Klik dan lihat

Wednesday, April 27, 2011

SPRM:Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun


Begitu teruja dan penuh minat mendengar kupasan-kupasan berilmiah ahli panel mengenai isu rasuah dan pemahaman kepada rakyat bahawa membanteras rasuah telah dilakukan dengan begitu bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti SPRM.

Apa yang dapat dirumuskan disini bahawa rasuah ini sememangnya akan meruntuhkan tamadun, maka amat bertepatan tajuk diatas ini.Cuma wacana itu tersasar sedikit kerana ianya dipolitikan dengan secara tidak sihat oleh Dato' seri Nizar yang jelas tidak memahami dengan jelas mengenai isu rasuah yang sebenar di Malaysia ini. Penerangan yang diberi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM begitu jelas dan mesej yang disampaikan boleh dikira berjaya dan mudah difahami oleh penonton, iaitu SPRM adalah sebuah badan yang bebas, SPRM dipantau oleh lima panel bebas yang boleh dirujuk berdasarkan Akta Sprm itu sendiri. Perkara ini boleh difahami dengan lebih lanjut jika di rujuk disini

Tugas SPRM dilihat begitu berat kerana terpaksa membentangkan laporan siasatan mereka kepada Parlimen dan ianya dilihat tiada kemungkinan untuk melakukan siasatan terpilih sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak yang suka mempolitikkan isu rasuah. Jika mana-mana pihak disiasat oleh pihak SPRM, amat wajar perkara tersebut tidak dihebohkan kerana ianya dikira boleh menganggu siasatan dan melanggar tatasusila kita sebagai manusia kerana peringkat siasatan adalah peringkat untuk kita sahkan dan mencari kebenaran yang sebenar dan ianya bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak.

Sungguh memalukan jika pejuang-pejuang yang mengaku kononnya memperjuangkan integriti menganggu pihak yang cuba menguatkuasakan perkara-perkara tersebut. Amat bertepatan bahawa rasuah itu tidak kenal Bangsa, Politik dan Agama. Rasuah adalah penyakit kepada mana-mana pihak yang mempunyai kuasa. Rasuah adalah penyakit kepada orang munafik,iaitu orang yang kononnya pejuang-pejuang rasuah tetapi berselindung dengan isu rasuah demi kepentingan politik dan kekuasaan, berbicara soal penyelewengan pihak lain tetapi pada masa yang sama asyik membedal wang rakyat dan cuba menganggu gugat pihak SPRM dalam membanteras Rasuah di Malaysia.

Perkara yang paling mulia adalah berhenti melakukan fitnah dan berlagak sebagai hero jika pengetahuan tentang rasuah itu sifar. Dalami ilmu tentang pencegahan rasuah dan bersama-sama pihak SPRM membanteras rasuah di Malaysia.



Teruskan Perjuangan SPRM, Kami menyokong Anda!!

2 comments:

  1. Ulasan Dato' Seri Nizar bertepatan dan konkrit sekali kerana ia datang besertakan dengan contoh semasa yang sangat relevan..

    ReplyDelete
  2. salam, tq Wan Anie,

    pada wacana tersebut KP SPRM telah memberitahu bahwa beliau telah menjawab di parlimen sebanyak 7-9 kali mengenai isu cm sarawak dan mengatakan bahawa yb nizar boleh membaca dokumen parlimen kerana ianya adalah dokumen public.nampak sangat yb nizar tidak ambil berat pasal jawapan-jawapan parlimen ataupun sengaja mempolitikkan isu tersebut.

    saya lihat isu ini dimainkan di setiap pilihanraya sedangkan ianya sudah dijelaskan oleh sprm di parlimen. tertarik dengan kata-kata KP SPRM bahawa biarkan mereka menyiasat tidak perlu malukan org lain.

    berkaitan dengan isu kapal selam pun KP SPRM dah bagitau bahawa ianya masih dalam siasatan. siasatan kes high profile dan kes diluar negara kebiasaannya melibatkan masa yg panjang.

    Takkan lah nak hukum orang senang-senang sahaja, kalau macam tu ramai yang boleh ditohmah dan dituduh seperti apa yg yb nizar katakan. tuduh sahaja kita terus kata perkara itu benar tetapi apabila kena batang hidung sendiri kita kata ianya fitnah dan konspirasi..mana keadilannya kalau macam itu.

    ReplyDelete