Klik dan lihat

Monday, December 26, 2011

PKR suka perbodohkan ahli bawahan dan pesaing Kroni.

ImageIni bukan satu usul demokrasi yang ada dalam PKR. Sebarang usul corak dan cara demokrasi dalam PKR adalah ilusi semata-mata. Demokrasi dalam PKR adalah demokrasi yang terbantut dengan campur tangan kepimpinan keliling Anwar Ibrahim. Hairan, tidak ada rasa malu dengan pengamalan tidak demokratik tetapi melaungkan demokratik. Ramai kepimpinan lain – dalam sirkulasi kepimpinan tertinggi tahu bahawa kronisme adalah budaya tertinggi dalam PKR. Budaya kronisme ini semakin menular sehingga mereka yang berada dalam PKR sedar tetapi kelu untuk keluar bersuara.

Bantahan akan menyebabkan seseorang itu terus dilabel sebagai dibayar oleh UMNO. Ini kekuatan propaganda mereka. Mereka bertindak cepat untuk menghukum sebelum sempat individu itu bangkit menyatakan kepincangan terhadap apa yang berlaku dalam PKR. Apa yang ada dalam PKR adalah ahli-ahli yang baru – sedang yang lama semakin mengikut tetapi tidak terlibat. Pelajar dan mahasiswa hari ini akan terus melalui proses kekecewaan mereka yang pernah berada dalam PKR sebelum ini.

Kronisme dalam PKR mempunyai perlambangan yang jelas – Azmin Ali adalah perlambangan kronisme – kehadiran Presiden dan Naib Presiden adalah perlambangan yang amat jelas. Hentaman demokrasi juga ada perlambangan yang jelas – pemilihan dalam PKR amat jelas menunjukkan bahawa demokrasi yang ada adalah demokrasi interpretasi sendiri.

Keadaan kecil mengenai apa yang berlaku – titik dan benih rasuah dan lebih buruk lagi amalan yang kononnya menghalalkan kronisme kerana mahu kekukuhan menentang UMNO boleh dilihat sedang berlaku dalam PKR. Isu yang kecil seperti dalam :

http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/45601-the-mpaj-cover-up-episode-1

http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/46068-the-mpaj-cover-up-episode-2

adalah benih-benih subur korupsi dan kronisme dan nepotisme yang semakin membuat. Namun askar-askar PKR hanya dihidangkan berterusan dengan masalah dalam UMNO untuk menutup kesuburan perkara-perkara negatif dalam PKR.

Lari dari struktur

Melihat perkembangan akhir-akhir ini – membiaknya NGO dalaman PKR, menunjukkan bahawa tindakan menggunakan struktur parti semakin malap. Solidariti Anak Muda Malaysia adalah usaha melarikan perjuangan dari struktur Angkatan Muda Keadilan yang sudah tidak lagi dapat meyakinkan mereka. NGO Jingga 13 juga bertindak berasingan dan banyak lagi NGO yang terbit menunjukkan struktur parti tidak lagi digunakan tetapi apa yang dilakukan adalah perjuangan melibatkan hak rakyat.

Kita dapat lihat keruntuhan AMK akibat mainan dan campur tangan politik Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Ini bukan sesuatu yang asing. Ini adalah hakikat dan mereka yang mahu terus dalam mencapai kejayaan dalam parti itu adalah melalui asosiasi dengan Azmin dan Anwar.

Anak muda hari ini – Solidariti Mahasiswa Malaysia juga hari ini ghairah membicarakan tentangan terhadap kerajaan – hanya merupakan suara pincang kepimpinan PKR yang mahu mengambil anak muda baru menggantikan yang lama yang sudah tahu apa yang berlaku dalam PR.

Azmin Ali adalah kepimpinan yang akan terus menjadi orang terkanan Anwar Ibrahim. Apa sahaja yang dilakukan – menentang Khalid Ibrahim dan menolak mereka yang lain dalam kepimpinan cabang yang tidak sehaluan dengan akan disokong oleh Anwar Ibrahim membabi buta.

Namun ramai yang baru mengenali PKR akan terus tertipu sebagaimana ramai antara kita yang telah mengetahui parti siapa PKR itu.

Saturday, December 24, 2011

PKR Dalam Kenangan ...RIP

Terima kasih kepada insan yang tidak bernama kerana menyenaraikan bilangan Pemimpin PKR yang keluar parti. Tidak disangka-sangka bahawa jumlahnya begitu ramai sekali.

