Klik dan lihat

Saturday, August 13, 2011

Islam Lemah Kerana Undi

Hebatnya kuasa undi ini, Pejuang yang dulunya garang bagai singa,kini menikus hanya kerana kuasa undi yang diberi. Undi Caa Yaa Nun Alif amat bermakna sehinggakan kita terpaksa berlembut dalam banyak hal, walaupun ianya isu murtad. Adakah anggapan saya ini benar atau ianya sekadar syok sendiri. Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

Hebatnya mereka, mencatur secara ghaib dan melontar batu secara tersembunyi. Tiada apa lagi yang hendak dibanggakan dengan Parti Islam Se-Malaysia ini, Hanya Islam se Malaya pada nama sahaja. Disebabkan omongan kosong bahawa mereka itu popular dan bakal menjadi pemimpin tersohor negara ini (kononnya laaa) mereka-mereka ini memilih jalan selamat dan sebolehnya biar masalah diselesaikan dengan sendiri atau semulajadi walaupun ianya amat pahit sekali. Paling kredit apabila ada pihak lain yang boleh disalahkan. Nasib Laaa Umno, terus menjadi alat jika mereka gagal menangani isu-isu islam.

Masalah yang berlaku pada umat islam di negara ini terjadi kerana ada pihak yang merasa mereka lebih islam dari orang lain. Islam membenarkan perbezaan pendapat tetapi tidak menggalakkan berdebat yang akhirnya menimbulkan perpecahan sesama islam. Ini yang saya faham, tetapi bukan seperti apa yang orang yang kononnya lebih islam dari orang lain itu faham dan hendakkan.

Islam PAS lemah kerana mengejar populariti, lemah kerana ada petualang yang cuba menyakinkan bahawa dengan cara kotor sahaja yang membolehkan islam bawaan PAS itu menang dan menguasai Putrajaya. Islam PAS berjaya di Kelantan kerana majoriti besar melayu tetapi adakah islam PAS akan berjaya di Malaysia. Malaysia adalah Majoriti Melayu tetapi bukan Majoriti besar seperti Negeri Kelantan. Harapa Islam PAS faham dan dapat bezakan perkara tersebut.

Jika Islam PAS berjaya membawa sinar islam itu di Selangor dan Pulau Pinang, Barulah islam PAS boleh mendabik dada dan berbangga. Jika tidak jangan lagi ada sikap syok sendiri dan merasakan sudah dipilih oleh Rakyat walaupun orang Melayu sendiri.

Orang Islam perlu berhati-hati dan mengambil langkah yang lebih drastik kerana musuh islam sentiasa ada dan akan sentiasa berusaha untuk memurtadkan orang islam. Jangan Politikkan isu ini, isu murtad tanggungjawab seluruh umat islam.

Tidak lupa juga kepada pemerintahan Umar Pulau Pinang, Tahniah kerana Anda berjaya!! Akhirnya kita semua dicaturkan.

No comments:

Post a Comment