Klik dan lihat

Saturday, April 30, 2011

Sedikit renungan untuk ustaz yang menasihati Datuk Eskay


PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.

Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.

Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua

Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?

DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.

Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?

DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.

Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?

DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.

Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?

DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.

Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.

Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?

DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”

Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.

Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?

DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.

Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?

DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”

Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.

Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?

DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.

Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?

DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?

DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.

Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?

DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?

DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?

DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?

DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.

Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?

DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

Apakah cara sumpah laknat yang betul?

DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.

Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

PKR sudah Senget.


Pelbagai persoalan timbul difikiran apabila melihat kelakuan tidak cerdik penyokong PKR yang dilihat agak biadap dan memalukan. Perkara itu berlaku semasa proses sumpah laknat yang dilakukan oleh 'Datuk Trio'. Penyokong PKR gagal menghayati islam. Islam mengajar kita supaya beradab di dalam Masjid bukannya terpekik dan terlolong macam orang gila.

Kedengaran penyokong PKR melaung-laungkan amar makruf nahi mungkar tetapi agak menjengkelkan jika dilihat cara-cara mereka itu. Perkara ini mengingatkan kita kepada peristiwa penahanan beberapa ahli PKR oleh SPRM berkaitan rasuah pasir di Selangor. Keadaan kecoh berlaku apabila sesuatu berlaku ke atas mereka seolah-olah mereka itu Malaikat yakni tidak akan melakukan sebarang dosa sekalipun.

Apa motif dan kebaikan yang mereka akan dapat jika terus mempolitikkan semua isu, semua tohmahan yang dilemparkan ke atas mereka pasti Umno akan dipersalahkan. Mungkin corak itu sesuai untuk orang yang berfikiran sampah tetapi ianya pasti akan diperhalusi oleh orang yang berfikir secara matang dan tidak beremosi.

Hukum berkaitan sumpah laknat terus dipolitikkan walhal sepatutnya perkara seperti itu dibincang dan disepakati dengan cara baik oleh tokoh agamawan-agamawan negara, agar islam tidak dilihat lemah dan berpecah belah. Kita tidak mahu hukum disandarkan kepada kepentingan peribadi dan juga parti tetapi kita mahu hukum berdasarkan Hadis dan Al-Quran dan ianya di fatwakan oleh pihak yang berkelayakan bukannya guru agama yang pro sesuatu pihak dan bertaklid buta. Jika keadaan begitu terus dibiarkan, umat islam akan terus keliru dan akan wujud salah faham yang lebih dasyat.

Umat islam akan terus lemah kerana adanya sampah sarap yang senang dikotori dengan segala kekotoran. Umat islam akan terus tenggelam jika pemimpin islam terus mencari kesalahan orang lain demi kelangsungan peribadi mereka. Umat islam akan terus hancur jika perumpamaan ini terus berlaku iaitu 'kuman diseberang laut nampak tetapi bangkai gajah dihadapan mata tidak nampak'

Amat memalukan lagi apabila seorang agamawan yang bergelar guru agama memberi nasihat berdasarkan andaian bahawa orang yang dinasihati itu hina dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk merubah persepsi demi keuntungan pemimpin mereka. Agamawan yang bijak adalah seorang yang teliti dan merujuk sumber yang sahih tanpa pengaruh kepentingan politik dan emosi.

Friday, April 29, 2011

Hukum Hakam jadi Mainan Pemimpin yang kononnya perjuangkan Islam.

Di kehangatan suasana politik di persada tanah air membuatkan kita rindu pada zaman kanak-kanak, zaman yang penuh dengan kenaifan, riang dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang diberi oleh Allah s.wt.

Pada zaman itu kita diajar supaya menghormati orang yang lebih tua tanpa sedikit pun kita ambil kisah mengenai latar belakang politik mereka. Zaman itu juga kita diajar supaya menghormati pemimpin negara tanpa kita ambil tahu soal fahaman mereka. Bila meningkat dewasa kita mula kenal dunia politik yang sentiasa dekat kepada ancaman neraka.

Bila meningkat dewasa kita semakin galak mendengar kata-kata nista dilemparkan terhadap lawan yang tidak sefahaman. Adakah itu tandanya kita semakin mengenal dunia atau itu sekadar mainan syaitan yang cuba memecah-belahkan umat islam. Itu ayat yang kerapkali kita dengar sepanjang proses pembelajaran kita mengenal dunia, seringkali para agamawan berbicara soal kehancuran umat islam dan dikuatkan dengan ayat-ayat Al-Quran yang jelas menyatakan perkara itu.

Adakah apabila kita inginkan kuasa maka kita tinggalkan soal akhlak kebelakang dan tampilkan sifat keberanian seperti mencaci, menfitnah dan buta hati dalam tempo perjuangan kita sebagai pejuang islam yang niat sucinya ingin menegakkan negara islam di persada tanah air ini tetapi liriknya tidak sebegitu.Teringat buku karya Imam Ghazali yang bertajuk Aqidatul Muslimin yang menjurus kepada soal Akhlak orang mukmin.

