Klik dan lihat

Thursday, April 7, 2011

Kenapa Salahkan SPRM


Kejadian diluar jangkaan, itu yang boleh kita sepakati. Begitu banyak pihak yang memuji Pihak SPRM apabila mereka berjaya memberkas pesalah-pesalah rasuah yang merugikan negara, tidak timbul soal kena naya ataupun kambing hitam. Keberkesanan Ops 3B digembar-gembur dan ternyata Operasi yang diketuai oleh SPRM itu menghalang negara kerugian berbilion-bilion duti kastam.

Apabila berlaku musibah yang mengejutkan begitu banyak andaian-andaian liar dilemparkan kepada pihak SPRM, begitu juga kesatuan kastam yang dilihat cuba bermain dengan api. Kesatuan Kastam perlu berhati-hati kerana langkah mereka itu boleh dilihat sebagai usaha untuk melemahkan atau menganggu siasatan SPRM terhadap rasuah. Rasuah yang menjadi adat dan budaya yang membarah di dalam Jabatan Kastam. Amat jelek apabila terlalu ramai yang menyangkal pembabitan kastam dalam soal rasuah.

Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga arwah Ahmad Sarbani, walaubagaimana pun jangan lah mengeruhkan keadaan dengan menjadi jaguh kampung.Serahkan perkara tersebut kepada pihak polis, sepatutnya kesatuan Kastam bermesyuarat supaya mengkaji kaedah yang terbaik untuk melakukan langkah pencegahan rasuah di Jabatan mereka bukannya menganggu siasatan orang lain. Tingkatkan imej Jabatan Kastam semula.

Rasuah di Jabatan Kastam begitu hina dan jijik, tanpa selindung mereka berterusan merugikan negara. Kenapa perlu penghalang kemungkaran di lempar dengan kata-kata nista. Mungkin sikap bodoh seperti itu yang menyebabkan sukarnya rasuah dibanteras di Malaysia. Pemain politik bodoh terus memainkan agenda sampah mereka, sehinggakan timbul pelbagai andaian yang bersifat sampah sarap.

3 comments:

  1. Setuju dgn kata2 anda, penentang kemungkaran dipandang hina, tetapi yg melakukan kemungkaran pula disanjung, dunia akhir zaman, syabas SPRM! KAMI RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG SPRM DLM MEMBANTERAS RASUAH DIKALANGAN PENJAWAT AWAM DAN AHLI POLITIK YG KEJI, TERUSKAN USAHA DLM MENEGAKKAN KEBENARAN, AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

    ReplyDelete
  2. saya amat sokong dengan kenyataan saudara perasuah dan yang terima rasuah harus dihapuskan secara total.

    ReplyDelete
  3. Pelik kerana ada pihak yang cuba mempertikaikan corak siasatan SPRM sedangkan yang mempertikaikan itu tidak tahu menahu mengenai siasatan rasuah.

    jika semua benda hendak dipolitikkan tanpa usul periksa saya jangka pihak tersebut akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka..

    perkara yang utama adalah kita sebgaai rakyat Malaysia sama-sama mendokong pihak SPRM membanteras rasuah di Malaysia.

    ReplyDelete