DIHARAP ALUMNI PEMIMPIN PKR DIBAWAH NI AKAN MENYAMBUT ANWAR PADA 9.1.2012 NANTI DI MAHKAMAH.UCAP SELAMAT JALAN. YE!!!

Senarai Pemimpin PKR keluar parti

Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen

Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Monday, December 19, 2011

Bersatu demi agama. Lebih mulia dari taksub kepartian

My Photo

Kenyataan Hasan Ali mengenai walak atau ketaataanya hanya kepada Allah, bukan parti atau lain-lain seharusnya membuka mata kita semua, supaya tidak menjadi terlalu fanatik. Hasan berkata, tiga perkara yang mendasari perjuangannya iaitu Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu. Dalam maksud, Islam memayungi dan menaungi, manakala Melayu dan Raja adalah dua hambaNya yang berpayung di bawah naungan tersebut, kerana Melayu dan Raja sudah sinonim dengan Islam dalam konteks Malaysia. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan tiga perkara tersebut, selarilah dengan perjuangannya. Logiknya ada, parti dan ahli parti, hanyalah wasilah (alat), bersifat sementara dan tidak kekal. Manakala, yang kekal abadi, hanyalah Pencipta dan agamaNya.

Prinsip ini sudah saya pegang sekian lama, biar apapun rakan sebangsa nak kata, saya tidak kisah. Saya tidak mencari keredhaan manusia, tetapi keredhaan Ilahi. Seperti kata Hasan Ali; “Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja…Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya.”

Dari dulu saya katakan melindungi Melayu dan Raja Melayu adalah pada masa sama melindungi Islam. Tidak salah membela bangsa termasuk bangsa lain, selagi mana membela ia dapat menjaga martabat dan maruah agama. Ramai yang faham, tetapi sengaja memesongkan fakta, supaya saya dibenci dan dicaci. Namun, saya sudah lali dengan semua itu.

Saya didesak oleh rakan-rakan seperjuangan Cina Muslim supaya berhenti menulis mempertahankan Melayu kerana ia merugi dakwah Islamiyyah. Alasan mereka, orang Cina semakin menjauhi dan membenci Islam apabila terlalu banyak menulis mempertahankan Melayu, atau terlalu banyak bercakap Melayu sana, Melayu sini. Inilah malangnya nasib saya, rakan sebangsa seagamapun sendiripun tidak memahami, apatah lagi mahu menyokong. Jangan haraplah rakan sebangsa yang tidak Islam. Itu bukan sesuatu yang menghairankan. Hatta, kadangkala adik-beradik, saudara dekatpun bertindak sedemikian.

Saya tegaskan di sini, walaupun pahit. Saya akan memilih atau lebih mempercayai saudara yang tidak sebangsa, tetapi seagama daripada saudara sebangsa, tetapi tidak seagama, walaupun mungkin orang yang dekat dengan saya termasuk adik beradik, sepupu dan ipar duai. Saya rela dipandang hina. Mereka boleh berkata apa sekalipun. Saya telah nekad dan saya tahu apa yang saya lakukan. Bukan kerana pengaruh Umno atau diupah oleh Umno. Tanpa Umno pun saya akan terus menulis mempertahankan kepentingan saudara seagama, meskipun tidak sebangsa.

Ingin juga saya bertanya kepada saudara saya sebangsa dan seagama (Cina Muslim), selama saudara semua berjinak-jinak dengan ultra kiasu, menjadi seperti ultra kiasu, budaya hidup seperti ultra kiasu, sehingga tidak memperdulikan agenda nasional, berapa ramaikah yang telah memeluk Islam? Lembutkah mereka dengan Islam? Berapa ramaikah mereka yang telah dijinakkah untuk mendekati Islam? Semakin kendurlah kata-kata ultra kiasu “langkah mayat aku jika mahu menegakkan Islam” atau mereka semakin kuat menentang Islam?

Apakah sumbangan kita selama ini apabila Islam dihina, dikeji, dipijak dan dienjak-enjak? Paling tidak, pernahkah kita menegur atau bertindak? Jika tidak, tidak perlulah bersusah payah menyuruh saya berhenti menulis. Apakah saya langsung tidak mempunyai hak bersuara? Paling tidakpun mengikut bidang saya sendiri, kalaupun tidak benarkan saya bercakap mengikut perspektif bangsa sendiri yang beragama Islam. Perlu diingatkan, hubungan kita atau toleransi dengan bukan Islam ada batas-batasnya termasuk dengan orang yang paling rapat. Apa guna maruah bangsa terdarjat, jika agama merempat? Apa guna hati sebangsa terjaga, tetapi maruah Islam, dicaci dan dicerca? Ini perkara yang perlu difikirkan bersama.