Imam Ghazali berbicara soal bagaimana Rasulullah s.a.w telah menetapkan tujuan utama dan cara berdakwahnya sebagaimana hadis nabi yang menyatakan:

' Sesungguhnya aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak'

Kewajipan yang ditetapkan oleh islam merupakan latihan kepada manusia supaya mereka dapat hidup dengan akhlak yang baik. Maka sungguh sayang jika perjuangan yang pincang telah membuatkan kita nampak hina di mata masyarakat keseluruhan. Islam gagal menjadi 'role model' kerana pejuang-pejuang islam gagal sempurnakan akhlak yang baik dalam kehidupan kini. Pejuang islam masakini lebih terarah kepada fitnah dan membuta tuli dan cepat mempercayai sumber yang tidak sahih demi memastikan ramuan pemimpin mereka terjaga. Sumber fitnah dijadikan asas penyelidikan dalam menghukum dan menilai seseorang manusia sehinggakan wujud ketidakpercayaan dalam diri terhadap sistem bermasyarakat yang terdapat di negara ini.

Pembohongan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin islam akhirnya akan merosakkan institusi masyarakat dan akan menyebabkan perpecahan berlaku. Hukum hakam bermain dibibir umpama tiada kaedah lain yang lebih baik dalam menentukan sesuatu hukum sehinggakan rakyat marhaen bisa mengeluarkan fatwa secara sendiri manakala tokoh agamawan sentiasa bercanggah dan berselisih faham secara tidak sihat. Masyarakat islam akhirnya akan semakin keliru dan penat dalam soal mencari kebenaran hakiki.

Memalukan lawan dilihat sudah menjadi Trend masakini dan ianya dilihat berlaku didalam kelompok pemimpin yang sealiran iaitu aliran islam. Masing-masing berusaha menjatuhkan lawan masing-masing tanpa peduli soal etika dan tatasusila yang dituntut oleh islam yang syumul. Jika dikaji dan diambil pandangan masyarakat, akan jelas bahwa politik itu pintu ke neraka kerana penuh dengan muslihat dan umpatan keji jika tidak sealiran.

Kunci utama ianya berlaku adalah kita gagal memahami orang lain dan beranggapan kita lebih islam dari orang lain, kita lebih alim dari orang lain, kita lebih jujur dari orang lain dan ego kita begitu tinggi kerana merasakan kita adalah lebih baik dari lawan kita yang tidak sealiran. Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Manusia itu punya kelebihan dan kekurangan. Jika manusia aliran islam itu bersatu maka pasti akan hebatlah segala-galanya, jika pejuang islam itu percaya pada Al-Quran maka itulah jalan yang diberi, bersatu dan ianya tetap bersatu, tiada lain, hanya bersatu.

Thursday, April 28, 2011

Tahniah Warga SPRM, teruskan niat murni membanteras Rasuah


Wacana yang menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini tepat pada masanya bagi membersihkan persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia terhadap SPRM. Namun, di sebalik tindakan-tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, masih terdapat suara-suara yang tidak berpuas hati. Suara-suara inilah yang sebelum ini sentiasa ke hadapan menyatakan bahawa SPRM tidak cukup mengambil tindakan, tetapi apabila diambil tindakan secara berterusan, suara-suara ini jugalah yang telah berubah dengan menyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh SPRM tidak kena pada caranya. Susulan kematian mengejut Penolong Pengarah Kastam Selangor, suara-suara yang menyalahkan SPRM berkumandang semula.

Dengan kata lain, dalam keadaan macam mana sekalipun, SPRM akan sentiasa diperhatikan dan setiap kelemahan akan cuba diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam konteks ini, SPRM seolah-olah dijadikan kambing hitam. Objektif SPRM ialah untuk membanteras gejala rasuah. Tidak kiralah tindakan dikenakan terhadap 'bilis' mahupun 'jerung', tindakan tidak sewajarnya memilih bulu. Inilah cabaran utama SPRM. SPRM bukanlah ditubuhkan untuk memuaskan hati segelintir pihak tetapi diamanahkan oleh rakyat demi kepentingan negara.

Apa yang penting gejala rasuah yang boleh memusnahkan negara perlu dibanteras habis-habisan. Maka, apabila ada pihak menyelar SPRM, SPRM tidak sewajarnya gentar atau mengikut telunjuk mereka. Apa yang perlu dilakukan SPRM ialah mengatasi sebarang kelemahan terutamanya ketika proses penyiasatan dijalankan. Umpamanya, SPRM mewartakan agar semua proses penyiasatan diadakan di tingkat paling bawah. Ini bagi membolehkan tiada lagi sebarang kes kematian mengejut yang melibatkan penyiasatan yang diadakan di tingkat atas di bangunan SPRM.

Selain itu, SPRM juga perlu berwaspada dengan berita-berita yang cuba mencemarkan imej SPRM. Dalam konteks ini, SPRM perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak ada pihak-pihak tertentu sengaja memperkecilkan keupayaan SPRM. Perlu diingat, SPRM telah banyak berubah dan melakukan transformasi sejak dikenali sebagai suruhanjaya.

