Klik dan lihat

Sunday, March 6, 2011

AES punya cerita

Dua syarikat yang memperoleh mata tertinggi ketika demonstrasi langsung ialah Commerical Circle (M) Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Bagaimanapun kedua-duanya didakwa tidak memiliki Harta Intelek bagi sistem masing-masing iaitu Redflex (Australia) dan Robot (Jerman).

Pembida-pembida lain mengadu bahawa dua syarikat berkenaan tidak mematuhi spesifikasi ketika demonstrasi dan diberikan keutamaan untuk mengesan kesalahan-kesalahan berbanding ketepatan bacaan.

Salah satu firma terbabit, Tess Capital Sdn Bhd dari Tess Group, telah pun membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu dengan mendakwa mereka telah dipinggirkan.

Syarikat berstatuskan MSC ini mendakwa ia secara rasmi diiktiraf sebagai pembekal AES oleh kerajaan New South Wales selepas ia melalui ujian selama 18 bulan pada 2008. Ia dikatakan telah melabur berjuta-juta untuk pembangunan dan penyelidikan teknologinya.

Kedua-dua sistem Redflex dan Robot berhadapan dengan tindakan Lembaga Pengangkutan Jalan Australia ekoran bacaan-bacaan yang tidak tepat, menyebabkan mereka yang patuh kepada undang-undang pula membayar saman.

Satu sumber mendakwa bahawa Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dimaklumkan oleh seorang pengarah Redflex bahawa syarikat itu menggunakan peralatan yang tidak ditauliahkan untuk memperoleh kontrak dan menguatkuasakan denda ke atas pemandu.

“Akhirnya, ini bermakna kita boleh mengenakan denda bagi kesalahan-kesalahan yang tidak pernah dilakukan,” kata sumber itu.

Beberapa rencana yang disiarkan oleh media Australia melaporkan bahawa kedua-dua sistem Redflex dan Robot telah gagal beberapa kali.

Dalam salah satu rencana yang diperoleh The Malaysians Insider menyebut, Robot telah memanggil kesemua 19 kamera di Adelaide selepas mengeluarkan notis makluman yang tidak tepat.

Dalam satu lagi rencana dibawa oleh ABC News pada 18 Oktober lalu, dilaporkan bahawa polis Victoria telah menggantung penggunaan kamera jenis lokasi ke lokasi kendalian Redflex di Hume Highway selepas sembilan pemandu dikenakan hukuman bagi kesalahan yang tidak dilakukan.

Laporan-laporan lain mendakwa Lembaga Pengangkutan Jalan Australia terpaksa membayar balik saman, yang nilainya hampir RM9 juta kepada pemandu-pemandu tidak bersalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment