Klik dan lihat

Saturday, July 30, 2011

Kematian Teo Beng Hock sekadar di pinggiran jika tidak dipolitikkan.

Perasaan berat sebelah dan Prejudis, itu lah yang boleh digambarkan terhadap pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menutup isu salahguna kuasa dan rasuah daripada diperkatakan. Motif utama mereka adalah meletakkan beban kepada SPRM sedangkan perkara sebenar telah terbongkar dan jelas didapati bahawa kematian Teo Beng Hock berpunca daripada usaha mendiang yang cuba menyelamatkan parti DAP daripada dimalukan dan ditelanjangkan oleh pihak SPRM.

Modal dengkul atau tipu muslihat digunakan untuk mengaburi pihak luar supaya tidak melihat imej kotor yang ada pada Parti DAP. Ini dikategorikan sebagai serampang dua mata, seperti yang dikatakan dan satu lagi adalah tidak lain tidak bukan adalah cubaan melemahkan tumpuan siasatan pihak SPRM terhadap kesalahan-kesalahan yang lain yang mungkin berlaku didalam pentadbiran DAP.

Apabila SPRM memulakan tugas mereka dengan cemerlang, pihak-pihak yang terkesan selalunya akan melakukan tindakan provokatif dalam usaha menidakkan kecemerlangan pihak SPRM yang pada masa yang sama memperbaiki imej kerajaan. Ramai yang sudah melihat keseriusan pihak kerajaan dalam usaha membasmi rasuah. Fenomena ini amat tidak digemari oleh pihak DAP kerana kekotoran rasuah akan menyebabkan mereka terus hidup dan menjunjung mekar disanubari mereka. Jika Rasuah dibanteras dengan berkesan dan akhirnya mereka (DAP) terpalit dengannya, sudah pasti ianya tidak mendatangkan ‘political mileage’. Tindakan itu adalah suatu usaha ke arah memenuhi maksud persepsi itu sendiri.

Kisah sedih ini akan terus dimainkan sehingga pihak luar lupa kepada isu pokok yang sebenar. Kita tidak harus lupa bahawa mereka(DAP) telah memperkudakan isu rasuah dan menunggang rasuah demi kepentingan mereka. Begitu juga dengan PKR dan PAS. Mereka memperkudakan setiap isu dan mempolitikkan semua benda dengan harapan rakyat melihat kerajaan lemah dan usaha mereka menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan. Perkara seumpama itu tidak boleh dibiarkan lagi kerana ianya akan merosakkan tanah air yang tercinta ini.


Rasuah musuh negara yang sebenar, biar apa pun isunya yang penting kita perlu membenci rasuah dan membenci pelaku rasuah.

Friday, July 22, 2011

Pemimpin PAS Pembohong Besar

Harap ramai yang terpandang entry ini dan menghayatinya bersama-sama agar kita memperbaiki diri kita bersama, tetapi sebelum memanjangkan ianya adalah lebih baik kita renung-renungkan hadis nabi ini;

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara,sesiapa yang melakukannya maka ia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu sifat munafik, hingga ia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipecayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran .(menegakkan benang yang basah)

Jika kita merujuk bersandarkan hadis ini kadang-kadang terdetik dihati kita dan terkenang kembali ayat-ayat Al-Quran dan hadis digunakan dengan sewenang-wenangnya demi menunjukkan keburukan pihak yang kita tidak sehaluan tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, senyap sunyi dan tiada kedengaran bidasan atau umpatan pejuang islam yang kononnya bercita-cita menegakkan daulah islamiyah di Malaysia ini. jika Parti PAS merasakan mereka itu pejuang islam yang tulen maka tidak perlulah adanya double standard dalam mengutarakan pandangan dan bidasan walaupun ianya melibatkan pemimpin mereka sendiri.