Usaha-usaha gigih yang dilakukannya telah menjadikan SPRM dikenali di seluruh dunia. Buktinya, Institut Ethisphere telah menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sebagai salah seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia dalam konteks etika perniagaan. Beliau berada di kedudukan keempat, satu kedudukan yang cukup tinggi yang menggambarkan reputasi hebat SPRM di peringkat antarabangsa.

Marilah kita bersama-sama membenci pihak yang suka mempolitikan rasuah dan bersama-sama berganding bahu membanteras rasuah di Malaysia.

Wednesday, April 27, 2011

SPRM:Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun


Begitu teruja dan penuh minat mendengar kupasan-kupasan berilmiah ahli panel mengenai isu rasuah dan pemahaman kepada rakyat bahawa membanteras rasuah telah dilakukan dengan begitu bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti SPRM.

Apa yang dapat dirumuskan disini bahawa rasuah ini sememangnya akan meruntuhkan tamadun, maka amat bertepatan tajuk diatas ini.Cuma wacana itu tersasar sedikit kerana ianya dipolitikan dengan secara tidak sihat oleh Dato' seri Nizar yang jelas tidak memahami dengan jelas mengenai isu rasuah yang sebenar di Malaysia ini. Penerangan yang diberi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM begitu jelas dan mesej yang disampaikan boleh dikira berjaya dan mudah difahami oleh penonton, iaitu SPRM adalah sebuah badan yang bebas, SPRM dipantau oleh lima panel bebas yang boleh dirujuk berdasarkan Akta Sprm itu sendiri. Perkara ini boleh difahami dengan lebih lanjut jika di rujuk disini

Tugas SPRM dilihat begitu berat kerana terpaksa membentangkan laporan siasatan mereka kepada Parlimen dan ianya dilihat tiada kemungkinan untuk melakukan siasatan terpilih sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak yang suka mempolitikkan isu rasuah. Jika mana-mana pihak disiasat oleh pihak SPRM, amat wajar perkara tersebut tidak dihebohkan kerana ianya dikira boleh menganggu siasatan dan melanggar tatasusila kita sebagai manusia kerana peringkat siasatan adalah peringkat untuk kita sahkan dan mencari kebenaran yang sebenar dan ianya bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak.

Sungguh memalukan jika pejuang-pejuang yang mengaku kononnya memperjuangkan integriti menganggu pihak yang cuba menguatkuasakan perkara-perkara tersebut. Amat bertepatan bahawa rasuah itu tidak kenal Bangsa, Politik dan Agama. Rasuah adalah penyakit kepada mana-mana pihak yang mempunyai kuasa. Rasuah adalah penyakit kepada orang munafik,iaitu orang yang kononnya pejuang-pejuang rasuah tetapi berselindung dengan isu rasuah demi kepentingan politik dan kekuasaan, berbicara soal penyelewengan pihak lain tetapi pada masa yang sama asyik membedal wang rakyat dan cuba menganggu gugat pihak SPRM dalam membanteras Rasuah di Malaysia.

Perkara yang paling mulia adalah berhenti melakukan fitnah dan berlagak sebagai hero jika pengetahuan tentang rasuah itu sifar. Dalami ilmu tentang pencegahan rasuah dan bersama-sama pihak SPRM membanteras rasuah di Malaysia.



Teruskan Perjuangan SPRM, Kami menyokong Anda!!

Tuesday, April 26, 2011

Anwar Lelaki 'Y' ..pasti ada yg kata ianya fitnah walaupun dibuktikan secara saintifik

Berikut berita muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Saturday, April 23, 2011

