat berkenaan tidak mematuhi spesifikasi ketika demonstrasi dan diberikan keutamaan untuk mengesan kesalahan-kesalahan berbanding ketepatan bacaan.

Salah satu firma terbabit, Tess Capital Sdn Bhd dari Tess Group, telah pun membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu dengan mendakwa mereka telah dipinggirkan.

Syarikat berstatuskan MSC ini mendakwa ia secara rasmi diiktiraf sebagai pembekal AES oleh kerajaan New South Wales selepas ia melalui ujian selama 18 bulan pada 2008. Ia dikatakan telah melabur berjuta-juta untuk pembangunan dan penyelidikan teknologinya.

Kedua-dua sistem Redflex dan Robot berhadapan dengan tindakan Lembaga Pengangkutan Jalan Australia ekoran bacaan-bacaan yang tidak tepat, menyebabkan mereka yang patuh kepada undang-undang pula membayar saman.

Satu sumber mendakwa bahawa Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dimaklumkan oleh seorang pengarah Redflex bahawa syarikat itu menggunakan peralatan yang tidak ditauliahkan untuk memperoleh kontrak dan menguatkuasakan denda ke atas pemandu.

“Akhirnya, ini bermakna kita boleh mengenakan denda bagi kesalahan-kesalahan yang tidak pernah dilakukan,” kata sumber itu.

Beberapa rencana yang disiarkan oleh media Australia melaporkan bahawa kedua-dua sistem Redflex dan Robot telah gagal beberapa kali.

Dalam salah satu rencana yang diperoleh The Malaysians Insider menyebut, Robot telah memanggil kesemua 19 kamera di Adelaide selepas mengeluarkan notis makluman yang tidak tepat.

Dalam satu lagi rencana dibawa oleh ABC News pada 18 Oktober lalu, dilaporkan bahawa polis Victoria telah menggantung penggunaan kamera jenis lokasi ke lokasi kendalian Redflex di Hume Highway selepas sembilan pemandu dikenakan hukuman bagi kesalahan yang tidak dilakukan.

Laporan-laporan lain mendakwa Lembaga Pengangkutan Jalan Australia terpaksa membayar balik saman, yang nilainya hampir RM9 juta kepada pemandu-pemandu tidak bersalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tuesday, March 1, 2011

Begitu benci aku pada UMNO

Sebut sahaja Umno terbayang politik wang aka rasuah. Sebut sahaja Umno terbayang jiwa-jiwa melayu yang lemah. Lemah selemahnya kerana boleh dibeli dengan harga 50 ringgit. Sebut sahaja Umno terbayang keringat rakyat yang diragut demi kemewahan bangsawan Umno. Sebut sahaja Umno terbayang ketidakadilan dalam berpolitik. Sebut sahaja Umno terbayang wang ringgit, sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Sokong Pas melepas sokong Umno dapat duit.

Dunia oh dunia, mudah perdayakan manusia yang berhati polos. Kemasukan saudara mara aku ke dalam parti Umno benar-benar merobek jantung aku. Begitu menusuk dan pedih sampai sekarang aku rasainya. Biarkan mereka, rakus mengejar harta dunia. Masuk Umno sekadar alasan untuk mendapatkan harta benda. Harta benda yang sepatutnya dikongsi sesama manusia yang hak.

Adik-beradik aku sendiri berjinak-jinak dalam Umno sehinggakan aku begitu sedih dan pilu. Begitu ramai yang mengatakan bahawa masuk Umno sekadar mengambil keuntungan sahaja tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat jika berlaku pilihanraya. Sedikit lega mendengar jawapan mereka tetapi hambar dengan sikap mengalah mereka. Umno tidak pantas di bantu, Umno perlu dijatuhkan kerana mereka begitu sombong dan angkuh.

Walaupun aku percaya dan yakin bahawa kes liwat Anwar Ibrahim adalah benar tetapi aku tetap menyokong Pakatan Rakyat kerana masih terlalu ramai pemimpin Umno yang merupakan peliwat tegar dan penjenayah berhati syaitan yang bebas berkeliaran. Cuma aku berharap agar Anwar Ibrahim bertaubat dan perjuangkan keadilan di Malaysia ini dalam erti kata yang sebenarnya bukan seperti longgokan sampah yang berlaku terhadap Parti Keadilan Rakyat yang sekarang.

Manusia boleh berubah tetapi kumpulan besar manusia yang fasik tidak harus diberi peluang berulang kali sehinggakan merosakkan muslim yang lain. Sempena pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau aku lihat semakin sombong tanjaknya pemimpin-pemimpin Umno mengutarakan pendapat dalam media-media omongan negara ini. Aku bukan manusia yang sempurna tetapi aku tidak mahu pemimpin aku terdiri daripada golongan fasik dan pemuja kebendaan yang merosakkan. Yang beranggapan bahawa islam yang berpandukan Al-quran dan Hadis itu kuno manakala Islam yang moden itu adalah yang terbaik. Itulah kata-kata Najib celaka yang akan merosakkan umat islam kehadapan jika tidak dihalang pemikiran bangsat mereka itu.

Bukan aku menolak pembangunan tetapi aku menolak pembangunan yang meninggalkan kebangkitan sahsiah dan adab. Pembangunan yang meminggirkan keseimbangan rohani. Pembangunan yang melupakan landasan-landasan yang dibatasi oleh pemikiran islam sejati. Aku bertanya kepada diri aku, kenapa aku begitu benci pada Umno. Jawapannya hanya kerana Umno akan gagal mengawal kerosakkan muslim yang akan berfikir secara pemikiran baru yang merosakkan. Yang berfikir semata-mata menindas dan memperdayakan orang lain demi mengejar kemewahan hidup.