Klik dan lihat

Monday, August 15, 2011

Kebebasan merosakkan islam amalan pejuang pluralisme

Fahaman Sekularisme dan Humanisme, didorong membabi buta tanpa faham dengan jelas dan teliti, yang akhirnya menampakkan Melayu Islam seperti orang dungu. Dungu kerana mengangkat seorang pejuang Murtad menjadi ikon.

Nyata segelintir orang dan politikus sukakan kebebasan berpendapat untuk menghasilkan sesuatu yang baru, sesuatu yang bakal merosakkan lagi menghancurkan. Kononnya dengan lesen Humanisme, kebebasan bersuara dan berhimpun, mereka boleh berbuat sesuka hati kononnya atas nama kebenaran yang sampah.

Ini sikap kebinatangan dan hawa nafsu yang tinggi jika golongan itu mengamalkan kebebasan tanpa menyumbang hasil yang bermanfaat, berhikmah dan benar menurut islam. Mereka berpolitik hanya untuk mendapatkan nama, berseronok, kepuasan sendiri tanpa memikirkan kesan akibat kepada masyarakat.

Zaman muda yang penuh dengan kejahilan dan kelalaian, trend ini sudah jadi ikutan, trend yang gemar kepada keadaan kacau bilau. Ikon yang cuba mengangkat Hak untuk memilih mengatasi kebenaran,didokong oleh golongan muda negara yang tediri daripada golongan muda Melayu Islam, hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang fana. Melalui fahaman Humanisme mereka perjuangkan kedamaian, perjuangkan kesetaraan, Equality dan jelas mereka tidak mahu dikawal.

Mari kita bersama-sama mengoyakkan selimut kepalsuan yang telah menyelimuti umat islam kini. Umat islam semakin buta, hilang punca hanya kerana fatwa yang berlainan dan bertelagah walaupun ianya isu kecil. Mempertahankan kesucian islam agar tidak terus dikotori oleh fahaman-fahaman yang mengelirukan kadangkala membawa kepada kehancuran hidup.

Melalui pengaruh modenisme dan pascamodenisme kebenaran hakiki mula tercabar. Melayu islam mula hidup berlandaskan persepsi. Wacana dekonstruksi mempengaruhi pemikiran pemimpin Melayu islam, yang akhirnya mereka itu menjadi seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam. Mereka-mereka ini akan merosakkan keharmonian Melayu islam. Mendokong pluralisme, bersungguh-sungguh berhujah demi mempertahankan kedangkalan, akhirnya akan mengundang kerosakan dan kebuntuan hakiki .

Ayuh bangsa ku, sudah cukup kamu diperbodohkan oleh seorang ikon yang kotor.

No comments:

Post a Comment