RCI - Tan Seorang Yang Panas Baran - Bulkini


KUALA LUMPUR - Individu yang didengar bercakap dengan mendiang Teoh Beng Hock ketika saksi SPRM tersebut di tandas, Tan Boon Hwa dilihat sebagai seorang yang panas baran.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Penolong Penguasa SPRM, Bulkini Baharuddin yang melihat Tan memarahi isterinya sendiri di hadapan dia dan dua pegawai SPRM lain dalam bahasa Cina.
Bulkini berkata pada malam sebelum Teoh ditemui mati, dia ada mendengar Tan bercakap dengan nada yang tinggi pada Teoh di tandas dimana ketika dia berpatah balik ke pantry selepas menghantar Tan ke tandas.
"Saya dengar Tan cakap ' ni lo' dimana saya pada pemahaman saya bermaksud ' kau la' ketika kedua mereka di dalam tandas tersebut. Ketika itu saya di luar tandas,"
"Tan cakap dengan nada yang tinggi tetapi tidak terlintas pula di fikiran saya untuk patah balik dan lihat keadaan. Saya tidak tahu pula lelaki berseluar putih itu saksi SPRM ketika itu," jelas Bulkini ketika menjawab soalan wakil Majlis Peguam, Cheow Wee.
Bulkini yang mendapat pendidikan awal di sekolah jenis kebangsaan Cina maklumkan Suruhanjaya bahawa dia tahu dan faham bahasa cina termasuk penguasaan dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin.
Katanya, ketika menemui Tan Boon Hwa di rumah, saksi tersebut, bertindak luar biasa seolah cuba mengenakan pegawai SPRM.
"Bila ditanya, kata bukan rumahnya, lepas tu tanya duduk berapa lama, kata dia baru beli rumah itu, tanya dokumen dimana, kata ada, padahal tiada,"
"Saya dah tau taktik dia dari rumah lagi bila dia sepahkan barang dalam rumahnya, seolah kami pula yang buat dan lari keluar sedangkan kami di dalam lagi,"
"Kemudian saya panggil dia 'Tan you masuk balik, you check balik barang-barang you" jelas Bulkini menggambarkan sikap Tan Boon Hwa yang seolah cuba membuat kekeliruan.
Menurut Bulkini, sikap Tan tidak terhenti disitu, dia tidak henti-henti menggunakan telefon. Selain memberi jawapan yang berbeza ketika ditanya tentang bagaimana kejadian tersebut terjadi .
"Saya, Hadri dan Zulkifli dibawa oleh Tan untuk berjumpa isterinya, pemilik Syarikat MeritLink, di kilang dimana isterinya bekerja,"
"Dia memarahi isterinya di depan kami, bila isterinya kata ' itulah kau, aku dah ckp...' ", maklum Bulkini pada Suruhanjaya.
Bulkini menafikan dia ada menggertak Tan dan maklumkan Suruhanjaya bahawa dia hanya kata akan panggil isteri Tan ke pejabat, selepas Tan asyik memberi jawapan tidak tahu dan hanya selepas dua jam Tan menyatakan dokumen akan dibawa oleh isterinya esok.
"Saya berpengalaman, dah tau taktik dia. Saya ajak tengok tv malam tu. Ajak makan pun tak nak, lebih rela duduk dalam bilik," jelas Bulkini.
Bulkini setuju dengan kenyataan peguam mewakili SPRM Dato’ Seri Shafee Abdullah bahawa tiada sebarang kebaikan untuk dia mereka-reka cerita dan sekiranya mahu reka cerita di tandas tersebut, dia boleh reka lebih banyak ayat lg selain dari 'kau la'.
Bulkini maklumkan dia memang tidak tahu saksi lain yang dipanggil ke pejabat SPRM pada malam tersebut, dan tiada amalan 'crosschecking' antara pegawai mengenai saksi yang ditemuduga hanya melaporkan kepada pegawai 'incharge'.
Pada sesi inkuiri semalam, Bulkini turut menyatakan bahawa dia hanya membuat pernyataan pada pihak polis selepas 3 minggu iaitu selepas pasti simati adalah lelaki berseluar putih yang dilihatnya.
Menjawab kepada soalan Shafee, Bulkini nyatakan apa yg menarik minatnya ketika melihat paparan di televisyen ialah seluar putih kerana berfikir dapati simati berseluar putih seperti yang dilihat pada malam tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong turut mengumumkan bahawa mulai minggu hadapan inkuiri akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 6 petang bagi memberi masa yang cukup untuk mendengar keterangan.

RCI: 20 Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Kekasaran Pegawai SPRM


KUALA LUMPUR - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, Deputy Superitendan, Kamaruddin Ismail memaklumkan Suruhanjaya bahawa terdapat 20 Kertas Siasatan yang di buka sejak tahun 2005 membabitkan laporan terhadap kekasaran oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Kamarudin memberitahu Suruhanjaya bahawa kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan lebih 20 laporan polis yang dibuat dari 25 Mac 2005 hingga 18 Julai 2009.

"Kesemua laporan yang dibuat sehingga laporan terakhir oleh Tan Boon Hwa ini telah di kumpul dan dikemukakan dalam satu laporan Overview yang dibuat.

"Saya dimaklumkan pegawai penyiasat sukar mendapat kerjasama pihak SPRM, menyebabkan siasatan tergantung. Bagaimanapun selepas ketua saya menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, kami mendapat kerjasama", jelas Kamaruddin ketika menjawab soalan peguam pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Kamaruddin mengakui bahawa pernah terjadi dimana tiada kerjasama yang diberikan oleh pegawai SPRM Selangor dalam siasatan yang dijalakann dimana ada pegawai yang tidak hadir bila dipanggil serta ada yang minta pegawai penyiasat datang ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan.

Menurut saksi ini, daripada keseluruhan laporan yang diterima oleh pihak polis, 13 daripadanya membabitkan aduan terhadap Ashraf.

Bagaimanapun Kamaruddin bersetuju dengan peguam mewakili SPRM, Dato' Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa kesemua 19 aduan terhadap pegawai SPRM dibuat oleh individu yang menjadi suspek dan hanya Tan Boon Hwa sahaja saksi yang membuat laporan.

Wakil Majlis Peguam, Cheow Wee menyatakan 15 daripada 20 aduan tersebut mempunyai laporan perubatan dimana menyatakan terdapat kerosakan pada tisu lembut pengadu.

Pada masa sama Kamaruddin turut memaklumkan bahawa kebanyakan kes masih berstatus NFA (No Further Action), kerana faktor saksi menarik balik aduan, tidak dapat pastikan suspek atau tidak berminat meneruskan siasatan.