Buktikan pada saya, apakah program-program Islam yang disokong oleh mereka? Termasuk perlaksanaan syariat Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka, hatta kelab penyokong Pas sekalipun? Saya ingatkah kelab penyokong Pas semakin lembut dengan Islam setelah sekian lama dijinakkan oleh Pas. Namun, keadaan sebaliknya berlaku. Pendek kata, mereka terus menentang secara total dan berstrategi. Seorang bercakap, yang lain pakat-pakat saling sokong menyokong.

Biarlah dakwah Islam tidak berkembang sekalipun, tidak mengapa! Asalkan maruah Islam terjaga dan terpelihara. Lihatlah betapa maruah Islam begitu hebat dihina selepas 11 September 2001, tetapi sambutan terhadap Islam terus hebat. Kenapa? Manusia hari ini sudah bijak menilai antara hak dan batil. Langit terbuka sudah cukup memberikan ruang.

Sekadar berkongsi pengalaman tentang ultra kiasu, tahun lalu adik saya pernah menempelak secara kasar beberapa ultra kiasu yang berbual di kedai kopi, gara-gara perbualan menghina saya. Adik saya jadi berang, lalu menumbuk ultra kiasu tersebut, lalu adik saya berkata: “kalau kamu tidak kenal lagi siapa abang saya, janganlah berkata atau kutuk dia sembarangan. Saya selaku adik dia, walaupun tidak Islam, saya lebih mengetahui isi hati abang saya”. Saya tidak pernah menyuruh adik saya bertindak sedemikian. Tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Ultra kiasu memang tidak sedar diuntung. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mematikan watak yang boleh menggugat mereka. Mereka boleh berkata apa sahaja. Kita pula diberi amaran jangan menyentuh mereka. Pendek kata, kita diminta berhati-hati apabila berkata atau menulis. Prinsip saya, adalah salah membela mereka yang menentang Islam, walaupun sebangsa. Saya akan lebih sayang kepada mereka jika mereka lembut dan bersimpati dengan Islam. Namun, tidak salah membela mereka yang tidak sebangsa, jika mereka mahukan Islam. Hatta, jika mereka tidak mahu sekalipun, kita sepatutnya lebih bersangka baik sesama Islam, kerana kita masih lagi seakidah, ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

Hari ini, Hasan Ali dari Pas, telah tawarkan diri untuk menjadi pengantara perpaduan Melayu Islam. Apa respon Umno dan Pas, dan parti yang mewakili majoriti orang Islam yang lain? Apakah Umno dan Pas akan merasa tergugat dengan kewujudan orang seperti Hasan Ali? Maklumlah, politik hari ini, jika ada ‘orang baru’ yang berkaliber dan berkelulusan, kita merasa terancam. Wahai umat seagama! lupakanlah yang lain, utamakan Islam. Islam mesti didaulatkan, barulah Melayu akan berdarjat. Jika Islam tidak terdaulat, Melayu akan merempat. Jangan sampai tunggu kehancuran ini.

Pas perlu menganggap orang seperti Hasan Ali sebagai aset, jika benar mereka sayangkan Islam, walaupun ada yang menganggap beliau sebagai duri dalam daging. Malah Pas perlukan ramai orang seperti ini, bukannya menjadi pak turut sahaja seperti yang selalu dirujuk kepada Umno. Jika Pas pun tidak dapat menerima dan meraikan perbezaan ini, janganlah Pas bercakap banyak lagi tentang Islam. Ambillah teladan bagaimana Rasulullah dan para sahabat meraikan perbezaan. Sehinggakan seorang anak kecilpun dibenarkan menegur dan pendapat itu diterima.

Wahai orang Umno dan Pas, kamu adalah sebangsa dan seagama, sepatutnya kamu bangsa yang tidak mempunyai masalah kerana menyembah Allah yang satu, Nabi yang satu, Quran yang satu, Syariat yang satu, Kiblat yang satu, Kalimah yang satu, Ibadah yang satu dan banyak lagi yang satu. Persoalan, kenapa dalam banyak perkara kita tidak bersatu? Amat malang sekali, jika satu bangsa seagama hancur, hanya kerana emosi yang menghantui diri, sedangkan mereka mempunyai terlalu banyak persamaan.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Friday, December 16, 2011

PAS akan jadi seperti Iran jika masih bermotifkan permusuhan sesama islam yang tidak sealiran.


