Klik dan lihat

Wednesday, June 1, 2011

Kerja senang apabila salahkan orang lain kerana kelemahan diri.

Terdetik di hati apabila membaca tajuk wacana sinar harian iaitu fitnah. Terasa jengkel apabila melalui kehidupan melalui politik hasutan dan benci.

Terpanggil untuk meluahkan cetusan hati kerana lahir melalui sistem pembohongan yang dibawa oleh PR semasa berceramah, lebih-lebih lagi apabila penceramah itu terdiri daripada sampah-sampah masyarakat bertahap pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang tidak berapa nak adil.

Isu yang dijaja tidak lain tidak bukan adalah keburukan pemimpin UMNO dan dengan bangga mengatakan apa yang disampaikan adalah fakta dan berniat untuk mendedahkan keburukan dan bukannya berniat fitnah tetapi apabila perkara yang sama terjadi keatas sampah-sarap itu mulalah penyokong idealisme sampah sarap itu melalak disetiap sudut mengatakan bahawa mereka itu mangsa konspirasi dan fitnah.

Sistem kehakiman dan perundangan negara dilanyak sehinggakan disama taraf dengan undang-undang rimba hanya kerana mahkamah tidak selari dengan agenda sampah mereka. Hanya satu perkara yang menjadi pautan atau pegangan saya, jika tidak bersalah kenapa takut dan mencari pelbagai alasan bodoh untuk menegakkan benang yang basah.

Kita lahir mengikut acuan sistem demokrasi mudah dan seharusnya kita dipandu dan sejajar dengan corak kehidupan berdasarkan sistem yang bagus itu bukannya memandang dengan berat sebelah.Adakah jika kepentingan sendiri terjamin itu baru dikira demokrasi telus tetapi jika membawa kerugian dipihak-pihak sampah maka demokrasi itu tidak telus, sungguh sampah pemahaman dan pemikiran sedemikian.

Ustaz-Ustaz,golongan agamawan dan cerdik pandai ramai yang tertewas dan tertipu hanya kerana merasakan dalam diri mereka ada sikap seorang pejuang,sedangkan mereka alpa bahawa perjuangan mereka itu hanya membuatkan sampah sarap semakin menimbun dan meloyakan. Muak dengan isu Qazaf yang dijadikan senjata untuk mengalih isu sebenar. Jelas nampak keburukan agamawan dalam memperlihatkan keadilan islam itu dalam erti kata yang sebenar. Agamawan perlu lebih cerdik dan berfikir secara rasional bukannya berfikir mengikut emosi dan menjadikan syaitan sebagai sealiran fikiran.

Satu persoalan yang ingin dibawa, adakah Kerajaan bersalah sekiranya anak-anak kita menjadi sampah masyarakat.Masyarakat akan menjadi sampah sarap kerana kita menjumudkan pemikiran mereka dengan mengatakan perkara-perkara yang bodoh dalam usaha mendapatkan kuasa untuk pihak yang buruk akhlak dan sahsiah. Tepuk dada tanya iman. Peliwat dan Penzina bukanlah ikutan kita dan tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin. 'full stop'

No comments:

Post a Comment