"Setuju atau tidak bahawa ada report yg dibuat terhadap polis oleh suspek untuk 'menidakkan' kesalahan yg dibuatnya?

"Setuju jika saya nyatakan aduan sebegini biasanya dibuat oleh suspek sebagai satu teknik untuk menimbulkan dakwaan kepada agensi penguatkuasaan untuk menidakkan apa yg telah dia (suspek) lakukan,?" tanya Shafee ketika meminta pendapat Kamaruddin yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 28 tahun.


Kamaruddin turut bersetuju bahawa berdasarkan siasatan pihak polis sehingga kini tiada satu kes pun yang mendapati pegawai SPRM bersalah kerana mencederakan orang.

RCI ; Teoh menjadi perantara antara kontraktor dan Ean


KUALA LUMPUR: Mendiang Teoh Beng Hock adalah perantara yang menjadi orang hubungan antara kontraktor dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong. Ini diakui sendiri oleh ahli perniagaan dan juga kontraktor yang memberi keterangan dalam sidang Suruhanjaya Diraja Inkuiri
Kematian Teoh Beng Hock di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Lee Wye Wing, 52, saksi ke 36 Suruhanjaya ketika menjawab kpd soalan peguam wakil SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan setiap sebut harga daripada syarikatnya atau syarikat bumiputera yg digunakannya akan dirujuk kepada Teoh dahulu sebelum dipersetujui oleh YB Ean Yong.

" Salinan 'soft copy' sebut harga di emel kpd Teoh, utk disemak bagi sebarang pindaan, dan harga akan ditentukan oleh YB Ean sendiri" kata Lee ketika Shafee menyatakan dia dan Teoh ada berbincang bagi menentukan harga setiap program/projek yang dipohon. " Surat asal yang telah ditandatangani pemilik syarikat akan dihantar sendiri dalam bentuk 'hard copy' kepada YB" maklum Lee. Lee bagaimanapun menafikan bahawa syarikatnya turut dibiayai oleh entiti DAP dan turut menggunakan syarikat bumiputera untuk memperoleh program/projek bagi kontraktor Kelas F.

Shafee menyatakan beberapa fakta yang mengaitkan Lee dan ADUN tersebut antaranya, bagi projek/program membabitkan syarikat bumiputera,dia turut mendapatkan bantuan pendahuluan drpd ahli DAP. Lee turut setuju apabila Shafee mencadangkan isterinya serta anak saudaranya, Lee Khee Heong (yang mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP) dalam memainkan peranan yang sama dan pemilik syarikat bumiputera tidak tahu mengenai projek/prog yg dijalankan oleh syarikat mereka krn dia yg mengawal akaun syarikat- syarikat tersebut.

Shafee turut mencadangkan bahawa Teoh tahu syarikat bumiputera digunakan oleh Lee dan DAP dan perkara tersebut membuatkan dia menjadi risau. Lee menyatakan bahawa tuntutan bayaran yang disalurkan kepada DAP Serdang Aman tersebut adalah bayaran balik kepada pendahuluan yang diberikan parti politik tersebut. Dia bagaimanapun tidak menafikan dan setuju bahawa kebanyakkan kontrak diberikan kepada syarikatnya, begitu juga projek kecil yang diperolehi dengan menggunakan syarikat bumiputera.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong turut mengumumkan bahawa Suruhanjaya telah menerima surat daripada Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong untuk dilanjutkan bagi tempoh dua bulan lagi sehingga Jun 2011.

Wednesday, April 20, 2011

Peguam SPRM Nyatakan Dana Awam Disalurkan kepada DAP


KUALA LUMPUR - Saksi ke 36 Suruhanjaya Diraja Inkuiri Kematian Teoh Beng Hock, Lee Wye Wing, diminta mengemukakan resit berkaitan tuntutan yang dibuat terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikatnya kepada Suruhanjaya esok.
Permohonan ini dinyatakan sendiri oleh Peguam wakil SPRM, Dato Seri Muhammad Shafee Abdullah ketika dia menyoal saksi yang mengaku telah berjumpa Teoh Beng Hock pada malam 16 Julai 2009.

Wye Wing, 52 yang merupakan seorang ahli perniagaan, memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa syarikatnya melakukan kerja-kerja membabitkan kontrak yang diberi kepada syarikat kontraktor kelas F.Ini termasuk melakukan kerja-kerja bagi tuntutan yang dibuat atas nama Fizami Construction.

Lee turut memaklumkan mahkamah hari ini bahawa sumber kewangan DAP Serdang Aman digunakan sebagai pendahuluan bagi projek kerajaan sebelum diganti semula dengan bayaran hasil tuntutan daripada peruntukan DUN.
Shafee pada mulanya memberitahu Suruhanjaya bahawa, terdapat projek yang dilaksanakan oleh Lee sebenarnya adalah projek 'ali baba' dimana ia pada asalnya adalah untuk kontraktor bumiputera sahaja.
Lee mengakui perkara tersebut dan tahu bahawa perbuatan tersebut menyalahi arahan perbendaharaan dan menyatakan bahawa Teoh mungkin tahu mengenai perkara tersebut.
"Kamu diminta oleh pegawai penyiasat SPRM untuk mengemukakan dokumen berbentuk resit tuntutan RM 379.15 yg dibayar kepada DAP Serdang Aman, boleh kamu tunjukkan pada Suruhanjaya?" tanya Shafee.