Iran sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera ke 5 terkuat di dunia semasa pemerintahan Shah Iran. Apabila berlaku Revolusi Islam Feb 1979, jatuhnya Shah Iran dan naik Ayatollah Khomeini ke tampuk pemerintahan Iran, kebanyakkan Gerakan Islam di seluruh dunia memberi sokongan kepada Iran.

Gerakan Islam termasuk PAS dan Ikhwanul Muslimin menjadikan Iran satu ikon baru untuk diikuti atau paling kurang sebagai "cahaya baru" bagi Islam bagi sambutan abad ke 15 Hijrah.

Kini setelah 32 tahun lahirnya Repablik Islam Iran, timbul beberapa persoalan tentang peranan Iran terhadap Gerakan Islam seluruh dunia.

Antaranya sikap Iran terhadap Mujahidin di Afghanistan. Iran dilihat lebih mementingkan semangat mazhab dalam menangani isu Afghanistan. Ketika Taliban memerintah Afghanistan, Tehran menzahirkan sikapnya menyokong Rashid Dustom yang bermazhab Syiah Ismaliyah yang sesat yang berpengkalan di Mazar e Sharif. Yang mana akhirnya selepas September 11, ianya di namakan Pakatan Utara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk menjajah Iran.

Walhal Iran yang "bermusuh" dengan Amerika sejak Revolusi Iran lagi, tiba-tiba menyokong Pakatan Utara yang sealiran Syiahnya walaupun Amerika bersamanya.

Begitu juga dengan isu Syria terkini. Syria walaupun mempunyai majoriti Sunnah tetapi pimpinannya menganuti Syiah Alawiyah yang sesat sejak Hafiz Assad lagi. Walaupun Syria mengamalkan sistem diktator yang menindas rakyat tetapi Iran dilihat menyokong regim ini atas dasar assobiyyah mazhab walaupun berlainan Syiahnya.

Mengapa Iran menyokong Basar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri? Jika Tehran beralasankan Amerika di sebalik demostrasi itu, mengapa Iran bersama Pakatan Utara yang bersama Amerika menjajah Afghanistan?

Semakin lama sikap mementingkan mazhab Syiahnya semakin terserlah oleh Iran. Iran tidak lagi dilihat oleh Gerakan Islam sebagai ikon yang terbaik buat Gerakan Islam. Kini Turki mengambil alih tugas ini buat Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan juga Asia Tenggara.

Iran hanyalah mementingkan menjaga "tempat suci" di Karbala, Iraq, saudara Syiahnya di Syria dan Afghanistan.

Zaman Gerakan Islam mengambil Iran sebagai ikon seharusnya sudah berlalu. Gerakan Islam perlu mengkaji semula sikap Iran di dunia Islam.

Iran hanya mementingkan fahaman karutnya yang dicampur dengan politik demi politik mazhabnya. Dengan campuran "menunggu Imam Mahdi yang hilang dalam lubang" dengan politik Syiahnya suatu yang mustahil bagi Gerakan Islam menaruh harapan terhadap Iran.

Mana mungkin Iran yang berakidah keturunan Imam Husin sebagai Imam Mahdi menerima Sunnah yang tidak menganggap isu Imam Mahdi sebagai perkara akidah yang ketat.

Suatu yang tidak mustahil, Iran boleh bersama Israel jika Israel "meraikan" fahaman Syiah Iran terutama perkara Imam Mahdi dan menikam belakang Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas.

Alhamdulillah, Dr Yusof Qardawi telah melihat dan menyedari politik sepak teranjang Iran. Beliau menyedari kini Iran tidak boleh dipercayai. Bila-bila masa Iran beralih arah demi mazhabnya menyokong Amerika dan Israel.

Permusuhan Iran dengan Amerika dan Israel sekadar "lakonan". Iran menafikan Holocaust dan Israel mengacah menyerang Iran. Hakikatnya mereka amat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Islam di benua Arab.

Kita mendoakan di kala benua Arab rancak mengalami "Arab Spring", anak-anak muda Iran sedang mengorak langkah menjayakan "Persia Spring" untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar setelah ratusan tahun bumi Parsi di sesatkan oleh fahaman Abdullah bin Saba'."

