Klik dan lihat

Thursday, April 28, 2011

Tahniah Warga SPRM, teruskan niat murni membanteras Rasuah


Wacana yang menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini tepat pada masanya bagi membersihkan persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia terhadap SPRM. Namun, di sebalik tindakan-tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, masih terdapat suara-suara yang tidak berpuas hati. Suara-suara inilah yang sebelum ini sentiasa ke hadapan menyatakan bahawa SPRM tidak cukup mengambil tindakan, tetapi apabila diambil tindakan secara berterusan, suara-suara ini jugalah yang telah berubah dengan menyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh SPRM tidak kena pada caranya. Susulan kematian mengejut Penolong Pengarah Kastam Selangor, suara-suara yang menyalahkan SPRM berkumandang semula.

Dengan kata lain, dalam keadaan macam mana sekalipun, SPRM akan sentiasa diperhatikan dan setiap kelemahan akan cuba diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Dalam konteks ini, SPRM seolah-olah dijadikan kambing hitam. Objektif SPRM ialah untuk membanteras gejala rasuah. Tidak kiralah tindakan dikenakan terhadap 'bilis' mahupun 'jerung', tindakan tidak sewajarnya memilih bulu. Inilah cabaran utama SPRM. SPRM bukanlah ditubuhkan untuk memuaskan hati segelintir pihak tetapi diamanahkan oleh rakyat demi kepentingan negara.

Apa yang penting gejala rasuah yang boleh memusnahkan negara perlu dibanteras habis-habisan. Maka, apabila ada pihak menyelar SPRM, SPRM tidak sewajarnya gentar atau mengikut telunjuk mereka. Apa yang perlu dilakukan SPRM ialah mengatasi sebarang kelemahan terutamanya ketika proses penyiasatan dijalankan. Umpamanya, SPRM mewartakan agar semua proses penyiasatan diadakan di tingkat paling bawah. Ini bagi membolehkan tiada lagi sebarang kes kematian mengejut yang melibatkan penyiasatan yang diadakan di tingkat atas di bangunan SPRM.

Selain itu, SPRM juga perlu berwaspada dengan berita-berita yang cuba mencemarkan imej SPRM. Dalam konteks ini, SPRM perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya tidak ada pihak-pihak tertentu sengaja memperkecilkan keupayaan SPRM. Perlu diingat, SPRM telah banyak berubah dan melakukan transformasi sejak dikenali sebagai suruhanjaya.

Usaha-usaha gigih yang dilakukannya telah menjadikan SPRM dikenali di seluruh dunia. Buktinya, Institut Ethisphere telah menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sebagai salah seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia dalam konteks etika perniagaan. Beliau berada di kedudukan keempat, satu kedudukan yang cukup tinggi yang menggambarkan reputasi hebat SPRM di peringkat antarabangsa.

Marilah kita bersama-sama membenci pihak yang suka mempolitikan rasuah dan bersama-sama berganding bahu membanteras rasuah di Malaysia.

2 comments:

  1. Permainan DAP semakin terbongkar, tidak sepatutnya pegawai-pegawai SPRM dipersalahkan. itu hanya sandiwara pihak DAP untuk menutup pekong mereka.

    RCI jelas menunjukkan bahawa DAP sememangya terlibat dengan salahguna kuasa dan penyelewengan.

    ReplyDelete
  2. terbaca kenyataan yb suhaimi pasir mengenai isu pegawai kastam yang meninggal, rasa lawak kerana nampak seolah-olah cuba mengalih perhatian orang ramai dari isu bapa nurul izzah 2 kepada isu tersebut..taktik lapuk yb suhaimi..

    Kerajaan perlu beri perlindungan yang teguh terhadap SPRM agar mereka tidak dikambing hitam kan oleh pemutar politik seperti parti PKR.

    ReplyDelete