" Beri saya masa untuk semak dengan akauntan saya dahulu," jawab Lee.
Shafee turut menyatakan bahawa 30 hingga 70 peratus tuntutan yang dibuat disalurkan kepada tabung parti politik dimana ianya adalah satu perkara yang tidak patut apabila wang kerajaan disalurkan untuk dana parti politik.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong pada mulanya mempersoalkan tujuan Shafee yang dilihat seolah mahu Suruhanjaya melakukan kerja untuk SPRM dengan menyiasat mengenai wang peruntukan tersebut.

Bagaimanapun Foong bersetuju dengan permohonan tersebut.
Dokumen yang diemel kepada Teoh berkenaan invois program/projek ditunjukkan kepada Lee, namun Lee menyatakan bahawa dokumen tersebut bukan darinya kerana terdapat perbezaan pada kepala surat yang digunakan, saiz dan bentuk tulisan.

* Terdahulu, pada sesi pagi, Lee maklumkan pada Suruhanjaya bahawa dia ada bertemu Teoh pada malam 16 Julai 2009 dimana menurutnyan Teoh lebih banyak berdiam dan seolah sedang berfikir.
"Kami dilarang bercakap, tetapi Teoh ada menyuarakan rasa kirang senang bila laptopnya diambil,"
"Saya agak dia mungkin tertekan seperti saya apabila disoal pegawai SPRM," kata Lee.
Lee setuju bahawa pada malam 16 Julai, keadaan pejabat SPRM Selangor adalah sunyi dan tiada suara seperti orang didera. Malah dia menyatakan saksi turut bergerak bebas di pejabat tersebut.

Thursday, April 14, 2011

Pemikiran sampah dan sarap dunia politik

RPK dipuji kerana memburukkan orang tetapi di hina dan dicemuh apabila cuba membersihkan nama orang, jelek dan hina sikap penyokong yang beragenda syaitan. Islam mengajar kita supaya bersangka baik dan menjaga kehormatan saudara kita. Tidak kira bagaimana pun saudara seislam kita itu tetapi demi ukhwah yang tinggi beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi menguatkan perpaduan sesama muslim.

Tidak dinafikan bahawa islam menganjurkan kita supaya menentang kemungkaran, tetapi kemungkaran yang bagaimana? Adakah berita yang tidak sahih itu dikira sebagai kemungkaran tidakkah ianya lebih terarah kepada fitnah berbanding kemungkaran? Agak menjengkelkan kerana pemikiran sampah sarap itu terdiri daripada golongan yang kononnya menjadikan agenda islam sebagai asas perjuangan.

Apabila tuduhan dilemparkan ke atas Anwar pasti puak-puak sampah itu bangkit memperkatakan bahawa berita itu fitnah dan agenda politik tetapi apabila tuduhan dilemparkan ke atas orang BN puak-puak sampah itu pasti bangkit memperkatakan bahawa berita itu benar.

Sungguh sampah dan sarap pemikiran sedemikian.


Wednesday, April 13, 2011

TBH: Dakwaan dipukul_kredibiliti _Sivanesan dipersoal


KUALA LUMPUR – Inkuiri Suruhanjaya Diraja (Royal Commission of Iquiry - RCI) berhubung
kematian Teoh Beng Hock pagi ini dikejutkan dengan pengakuan saksi Sivanesan a/l
Tanggavellu, 24 tahun, yang didakwa berbohong dalam keterangannya apabila memberikan
kenyataan yang bercanggah.

Sivanesan berkali-kali menafikan cadangan Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Muhammed Shafee bin Abdullah bahawa dia telah
berbohong dan memberi kenyataan palsu kepada Suruhajaya selepas mengaku dihadapan
panel bahawa tangannya bergari ketika menjumpai seketul ais batu di dalam seluar dalamnya
semasa dalam tahanan SPRM.

Dato’ Seri Shafee : Ketika Inkues Teoh Beng Hock, kamu ditanya oleh peguam kamu sendiri,
Gobind Singh Deo, sama ada tangan kamu bergari atau tidak ketika
jumpa ketul ais, dan kamu kata tidak, jadi kenapa kamu tipu Suruhanjaya
ini?

Sivanesan : Bukan nak tipu, tapi ketika itu saya rujuk laporan polis dan ketika inkues saya
demam.

Tan Sri James Foong (Pengerusi RCI): Sekarang kamu demam ke? Kenapa nyatakan
tangan bergari ketika Inkues?

Sivanesan: Tidak. Kerana ikut laporan polis.

Dato’ Seri Shafee turut mengingatkan Sivanesan bahawa dia telah berkali-kali diingatkan untuk
hormat dan bercakap benar kepada Suruhanjaya ini.