Wednesday, December 14, 2011

Rentetan Liwat Anu war

Hujah penggulungan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi semalam benar-benar menakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal pro-Anwar, Malaysiakini, melabelkan hujah penggulungan Mohd Yusof itu sebagai ‘serangan ke atas keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh‘.

Beberapa hari sebelum itu, portal yang sama meniupkan satu spekulasi berkenaanMohd Yusof akan meletakkan jawatansebagai Ketua Pendakwaan dalam kes liwat II.

Tajuk ditulis “Peguamcara 2 letak jawatan” seolah-olah menggambarkan Mohd Yusof sudah ‘bosan’ dalam mengetuai pendakwaan ke atas Ketua Umum PKR itu.

Tiada sumber sahih yang dirujuk untuk mengesahkan ‘berita’ itu kecuali bersandarkan ‘sumber tersebut’ yang dipercayai berdasarkan maklumat daripada salah seorang daripada barisan peguam bela Anwar.

Portal itu turut meniupkan spekulasi dengan mengatakan, “difahamkan beliau (Mohd Yusof) telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

“Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut”.

Corak pemberitaaan seperti ini mempunyai unsur niat jahat, menghasut pemikiran rakyat dengan spekulasi tanpa bukti dan berusaha merosakkan reputasi penjawat awam, seolah-olah mahu menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terlibat sebagai ‘ketua konspirator’, pertuduhan liwat II.

Hakikat sebenarnya adalah berkaitan dengan kontrak bagi setiap penjawat awam.

Jawatan Peguam Cara II yang disandang oleh Mohd Yusof adalah jawatan kontrak sebagai pejawat kakitangan kerajaan yang dilaporkan portal itu bakal tamat 1 Januari atau 1 Februari 2012.

Menurut prosedur biasa mana-mana penjawat awam, setiap kontrak yang bakal tamat boleh disambung semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada budi bicara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persetujuan penjawat awam tersebut.

Bijaknya portal itu, persoalan kontrak dikesampingkan, tetapi persoalan letak jawatan yang menjadi fokus untuk meniupkan sentimen-sentimen tersembunyi.

Bayangkan betapa lamanya kes ini berlangsung, hinggakan Mohd Yusof hampir tamat kontrak sebagai Peguamcara II, namun kes ini masih belum selesai.

Saksi utama, Mohd Saiful Bukhari, dari dikenali seorang yang tidak tamat belajar di UNITEN, ketika kes ini dituduh di mahkamah pada 7 Ogos 2008, kini pengadu itu telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Anugerah Sijil Dekan.

Karisma Mohd Yusof

Dari sudut lain, spekulasi berita seperti ini adalah satu ‘pengiktirafan’ kepada karisma Mohd Yusof sebagai Peguam Cara II yang berjaya membuktikan kes pertuduhan ke atas Anwar dan kehebatannya mematahkan setiap hujah dari barisan peguam Anwar.

Anwar sendiri, seperti dilaporkan Malaysian Insidermengakui kehebatan Mohd Yusof itu yang disifatkannya telah berjaya memusnahkan kredibiliti saksi-saksinya terutamanya pakar-pakar dari luar negara.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka (pihak pendakwa) ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia”, kata Anwar.

Konspirasi

Sedaya upaya, Anwar cuba mengaitkan pertuduhan liwat ke atasnya adalah ‘konspirasi politik’ dan ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 seperti mana yang dilaporkan dalam pemberitaan portal itu.

“Anda bercakap mengenai konspirasi. konspirasi apa ? Tiada siapa pun berkonspirasi. Tidak Saiful atau (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) boleh memaksa Anwar untuk melakukannya. Jika ada konspirasi, bermakna Anwar telah bersedia menjadi pelaku yang sukarela (menjayakan konspirasi itu),” kata Mohd Yusof ketika menggulung pendakwaan semalam.

Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membalas permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.

Kenyataan Mohd Yusof disokong dengan bukti kenyataan Anwar yang dilaporkanMalaysian Insider, 28 September yang mengatakan tujuan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi ‘bukan untuk membuktikan konspirasi’, sebaliknya mahu mengetahui secara lebih terperinci apa yang berlaku dalam pertemuan pengadu dengan pasangan itu, pada 24 Jun 2008.

“Tindakan Ketua Pembangkang mensapina pasangan itu dipercayai tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah serta sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.

“Najib dan Rosmah bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar

“Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008″, hujah peguam Najib dan Rosmah yang berjaya mengenepikan sapina tersebut di mahkamah.