Hari ini saya ingin menggunakan kaedah Mantik yang mudah, jika Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang skandal Scorpene Submarine maka amat pantas jika mereka juga sibuk memperkatakan skandal liwat pemimpin tersohor mereka, tidak pelik kah anda? Apabila peluang membela diri untuk pembuktian Alibi diberi tetapi ianya tidak nampak sebagai suatu keistimewaan kepada beliau tetapi tumpuan utama adalah untuk memburukkan institusi kehakiman sahaja.

Di Malaysia ini, saya lihat pihak agensi penguatkuasaan nya sibuk dengan propaganda untuk membersihkan tohmahan-tohmahan liar yang di putar oleh Pakatan Rakyat. Saya sebagai rakyat Malaysia beranggapan bahawa situasi ini adalah situasi yang merugikan negara, kerana banyak modal dan masa dihabiskan untuk tujuan tersebut sehingga menghakis kan tujuan pokok yang sebenar. Jika dilihat dari sudut profesionalisme, terus-terang saya katakan Pakatan Rakyat adalah perosak negara yang sebenar. Pakatan Rakyat juga dilihat seperti api dalam sekam, yang membakar negara dari dalam hanya semata-mata inginkan kuasa dan bukannya perjuangan untuk rakyat seperti yang dilaung-laungkan.

Semua benda kalau boleh pasti akan dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat, Semua perkara yang boleh menguntungkan Pakatan Rakyat akan digunakan supaya populariti murahan dapat dicapai dengan cara menyalahkan lawan apabila sesuatu isu timbul sedangkan kadang-kadang ianya berlaku atas dasar kecuaian dan kesilapan manusia biasa. Pantas mereka memutar belit dan mengatakan bahawa pandangan mereka itu fakta yang tidak boleh dicabar.

Saya berharap Pemimpin PAS yang mengatakan bahawa mereka itu berjuang atas dasar islam berubah dan tidak selalu melihat kelemahan lawan yang dijadikan asas untuk berpolitik tetapi menilai diri dan bermuhasabah tentang kekurangan diri. Bagi saya perpecahan umat islam berlaku kerana pihak yang cendiakawan dalam islam gagal mempraktikkan gaya hidup islam yang sebenar. Kegagalan itu tidak seharusnya disandarkan seratus peratus kepada pemerintah kerana ianya amat tidak logikal sekali.

Masih terngiang-ngiang di ingatan, apabila berkempen pejuang-pejuang celup ini mengatakan bahawa semua masalah boleh diatasi dengan cara menukar kerajaan tetapi masih segar dalam ingatan saya bahawa kerajaan pimpinan pakatan Rakyat yang ada masih gagal dalam soal membalikkan semula ucapan-ucapan retorik mereka itu. Harus diingat, setiap percakapan bohong itu memerlukan pembohongan yang lebih untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan. Pelik dan rasa keji terhadap pemimpin yang kononnya membawa imej islam kelihatan seperti sampah dan mulutnya berbau busuk dan hina.

Friday, July 15, 2011

PANAS : FAKTA POST MORTEM BERSIH YANG MEMBUATKAN ANWAR RASA BODOH....

Saya harap anda tertarik dengan Entry ini maka saya kongsi dengan rakan-rakan:

Hujah-hujah dalam penulisan ini membuatkan orang yang bersama-sama BERSIH nampak bodoh...LAYAN JANGAN TAK LAYAN...

BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhae...n. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini. Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung macam sampah dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.

1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL. Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan. Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi. Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya. Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan? "alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"

A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik. Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan? Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.

3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"

A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?

B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL. 4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya. Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain. Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu... Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini. "tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!" Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak? Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi. Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni? Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam. Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya. contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia) i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam? Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan! Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi" i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..) ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat. Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga. Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa Sampai bila nak habis? Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila. Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat. Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ... " Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka" Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan. Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM. Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil" i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche. ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak? Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim? iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook! "Kenapa pulak Zulfikar?" Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah. Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya? Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan. iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu. Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU. ******************************​**** Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik. Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya. Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia. Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.

