Klik dan lihat

Friday, May 20, 2011

Anwar Sekeluarga Dicabar


by Mohd. Asron Mustapha

.KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.


Empat perkara tersebut ialah:

1) Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

2) Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

3) Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

4) Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.

Dipetik daripada utusan.com

Tuesday, May 17, 2011

Liwat: Apabila Fakta dikatakan fitnah.


Di dalam bidang kuasa common law, prima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .

Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

Alibi bahasa mudahnya adalah bukti atau keterangan (bahawa seseorang yang dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah. Perkara ini pasti akan menjadi perhatian orang ramai kerana kita ingin sentiasa mengikuti perkembangan isu ini dengan sendiri tanpa mendengar dari mulut sampah sarap tetapi mengikut pertimbangan akal yang waras.

Alhamdulillah, kes liwat Anwar sudah ke peringkat membela diri. Akhirnya kes ini dapat diketahui kesudahannya dan berjaya menyelamatkan umat manusia daripada terus membuat hujahan liar dan spekulasi sampah dimana yang terlibat dalam menyebar kata-kata sampah itu terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang jahil dalam undang-undang tetapi berlagak wira semata-mata mengikut dorongan syaitan dalam berpandangan.

Yang salah tetap salah yang benar tetap benar walau apa pun hujahan yang diberi. Tiada kompromi dalam soal liwat. Liwat adalah perbuatan terkutuk yang hina dan sampah segala sampah sarap.

Monday, May 9, 2011

Nukilan Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)...bosan pertelingkahan 33 tahun PAS-UMNO

Saya - sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah - dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih 'ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.

palestine hamas and fatah unite 270209 01Khilaf adalah perkara tabii bagi manusia. Begitu juga ittifaq (kesepakatan) adalah perkara tabii juga bagi manusia. Tetapi untuk khilaf buat selama-lamanya, ia suatu keganjilan, ketakburan dan kebodohan.

Lantaran itu, Hamas dan Fatah di Palestin yang telah bertelingkah selama 4 tahun sejak 2006, telah kembali bersatu dan berdamai beberapa hari yang lalu. Mereka berjanji untuk memadamkan semua lembaran hitam sejarah yang tercatat antara mereka setelah menyedari masalih 'ulya rakyat Palestin tergugat akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa yang meluaskan jurang kejahatan Yahudi Zionis terhadap mereka.

Di Malaysia, gugatan musuh Islam pasti wujud secara terang-terangan atau tersembunyi kiranya khilaf dikalangan umat Islam tidak diurus dengan bijaksana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya.

NONEKemusnahan Afghanistan dan Iraq hingga kini akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa sewajarnya menjadi guru terbaik untuk mengajar umat Islam tentang pentingnya masalih 'ulya umat Islam diutamakan, bukannya kepentingan peribadi, kuasa puak dan pengaruh kumpulan.

Para pejuang Islam perlu sedar bahawa mereka berjuang untuk agama Allah, bukannya untuk kepentingan peribadi dan puak.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka dia adalah pejuang pada jalan Allah".

Takfir amat berbahaya

Al-haq
(kebenaran) itu adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu atau puak. Manusia hanya mampu berusaha dan berijtihad di bawah lembayung nas al-Quran dan al-Hadis untuk menilai dirinya, apakah Al-haq itu sudah dihampiri atau apakah dia sudah terkena talbis iblis (belitan Iblis) akibat dirinya tidak bebas daripada kongkongan hawa nafsu syahwat dan kegilaan kepada dunia dan kuasa.

Oleh itu, tiada siapa boleh mendakwa bahawa kebenaran itu dimonopoli oleh diri atau puaknya. Sebenarnya, setiap Muslim Mukmin yang berusaha menegakkan agama Allah adalah menghampiri al-haq.

azlanSikap suka bersangka buruk sesama Muslim Mukmin adalah amat dikeji oleh Islam. Tiada nas yang membolehkan hal ini. Apatah lagi sikap buruk sangka itu menjadikan dirinya lebih mawaddah (mengasihi) kepada si kafir kerana mahu melepaskan dendam kepada sesama Muslim. Islam menganjurkan untuk sentiasa bersangka baik sesama Muslim kerana ia adalah tuntutan Iman, sehingga Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."

Merendahkan kedudukan Muslim Mukmin yang berdosa lebih rendah daripada kedudukan si kafir akibat tohmahan dan dakwaan perlakuan maksiat yang belum jelas buktinya adalah bukan sikap Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini adalah ijmak para ulama Ahli Sunnah. Mana mungkin Muslim walaupun dia berdosa lebih rendah drjatnya di sisi Allah daripada si kafir.

Sikap suka merendahkan ini kadang-kadang hingga ke tahap takfir amat berbahaya dan sering menjadi punca pertelingkahan tanpa kesudahan di kalangan umat Islam. Inilah punca munculnya golongan Khawarij, Syiah, Muktazilah dan pelbagai aliran lain.