Musnah Kredibiliti Pakar Luar

Seperti dikatakan Anwar, pihak pendakwaraya telah memusnahkan kredibiliti tiga orang pakar luar negara yang menjadi saksi pembelanya.

Mereka adalah Dr. Thomas Hoogland, Dr. Brian McDonald dan Dr David Wells.

Menurut Mohd Yusof keterangan Hoogland tidak kredibel berbanding dengan keterangan saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran dari Hospital Kuala Lumpur(HKL).

Mohd Yusof berhujah, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di HKL pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit.

“Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004,” katanya.

Menurutnya, Hoogland hanya memeriksa belakang Anwar pada 8 September 2011, yakni kira-kira 4 tahun selepas kejadian liwat, itu pun kerana dipercayai ada kaitan dengan untuk menjadi saksi pembela di mahkamah.

Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong.

Tindakan pakar luar negara itu memberikan komen-komen liar dan menyatakan bahawa langkah-langkah yang dibuat oleh Lay Hong dalam menjalankan analisis DNA adalah kerja-kerja yang hanya dilakukan oleh robot di negaranya adalah satu perkara yang sangat dipertikaikan dan menyeleweng.

“Bukan sahaja dalam kes kita, malah kes-kes lain juga kredibiliti, kepakaran, kelayakan dan objektiviti Dr. McDonald telah dipertikaikan. Antaranya dalam kes Robert Charles Bropho apabila hakim Goetze DCJ telah menolak keterangannya,” katanya

Timbalan Pendakwa Raya itu untuk beberapa minit yang berikutnya menyenaraikan beberapa lagi kes luar negara yang mana hakim-hakim yang mengendalikan kes tersebut mempertikaikan ‘kepakaran’ McDonald.

“Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Kandang Tertuduh

Mohd Yusof turut memetik kata-kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang antaranya menyebut bahawa keterangan dari Kandang Tertuduh yang tidak membenarkan untuk disoal balas tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan keterangan dari Kandang Saksi.

Hujah pihak pendakwa itu sebagai menjawab rayuan Ketua Peguam Bela, Karpal Singh yang memohon kepada mahkamah untuk menerima keterangan Anwar yang dibuat dari Kandang Tertuduh tanpa bersumpah.

Kata Mohd Yusof keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh itu walaupun banyak melemparkan tuduhan namun ia “seumpama berdiam diri” kerana tertuduh tidak mengemukakan bukti material kepada mahkamah.

“Ini (keterangan Anwar) adalah satu pembohongan semata-mata. Ini tidak mempertikaikan bukti bahawa Anwar telah meminta pengadu Mohd Saiful pergi ke kondo itu … tidak mempertikaikan ketua staffnya meminta Saiful untuk pergi ke kondo itu… tidak mencabar rakaman CCTV,” katanya.

Menurut Mohd Yusof keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Anwar tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.

“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.

Katanya apabila Anwar tidak mempertikaikan kenyataan-kenyataan tersebut, bermaksud ia adalah satu pengakuan atau persetujuan.

Mohd Yusof seperti dilaporkan Bernama menjelaskan Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful.

“Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan,” katanya.

Tuesday, December 13, 2011

Liwat itu berlaku..

Segala hujah sudah diberi..segala pembelaan sudah dilontarkan..cuma satu perkara yang saya fahami..iaitu liwat itu benar-benar berlaku..cuma yang dipersoalkan adalah kredibiliti saksi yang berupaya untuk tidak merelakan liwat itu berlaku.

Kenyataannya, segala spin dan pembohongan bahawa kondo yang tidak wujud, masa yang tidak benar, dan sebagainya itu sudah terjawab kerana ianya telah dibuktikan bahawa mereka berdua memang benar-benar berada disitu. Harus diingat bahawa Pembohongan tidak akan kekal selama-lamanya. Perkara itu diakui sendiri oleh pihak pembelaan.

Permainan ini sudah dipenghujung jalan, Kita akan temui kebenaran walaupun kebenaran itu amat pahit. Saya akan bertambah meluat dengan pihak-pihak yang cuba menyampaikan berita yang tidak benar dan masih cuba menipu sedangkan kita sudah temui kebenarannya.

Ayuh PAS..jangan lagi menjadi manusia yang dungu. Kamu mungkin bijak dalam agama tetapi hakikatnya kamu lemah dengan tipu daya syaitan yang direjam.