Klik dan lihat

Saturday, July 30, 2011

Kematian Teo Beng Hock sekadar di pinggiran jika tidak dipolitikkan.

Perasaan berat sebelah dan Prejudis, itu lah yang boleh digambarkan terhadap pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menutup isu salahguna kuasa dan rasuah daripada diperkatakan. Motif utama mereka adalah meletakkan beban kepada SPRM sedangkan perkara sebenar telah terbongkar dan jelas didapati bahawa kematian Teo Beng Hock berpunca daripada usaha mendiang yang cuba menyelamatkan parti DAP daripada dimalukan dan ditelanjangkan oleh pihak SPRM.

Modal dengkul atau tipu muslihat digunakan untuk mengaburi pihak luar supaya tidak melihat imej kotor yang ada pada Parti DAP. Ini dikategorikan sebagai serampang dua mata, seperti yang dikatakan dan satu lagi adalah tidak lain tidak bukan adalah cubaan melemahkan tumpuan siasatan pihak SPRM terhadap kesalahan-kesalahan yang lain yang mungkin berlaku didalam pentadbiran DAP.

Apabila SPRM memulakan tugas mereka dengan cemerlang, pihak-pihak yang terkesan selalunya akan melakukan tindakan provokatif dalam usaha menidakkan kecemerlangan pihak SPRM yang pada masa yang sama memperbaiki imej kerajaan. Ramai yang sudah melihat keseriusan pihak kerajaan dalam usaha membasmi rasuah. Fenomena ini amat tidak digemari oleh pihak DAP kerana kekotoran rasuah akan menyebabkan mereka terus hidup dan menjunjung mekar disanubari mereka. Jika Rasuah dibanteras dengan berkesan dan akhirnya mereka (DAP) terpalit dengannya, sudah pasti ianya tidak mendatangkan ‘political mileage’. Tindakan itu adalah suatu usaha ke arah memenuhi maksud persepsi itu sendiri.

Kisah sedih ini akan terus dimainkan sehingga pihak luar lupa kepada isu pokok yang sebenar. Kita tidak harus lupa bahawa mereka(DAP) telah memperkudakan isu rasuah dan menunggang rasuah demi kepentingan mereka. Begitu juga dengan PKR dan PAS. Mereka memperkudakan setiap isu dan mempolitikkan semua benda dengan harapan rakyat melihat kerajaan lemah dan usaha mereka menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan. Perkara seumpama itu tidak boleh dibiarkan lagi kerana ianya akan merosakkan tanah air yang tercinta ini.


Rasuah musuh negara yang sebenar, biar apa pun isunya yang penting kita perlu membenci rasuah dan membenci pelaku rasuah.

No comments:

Post a Comment