Klik dan lihat

Tuesday, December 13, 2011

Liwat itu berlaku..

Segala hujah sudah diberi..segala pembelaan sudah dilontarkan..cuma satu perkara yang saya fahami..iaitu liwat itu benar-benar berlaku..cuma yang dipersoalkan adalah kredibiliti saksi yang berupaya untuk tidak merelakan liwat itu berlaku.

Kenyataannya, segala spin dan pembohongan bahawa kondo yang tidak wujud, masa yang tidak benar, dan sebagainya itu sudah terjawab kerana ianya telah dibuktikan bahawa mereka berdua memang benar-benar berada disitu. Harus diingat bahawa Pembohongan tidak akan kekal selama-lamanya. Perkara itu diakui sendiri oleh pihak pembelaan.

Permainan ini sudah dipenghujung jalan, Kita akan temui kebenaran walaupun kebenaran itu amat pahit. Saya akan bertambah meluat dengan pihak-pihak yang cuba menyampaikan berita yang tidak benar dan masih cuba menipu sedangkan kita sudah temui kebenarannya.

Ayuh PAS..jangan lagi menjadi manusia yang dungu. Kamu mungkin bijak dalam agama tetapi hakikatnya kamu lemah dengan tipu daya syaitan yang direjam.

1 comment:

  1. kenapa masih ada manusia yang bodoh dan bengap yang masih percaya bahawa kes itu kes fitnah sedangkan dari segi fakta ia menunjukkan kejadian liwat benar-benar berlaku..

    Dunia akhir zaman..manusia mudah ditipu dan diperbodohkan oleh golongan munafik.

    ReplyDelete