Wednesday, July 13, 2011

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1.Apabila mendengar AZAN,makan bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah AL-QURAN,tatapilah buku2 ilmu,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tuesday, July 12, 2011

Bersih:PDRM lakukan tugas dengan baik

Kegagalan agenda Reformasi Anwar sempena perhimpunan bersih telah diputar dan cuba menagih simpati rakyat, pandangan utama yang akan kita dapati jika berpandang secara berhemah. Jika berpandangan secara emosi sudah pasti PDRM akan disalahkan, maka tidak layak kiranya emosi menguasai akal dijadikan panduan.

Syabas diucapkan kepada PDRM yang bertungkus-lumus dalam memastikan keselamatan negara terjamin. Walau apa pun elemen simpati yang cuba diraih oleh pembangkang tetapi kita sudah tahu bahawa mereka sendiri yang sepatutnya sedar mengenai risiko yang mereka sepatutnya terima apabila menganjurkan perhimpunan haram yang amat menyusahkan warga kota.

Rata-rata warga kota merungut dan menyumpah terhadap perhimpunan bersih, kerana ianya begitu menyesak dan menyusahkan orang lain. Pelik dan hairan apabila penjahat yang melakukan onar cuba menyalahkan pihak berkuasa yang cuba menghalang mereka dari melakukan jenayah dan onar di Malaysia. Mungkin pembangkang suka kepada keadaan huru-hara dan demontrasi jalanan seperti itu. Budaya sampah sarap.

Saturday, July 9, 2011

Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan






"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)


Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi.Atau UMNO adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi,anda akan dijamin masuk syurga.Tidak,saya tidak mengatakan begitu.Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul.Jika anda tidak mahu bersatu,tidak mengapa.Berpecahlah,apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.Cuma yang saya fikirkan,ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa,anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang.Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan,apakah yang boleh mereka lakukan?Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja,adakah nasib mereka akan terbela?Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela,kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul,jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat.Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim.Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam,menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi',anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya.Demokrasi adalah sistem yang cacat.Demokrasi adalah TONG TAHI.Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru.INI SALAH.Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih.INI SALAH.Pilihanraya tidak akan selamanya bersih.Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif.Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau,dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya.Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara.Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya,namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi.Pernah dengar Mudharabah?Ar-Rahnu?Bank Islam?Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik,bagaimana menguruskan negara,namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.Undang-undang,kuasa mahkamah,kuasa eksekutif,sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah.Hukum Hudud,Qisas,Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini.Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' mencipta sistem sendiri.Maka lahirlah demokrasi.Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri,yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla,namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi,ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam.Namun mereka mengikut sistem sekular.Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam,maka mereka masih mahu menyuburkan Islam.UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah.Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi.Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain.Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA.Dibersihkan dari apa?

DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar.Mengapa?Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar.Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason,Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam.Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi,penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia.Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas.Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu?Adakah saya salah seorang dari mereka?Sudah tentu tidak.Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'.Tiada yang mustahil bagi Allah.Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar.Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing,hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara.Cukup saya katakan,PKR tidak perlu,PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah.Di akhirat nanti,jika Lim Guan Eng,Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam,apakah alasan anda di hadapan Allah nanti,padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hati nanti.Selepas kita menjadi mayat,adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana.Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan.Bagi mereka cukup wang maka cukup makan.Bila kita menjadi mayat,apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun.Yang berguna adalah iman kita.Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti.Agama tidak perlukan anda.ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini,ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Biar semua manusia masuk Islam sekalipun,ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.


PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda adalah bersaudara.

Ingat,untuk menang di atas papan catur,anda perlu memiliki strategi sendiri.Kami telah tunjukkan beberapa langkah.Namun sampai satu tahap,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi.Tiada lagi strategi.Sampai satu tahap,anda akan menyedari hakikat sebenar.Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.