Majoriti senyap umat Islam di Malaysia pastinya sudah amat letih dengan pertelingkahan dua kuasa besar Melayu-Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Pertelingkahan 33 tahun sejak 1978 itu sudah amat lama untuk ditangisi.

Tangan ghaib orang kafir


Pihak-pihak yang terlibat dalam pertelingkahan itu hampir kesemuanya sudah menghadap Rabbul Jalil untuk dinilai sama ada benar atau salahnya tindakan mereka.

Generasi baru yang moderate sudah pasti muak dengan sikap ekstrim yang wujud di celah-celah kematangan berpolitik dua gergasi politik di Malaysia ini. Dalam pada itu, semuanya risau dengan tangan-tangan ghaib orang kafir yang pasti mengambil kesempatan atas pertelingkahan ini.

umno pasTiada Muslim Malaysia yang naif dalam hal ini. Bahkan mereka optimis dengan pulangan yang baik untuk umat Islam jika pertelingkahan ini diakhiri secepat mungkin.

Saya menyeru kedua-dua pihak agar dapat duduk semeja dengan kedua-duanya menunjukkan husnun niyyah (niat baik) demi menjunjung tinggi titah perintah Allah dan Rasul yang menuntut orang mukmin agar sentiasa bekerjasama atas kebaikan dan takwa, bukannya atas perkara dosa dan permusuhan.

Larangan dan kemurkaan Allah SWT ini jelas dinyatakan dalam ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)."

Permusuhan lama itu perlu dipadamkan untuk selama-lamanya! Musolahah adalah seruan al-Quran kepada semua pihak apabila berlaku perbalahan dalam apa bentuk sekalipun.

Peranan lebih besar pada PAS

Renungilah sedalam-dalamnya dua ayat yang selalu dibaca secara sekerat-kerat sahaja, yang sebenarnya jika ditadabburkan, Allah SWT memerintahkan para Mukminin apabila bertelagah, maka mesti ada pihak berusaha mendamaikan antara mereka bagi memenuhi tuntutan Mukminin sebagai bersaudara.

Firman Allah SWT dalam ayat 9 dan 10 Surah al-Hujurat yang bermaksud:

NONE"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Kedua gergasi politik Muslimin di Malaysia ini punya kekuatan yang amat besar yang kiranya dimanfaatkan, ia amat baik untuk mempercepatkan impian penegakan Islam secara menyeluruh di Malaysia. Umno berusaha dalam kadar kemampuannya, manakala PAS pula wajar diberikan peranan yang lebih besar agar ia turut menyumbang ke arah penegakan Islam yang syumul di Malaysia.

NONESuatu hal yang diketahui umum, hampir kesemua sarjana dan ulama Islam luar negara yang datang ke Malaysia memperakui secara terbuka tentang pelaksanaan Islam di Malaysia sehingga ada yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.

Saya dengan ini menyeru pihak-pihak yang berkenaan untuk melakukan dakwah musolahah - seruan perdamaian. Ini adalah seruan Islam, bukan hanya politik, kerana politik adalah sebahagian daripada agama. Kewajipan umat Islam adalah menegakkan agama dan jangan bertelingkah dalam urusan menegakkan agama.

Hak persaudaraan Islam

Renungilah sedalam-dalamnya maksud firman Allah SWT dalam ayat 13 dan 14 Surah al-Syura yang menjelaskan tentang tugas para Nabi dan umatnya:

"Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukum-Nya - apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: 'Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya'. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamanya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).

nik aziz najib 270609"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. dan Sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap kitab itu.".

Respons yang baik daripada kedua-dua pihak yang menyatakan bahawa pintu perdamaian dan kerjasama tidak pernah ditutup adalah petanda yang amat menggembirakan umat Islam. Manakan tidak, Muslim Mukmin pasti amat gembira melihat saudaranya yang bertelingkah itu bersatu demi menunaikan titah perintah Allah dan Rasul.

NONEMasing-masing menyedari bahawa huquq ukhuwah islamiyah (hak persaudaran Islam) mesti dijaga kerana ia adalah tuntutan iman yang utama. Inilah sikap Muslim Mukmin yang terpuji. Oleh itu, amat wajar semua pihak bermuhasabah dalam - usaha menegakkan agama Allah - bahawa diri masing-masing punya kelemahan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menyucikan dirimu (memuji-muji diri sendiri), Dialah Allah yang Maha Mengetahui siapa yang paling bertakwa."

Seruan ini bukanlah untuk merendahkan kedudukan mana-mana pihak. Saya yakin para ulama dan tokoh Islam yang cintakan kedamaian dan pembangunan Islam yang lebih syumul dan menyeluruh bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya untuk melihat kesatuan di kalangan umat Islam yang pastinya didambakan oleh seluruh majoriti senyap umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memberikan petunjuk hidayah kepada semua.



