Klik dan lihat

Tuesday, March 1, 2011

Begitu benci aku pada UMNO

Sebut sahaja Umno terbayang politik wang aka rasuah. Sebut sahaja Umno terbayang jiwa-jiwa melayu yang lemah. Lemah selemahnya kerana boleh dibeli dengan harga 50 ringgit. Sebut sahaja Umno terbayang keringat rakyat yang diragut demi kemewahan bangsawan Umno. Sebut sahaja Umno terbayang ketidakadilan dalam berpolitik. Sebut sahaja Umno terbayang wang ringgit, sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Sokong Pas melepas sokong Umno dapat duit.

Dunia oh dunia, mudah perdayakan manusia yang berhati polos. Kemasukan saudara mara aku ke dalam parti Umno benar-benar merobek jantung aku. Begitu menusuk dan pedih sampai sekarang aku rasainya. Biarkan mereka, rakus mengejar harta dunia. Masuk Umno sekadar alasan untuk mendapatkan harta benda. Harta benda yang sepatutnya dikongsi sesama manusia yang hak.

Adik-beradik aku sendiri berjinak-jinak dalam Umno sehinggakan aku begitu sedih dan pilu. Begitu ramai yang mengatakan bahawa masuk Umno sekadar mengambil keuntungan sahaja tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat jika berlaku pilihanraya. Sedikit lega mendengar jawapan mereka tetapi hambar dengan sikap mengalah mereka. Umno tidak pantas di bantu, Umno perlu dijatuhkan kerana mereka begitu sombong dan angkuh.

Walaupun aku percaya dan yakin bahawa kes liwat Anwar Ibrahim adalah benar tetapi aku tetap menyokong Pakatan Rakyat kerana masih terlalu ramai pemimpin Umno yang merupakan peliwat tegar dan penjenayah berhati syaitan yang bebas berkeliaran. Cuma aku berharap agar Anwar Ibrahim bertaubat dan perjuangkan keadilan di Malaysia ini dalam erti kata yang sebenarnya bukan seperti longgokan sampah yang berlaku terhadap Parti Keadilan Rakyat yang sekarang.

Manusia boleh berubah tetapi kumpulan besar manusia yang fasik tidak harus diberi peluang berulang kali sehinggakan merosakkan muslim yang lain. Sempena pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau aku lihat semakin sombong tanjaknya pemimpin-pemimpin Umno mengutarakan pendapat dalam media-media omongan negara ini. Aku bukan manusia yang sempurna tetapi aku tidak mahu pemimpin aku terdiri daripada golongan fasik dan pemuja kebendaan yang merosakkan. Yang beranggapan bahawa islam yang berpandukan Al-quran dan Hadis itu kuno manakala Islam yang moden itu adalah yang terbaik. Itulah kata-kata Najib celaka yang akan merosakkan umat islam kehadapan jika tidak dihalang pemikiran bangsat mereka itu.

Bukan aku menolak pembangunan tetapi aku menolak pembangunan yang meninggalkan kebangkitan sahsiah dan adab. Pembangunan yang meminggirkan keseimbangan rohani. Pembangunan yang melupakan landasan-landasan yang dibatasi oleh pemikiran islam sejati. Aku bertanya kepada diri aku, kenapa aku begitu benci pada Umno. Jawapannya hanya kerana Umno akan gagal mengawal kerosakkan muslim yang akan berfikir secara pemikiran baru yang merosakkan. Yang berfikir semata-mata menindas dan memperdayakan orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

No comments:

Post a Comment