Klik dan lihat

Wednesday, June 29, 2011

Haram Bersih


Syukur alhamdulillah dengan jaminan dan ketegasan yang bakal diambil oleh pihak polis terhadap perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh NGO Kotor. Amaran tegas itu amat tepat dan solid kerana rakyat sudah muak dengan retorik politik yang beragenda sampah sarap.

Untuk menjadi popular,Sampah sarap dilihat sebagai hero dengan cara memijak lawan. Cara itu dilihat sudah sebati dengan perjuangan sampah Pakatan Rakyat. Isu yang cuba dibawa oleh sampah-sampah tersebut amat tidak releven kerana isu tersebut sering dimainkan dan ianya berulang-ulang tanpa jemu. Rakyat semakin muak kerana sampah-sampah tersebut dilihat cakap tidak serupa bikin. Semakin lama, bijak pandai dapat menilai bahawa mereka berpolitik secara bodoh kerana melakukan fitnah dan pembohongan tanpa fakta yang kuat dan tidak berasas. Apabila ianya berterusan sudah pasti ada pihak dungu yang mudah percaya dengan omongan dan tipu daya munafik. Sungguh malang apabila ianya dibawa ke sidang khutbah jumaat tanpa dungu-dungu tersebut menyelidikinya dengan lebih lanjut mengenai isu yang sebenar berpandukan pandangan pakar dan bukti yang kukuh.

Kebebasan bersuara, dan kebebasan atas segala-galanya digunakan oleh sampah-sampah tersebut. Apabila situasi itu berlaku maka semakin ramai bangkai yang dipengaruhi oleh sampah terpedaya dan lupa terhadap sampah yang mengetuai Bersih tersebut, mereka lupa bahawa sampah tersebut adalah pejuang yang mengugat keharmonian rakyat Malaysia. Mereka lupa, bagaimana sampah tersebut memainkan isu agama atas dasar kebebasan fikiran sampah mereka. Sampah itu jadi idola mereka hanya kerana ianya boleh memburukkan imej kerajaan. Itu sahaja, pengiraan yang sangat dungu dan sampah.

Friday, June 24, 2011

Anu War Anu War bikin rosak ini negara


Di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat pekerjanya sendiri Saiful Bukhori Azlan, dengan pembuktian DNA yang jelas; dan dengan videoklip yang disahkan ketulinannya dan disahihkan dengan laporan pakar ianya Anwar Ibrahim, diikuti dengan rakam kamera litar beliau berada dilobi bersama Datuk Eskay dihari kejadian: manusia yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan Kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral dia.

Kekadang bila tengok rentetan peristiwa di atas, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka. Dan yang paling malang, manusia yang ditabal bini sendiri sebagai anugerah tuhan ini mengheret sekali para ulama' suk, ustad-ustad kalkatu dan yang sewaktu dengannya kedalam kancah kehinaan ini. Benarlah sabda Rasulullah saw, di akhir zaman ini nanti yang ma'ruf jadi mungkar, yang mungkar jadi ma'ruf. Dan yang lebih parah, kita disuruh buat yang mungkar, dan dicegah daripada membuat yang ma'ruf.

Lebih menyedihkan apabila solat hajat juga dipolitikkan untuk durjana.

Lebih Lanjut Di sini

US experts confirmed Anwar as man in video, court told

KUALA LUMPUR, June 24 — US authorities have identified the man in the controversial sex video screened by “Datuk T” as Datuk Seri Anwar Ibrahim, a magistrate’s court was told this morning.

The point was raised in the facts of the case read out today after the “Datuk T” trio of Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuib Lazim pleaded guilty to their involvement in the screening of the video on March 21.

“Results of the analysis by experts from Dartmouth College, Handover, New Hampshire in the US verified the authenticity of the video, that there was no tampering or any act of super-imposing and that it originated from a DVR camcorder taken from Datuk Shazryl,” deputy public prosecutor Kamalluddin Md Said said when reading the facts of the case this morning.

Abdul Rahim’s lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, who also submitted on the point, told reporters later that according to the experts’ report, it was 99.99 per cent certain that the man in the video is Anwar.

More here...

Wednesday, June 15, 2011

Katakan Tidak Kepada Himpunan Haram Bersih


Ini bukan budaya kita, itu budaya pengkhianat negara. Budaya bajingan yang akan merosakkan imej negara. Pelik apabila lihat pemikiran sampah yang suka membawa kebusukan kepada negara sendiri semata-mata memenuhi kepentingan peribadi tertentu yang bertujuan supaya kerajaan dilihat kotor manakala mereka yang sampah itu dilihat bersih.

Himpunan yang membawa kacau bilau itu bukan ajaran islam, tetapi tidak faham lah kita jika ada golongan ulama' yang membolehkan himpunan haram ini berlandaskan hujah sampah mereka. Setahu kita, islam membawa perkhabaran gembira dan meletakkan keamanan dihadapan. Landasan kebenaran adalah untuk keharmonian sejagat.

Ada juga dengar-dengar suara sampah yang cuba menghalalkan perhimpunan sampah itu atas alasan demokrasi. Tidak faham lah kita apa itu demokrasi, adakah demokrasi itu hanya berlaku apabila sebelah pihak diburukkan manakala sebelah pihak lagi di puji dan di dewa-dewi kan.

Mungkin perhimpunan haram ini dapat memuaskan hati penyokong yang beragenda sampah dan berfikiran lembu tetapi bagaimana pula dengan hak dan kebebasan orang lain yang mencintai keamanan. Bagaimana pula dengan Hak orang lain, yang bijak pandai kerana menjauhi kekecohan.