Wednesday, May 4, 2011

Ini Bukan Anwar. Anwar orang Baik,






Saya Yakin ini bukan gambar Anwar Ibrahim tetapi gambar orang munafik,manusia yang keji dan hina. Saya yakin bahawa orang di dalam gambar ini akan dilaknat oleh Allah s.w.t.

Saya juga yakin orang ini tidak layak menjadi pemimpin hatta pemimpin keluarga sekalipun. Semoga pelaku ini dilumpuhkan dari kejahatannya dan diberi petunjuk jalan keluar dari terus menipu dan membohong.

Nilai lah sendiri..jangan politikkan..cuma tanya kata hati..Anwar kah itu? Jika Anwar, rela kah kita mempunyai pemimpin yang macam itu, atau kita kata ianya cuma masalah peribadi bukan masalah negara. Jika begitu, sesiapa pun bebas melakukan perbuatan tersebut kerana ianya bersifat peribadi.


Sekian terima kasih.

Tuesday, May 3, 2011

Masalah Zina Hanya masalah peribadi

Tuduhan Zina adalah tuduhan yang berat dan si penuduh boleh dikenakan hukuman Qazaf,iaitu 80 sebatan jika tidak dengan 4 saksi yang layak. Itu fahaman yang dilontorkan oleh orang yang jahil kerana pandangan itu tidak disempurnakan dengan pandangan yang terang dan jelas. Jika pandangan sebegini menular di alam islam maka kemungkinan besar hukum islam ini mudah dipermain-mainkan dek kerana kebodohan agamawan gagal menerangkan isu itu dengan lengkap.

Itu perkara pokoknya manakala masalah akarnya adalah penegasan terhadap kelakuan zina. Adakah zina itu hanya masalah peribadi?, adakah zina itu masalah biasa?

Jika Zina itu perkara berat, adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang dituduh supaya membersihkan diri mereka dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Syukur kerana masih ramai yang diluar sana membenci zina dan memandang perbuatan zina itu jijik. Kadangkala berdiam diri boleh membawa keburukan dan selisih faham yang buruk. Jika benar buktikan, kerana Allah pasti bersama orang yang benar.

p/s berpolitik jangan sampai membela kemungkaran,kelak nanti binasa diri dan masyarakat.

Monday, May 2, 2011

Jangan Politikkan Qazaf, jika dibiarkan akan menyebabkan kita semakin keliru dengan kebaikan Hudud

Menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan.

Qazaf adalah peruntukan-peruntukan hudud dan ianya amat bahaya jika dipolitikkan dan jika ada pihak yang mengambilnya secara terpisah dan akhirnya akan digunakan oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.

Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud.

Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah.

Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Akhir kata tolong jangan politikkan undang-undang islam kerana kesudahannya amat buruk untuk umat islam. Jika hukum digunakan untuk kepentingan dan ditunggang oleh orang yang berniat jahat maka amat hina dan keji pihak yang menunggang hukum tersebut.

Sunday, May 1, 2011

Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama tetapi kenapa tidak UMNO


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip, tetapi bagaimana dengan prinsip PAS yang hebat dilanyak oleh PKR dan DAP.

Apa yang rakyat dapat katakan bahawa, prinsip utama hanya untuk berkuasa dan dendam. PAS merasakan UMNO terlalu buruk dan menyimpang, sedangkan PKR dan DAP juga dilihat menyimpang dari arah perjuangan untuk rakyat. PKR sudah reput, sudah basi dan sudah gila. PKR begitu terdesak sehinggakan mengutip mana-mana sampah sekalipun demi kuasa, ini rakyat tidak redha. Sampah sarap tidak sepatutnya diangkat menjadi pemimpin.

Satu sahaja soalan yang ingin ditimbulkan iaitu adakah tahaluf siyasi dibenarkan oleh agama untuk kerjasama PAS dan UMNO. Harap ada bijak pandai dari PAS boleh terangkan apa perbezaan PKR dan UMNO. Jika PAS kata UMNO perasuah bagaimana pula dengan PKR dan DAP, rakyat lihat mereka pun 2x5 apabila berkuasa.

Yang paling jelas di sini, PAS merasakan meraka lebih alim, lebih baik dan lebih takwa dari melayu lain kerana meraka merasakan mereka hebat dalam ilmu islam tetapi sayang mereka gagal mengambil sikap berhati-hati dan menyelidiki berita yang benar dan lebih menyukai untuk melakukan fitnah dan mempercayai golongan munafik yang menunggang kelemahan UMNO untuk tujuan jahat mereka.

Guna Akal Untuk Berfikir jangan Guna akal untuk Membelit

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–

Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.