"Kamu beri penyataan bohong, kerana jika dibelasah, sehingga pecah 'underwear' seperti yang
didakwa, kamu sudah tiada. Saya cadangkan kamu datang sini untuk berbohong," Dato’ Seri
Shafee berkata kepada Sivanesan, namun tidak dipersetujui saksi tersebut.

Pada masa yang sama Sivanesan turut mengaku kepada Suruhanjaya bahawa dia merupakan
ahli kepada parti politik Democratic Action Party (DAP) dan juga Barisan Nasional (BN).
Dato’ Seri Shafee juga menyatakan bahawa Sivanesan tidak boleh dipercayai dan tidak setia
(loyal) serta saksi sebenarnya diberi kerja di dalam Kumpulan Semesta sebagai upah, namun
tidak diakui oleh saksi tersebut.

Inkuiri turut memanggil dua pegawai penyiasat SPRM dari Putrajaya untuk memberikan
keterangan.

Friday, April 8, 2011

Islam kah kamu dan Kenapa Mesti buat Andaian Buruk dan Fitnah terhadap SPRM


Syariat islam memandang individu sebagai bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari umat seluruhnya, ibarat anggota badan, setiap anggota badan pasti mendapat bahagian dari zat makanan, pertumbuhan dan perasaan yang menyebar di dalam tubuh. Sebagaimana kita ketahui bahawa, firman Allah s.wt baik yang merupakan perintah mahupun larangan, tidak semata-mata ditujukan kepada individu. Semua petunjuk dan ajaran Allah tertuju kepada setiap anggota masyarakat dan umat manusia. Demikian lah cara Al-Quran dan sunnah dalam menetapkan hukum-hukum syariat.

Firman Allah yang bermaksud;

' Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya '. (Al-Hajj:22:77-78)

Bagaimana cara jihad kamu yang sebenarnya mengikut landasan islam, adakah jihad kamu itu bersandarkan dengan cara membawa perkhabaran yang tidak benar, membawa berita yang tidak sahih dan menyebar-menyebarkannya di merata-rata tempat tanpa kamu selidikinya, sehinggakan ianya menimbulkan fitnah yang hebat. Dan harus diingat bahawa fitnah itu membawa kerosakkan yang dasyat kepada masyarakat. Fitnah itu juga melemahkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Begitukah sikap pejuang politik islam. Anda gagal hidup dengan cara terhormat. Anda mendokong politik hasutan, ianya terjadi kerana anda mengambil kesempatan ke atas isu yang tidak sahih. Tidakkah kamu terfikir soal menyelidik perkhabaran yang dibawa oleh si fasik.

Thursday, April 7, 2011

Kenapa Salahkan SPRM


Kejadian diluar jangkaan, itu yang boleh kita sepakati. Begitu banyak pihak yang memuji Pihak SPRM apabila mereka berjaya memberkas pesalah-pesalah rasuah yang merugikan negara, tidak timbul soal kena naya ataupun kambing hitam. Keberkesanan Ops 3B digembar-gembur dan ternyata Operasi yang diketuai oleh SPRM itu menghalang negara kerugian berbilion-bilion duti kastam.

Apabila berlaku musibah yang mengejutkan begitu banyak andaian-andaian liar dilemparkan kepada pihak SPRM, begitu juga kesatuan kastam yang dilihat cuba bermain dengan api. Kesatuan Kastam perlu berhati-hati kerana langkah mereka itu boleh dilihat sebagai usaha untuk melemahkan atau menganggu siasatan SPRM terhadap rasuah. Rasuah yang menjadi adat dan budaya yang membarah di dalam Jabatan Kastam. Amat jelek apabila terlalu ramai yang menyangkal pembabitan kastam dalam soal rasuah.

Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga arwah Ahmad Sarbani, walaubagaimana pun jangan lah mengeruhkan keadaan dengan menjadi jaguh kampung.Serahkan perkara tersebut kepada pihak polis, sepatutnya kesatuan Kastam bermesyuarat supaya mengkaji kaedah yang terbaik untuk melakukan langkah pencegahan rasuah di Jabatan mereka bukannya menganggu siasatan orang lain. Tingkatkan imej Jabatan Kastam semula.

Rasuah di Jabatan Kastam begitu hina dan jijik, tanpa selindung mereka berterusan merugikan negara. Kenapa perlu penghalang kemungkaran di lempar dengan kata-kata nista. Mungkin sikap bodoh seperti itu yang menyebabkan sukarnya rasuah dibanteras di Malaysia. Pemain politik bodoh terus memainkan agenda sampah mereka, sehinggakan timbul pelbagai andaian yang bersifat sampah sarap.

Monday, April 4, 2011

Rasuah: ADUN Lenggeng didapati bersalah, pihak pembelaan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi.


Seremban - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, YB Mustafa Salim, 53 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun bermula daripada 1 April 2011 lepas, dan denda sebanyak RM20,000.00, atau penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Beliau telah didapati bersalah pada 5 Mac 2011 lalu kerana menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini mendapati ADUN Barisan Nasional itu bersalah terhadap dua tuduhan menerima suapan daripada seorang kontraktor, M.Manimaran untuk tujuan itu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997,menerima wang suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008 yang lalu.Mahkamah, setelah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan peguambela, telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman tersebut.