Saya Menyeru kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang amat tegas terhadap lembu-lembu suruhan sampah ini supaya mereka insaf dan terbuka dihati dalam usaha memahami sesuatu pengajaran yang berguna. Alangkah baiknya jika lembu-lembu ini tidak dibiarkan berpeleseran merata-merata sehingga menyebabkan tanaman orang lain rosak dan binasa.

Monday, June 6, 2011

Pemimpin PAS jangan jadi Bodoh


Tiada Kelebihan yang akan diperolehi oleh pemimpin PAS kerana terus-menerus menafikan kewujudan Video Seks pemimpin Keparat. Tiada kebaikan yang dapat dibawa oleh Pemimpin PAS yang kononnya berjuang atas landasan islam apabila meletakkan hukum Qazaf mengikut emosi bukannya berlandaskan hukum islam yang sebenarnya. Pandangan Pemimpin PAS hanya akan memburukkan lagi pemahaman rakyat berkaitan kebaikan hukum islam. Itu natijah yang bakal ditanggung oleh seluruh umat islam hanya kerana mempertahankan pelaku video seks yang hina itu.

Islam berlandaskan kebenaran, maka kebenaran itu sepatutnya menjadi asas pegangan dan bukannya agenda sampah yang membelakangi kebenaran. Pejuang islam sepatutnya perlu adil dan teliti dalam memberi pandangan. Pandangan yang polos akhirnya menampakkan kebodohan pemimpin tersebut.

Soal Video yang tidak boleh dijadikan saksi kerana tiada mata dan telinga menunjukkan tahap pemikiran yang kuno. Islam tidak kuno tetapi penganut yang berkepentingan akan membuatkan ia nampak kuno. Video boleh dijadikan keterangan sokongan apabila 'The maker' mengesahkan dan memberi keterangan secara Primer. Keterangan yang konsisten akhirnya akan membuatkan fakta menjadi kuat dan diterima pakai oleh mana-mana sistem keadilan yang ada.

Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah kesahihan video tersebut, bukannya berdolak-dalik dengan bermain hukum. Lama-lama orang akan benci dengan politik songsang dan politik sampah.

Yang benar tetap benar yang salah tetap salah, Konsep mudah keadilan dalam dunia yang wajib ada dalam pemimpin PAS.

Wednesday, June 1, 2011

Kerja senang apabila salahkan orang lain kerana kelemahan diri.

Terdetik di hati apabila membaca tajuk wacana sinar harian iaitu fitnah. Terasa jengkel apabila melalui kehidupan melalui politik hasutan dan benci.

Terpanggil untuk meluahkan cetusan hati kerana lahir melalui sistem pembohongan yang dibawa oleh PR semasa berceramah, lebih-lebih lagi apabila penceramah itu terdiri daripada sampah-sampah masyarakat bertahap pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang tidak berapa nak adil.

Isu yang dijaja tidak lain tidak bukan adalah keburukan pemimpin UMNO dan dengan bangga mengatakan apa yang disampaikan adalah fakta dan berniat untuk mendedahkan keburukan dan bukannya berniat fitnah tetapi apabila perkara yang sama terjadi keatas sampah-sarap itu mulalah penyokong idealisme sampah sarap itu melalak disetiap sudut mengatakan bahawa mereka itu mangsa konspirasi dan fitnah.

Sistem kehakiman dan perundangan negara dilanyak sehinggakan disama taraf dengan undang-undang rimba hanya kerana mahkamah tidak selari dengan agenda sampah mereka. Hanya satu perkara yang menjadi pautan atau pegangan saya, jika tidak bersalah kenapa takut dan mencari pelbagai alasan bodoh untuk menegakkan benang yang basah.

Kita lahir mengikut acuan sistem demokrasi mudah dan seharusnya kita dipandu dan sejajar dengan corak kehidupan berdasarkan sistem yang bagus itu bukannya memandang dengan berat sebelah.Adakah jika kepentingan sendiri terjamin itu baru dikira demokrasi telus tetapi jika membawa kerugian dipihak-pihak sampah maka demokrasi itu tidak telus, sungguh sampah pemahaman dan pemikiran sedemikian.

Ustaz-Ustaz,golongan agamawan dan cerdik pandai ramai yang tertewas dan tertipu hanya kerana merasakan dalam diri mereka ada sikap seorang pejuang,sedangkan mereka alpa bahawa perjuangan mereka itu hanya membuatkan sampah sarap semakin menimbun dan meloyakan. Muak dengan isu Qazaf yang dijadikan senjata untuk mengalih isu sebenar. Jelas nampak keburukan agamawan dalam memperlihatkan keadilan islam itu dalam erti kata yang sebenar. Agamawan perlu lebih cerdik dan berfikir secara rasional bukannya berfikir mengikut emosi dan menjadikan syaitan sebagai sealiran fikiran.

Satu persoalan yang ingin dibawa, adakah Kerajaan bersalah sekiranya anak-anak kita menjadi sampah masyarakat.Masyarakat akan menjadi sampah sarap kerana kita menjumudkan pemikiran mereka dengan mengatakan perkara-perkara yang bodoh dalam usaha mendapatkan kuasa untuk pihak yang buruk akhlak dan sahsiah. Tepuk dada tanya iman. Peliwat dan Penzina bukanlah ikutan kita dan tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin. 'full stop'