Di dalam penghakimannya, hakim telah menyatakan bahawa kesalahan rasuah adalah kesalahan yang serius kerana ianya melibatkan kepentingan awam, lebih-lebih lagi tertuduh merupakan seorang wakil rakyat yang memegang amanah serta kepercayaanrakyat. Tambahnya lagi, memandangkan kesalahan rasuah adalah suatu kesalahan yang serius, hukuman yang berbentuk punitif adalah sesuai agar menjadi teladan dan pengajaran kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, pihak peguambela tertuduh meminta agar perlaksanaan hukuman penjara tersebut ditangguhkan kerana pihak pembelaan ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah membenarkan permohonan tersebut, dan wang jaminan ditingkatkan kepada RM10,000.00 sementara menunggu perbicaraan rayuan kes ini di Mahkamah Tinggi.

Penghakiman telah dijalankan oleh Hakim Mahkamah Majistret Jenayah 1, Yang Arif Tuan Azman bin Jantan, manakala tertuduh telah diwakili oleh dua orang peguambela,iaitu Datuk Taqiyuddin bin Yahya dan Feisal bin Mustapha. Pihak pendakwaan pula diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Kevin Anthony Morais dan Fieza Fazlin.

Sunday, April 3, 2011

SPRM berjaya selamatkan 3 Bilion duit negara..Tahniah diucapkan



PUTRAJAYA: Siasatan awal pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan operasi terhadap pasangan suami isteri pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Pahang, mendapati wujudnya transaksi lebih RM10 bilion dalam bentuk penghantaran wang dan penyeludupan wang ke luar negara secara haram.
Serbuan yang dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM seluruh negara, selain beberapa syarikat penggurup wang sejak Isnin lalu, dipercayai akan membongkar lebih banyak penyelewengan apabila siasatan lanjut dijalankan

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata 62 pegawai KDRM, termasuk sembilan perempuan, merangkumi pelbagai pangkat ditahan sejak operasi itu bermula dan 17 daripada mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Siasatan berikutan serbuan serentak di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu turut membongkar kesalahan membabitkan RM1.2 bilion mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, selain membekukan akaun berjumlah RM602 juta, menyita RM382 juta, manakala RM31.2 juta lagi dilucut hak harta.

“Dalam serbuan kelmarin saja kita dapati ada pegawai kastam yang memiliki RM850,000 dalam akaun, ada yang memiliki setengah juta dalam akaun selain amanah saham dan kereta mewah, manakala di sebuah rumah pegawai KDRM kita temui RM625,250 dalam tiga beg dan seorang lagi memiliki lima jongkong emas bernilai sekitar RM50,000.

“Operasi kita kali ini bertumpu di Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. Tangkapan terbesar 46 kakitangan KDRM di lakukan di Pelabuhan Klang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Jelas beliau, maklumat siasatan menunjukkan pegawai KDRM di pelabuhan seluruh Malaysia meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat ejen penghantar dan ejen untuk mengurangkan duti kastam bagi mempercepatkan pemerosesan Borang K1 (borang pengisytiharan cukai) dari 2008 hingga 2011.

Mustafar juga memaklumkan bahawa 17 masih ditahan reman, termasuk pegawai kanan KDRM yang disambung reman empat hari lagi mulai semalam, manakala isterinya sudah dibebaskan. Sebahagian besar akaun yang dibekukan juga sudah dilepaskan selepas siasatan awal.

Umumnya secara keseluruhan, kata beliau, bagi setiap kes yang dibongkar ada 10 lagi yang terlepas dan amalan rasuah itu menyebabkan kerugian sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan dari segi kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan dan pengisytiharan tidak betul barangan import.

“Pegawai KDRM yang disoal siasat mengakui menerima suapan antara RM100 hingga RM500 bagi setiap borang K1 sejak lima bulan lalu, membabitkan lebih 100 syarikat dan kita membekukan lebih 150 akaun bagi membantu siasatan.

“Ada pegawai KDRM yang menerima sampai RM10,000 sebulan menerusi tujuh transaksi akaun dan ada pula ditemui memiliki RM11,891 serta 600 Riyal, menyimpan belasan ribu ringgit di rumah, memiliki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sehingga RM200,000, selain memiliki jam tangan berjenama mewah yang diperbuat daripada emas.

“Selain penemuan 200 kotak mercun pelbagai jenis dan 20 kotak mengandungi rokok seludup dianggar bernilai puluhan ribu ringgit yang ditemui di rumah pegawai kanan KDRM Pahang Jumaat lalu, semalam kita menemui seorang pegawai KDRM memiliki dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru,” katanya.

Jelas beliau, operasi membabitkan KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara (JPN) serta agensi lain yang berkaitan dengan diketuai oleh SPRM itu dinamakan Ops 3b kerana disasarkan dapat mendapatkan kembali RM3 bilion yang diseleweng.