Klik dan lihat

Wednesday, December 14, 2011

Rentetan Liwat Anu war

Hujah penggulungan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi semalam benar-benar menakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal pro-Anwar, Malaysiakini, melabelkan hujah penggulungan Mohd Yusof itu sebagai ‘serangan ke atas keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh‘.

Beberapa hari sebelum itu, portal yang sama meniupkan satu spekulasi berkenaanMohd Yusof akan meletakkan jawatansebagai Ketua Pendakwaan dalam kes liwat II.

Tajuk ditulis “Peguamcara 2 letak jawatan” seolah-olah menggambarkan Mohd Yusof sudah ‘bosan’ dalam mengetuai pendakwaan ke atas Ketua Umum PKR itu.

Tiada sumber sahih yang dirujuk untuk mengesahkan ‘berita’ itu kecuali bersandarkan ‘sumber tersebut’ yang dipercayai berdasarkan maklumat daripada salah seorang daripada barisan peguam bela Anwar.

Portal itu turut meniupkan spekulasi dengan mengatakan, “difahamkan beliau (Mohd Yusof) telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

“Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut”.

Corak pemberitaaan seperti ini mempunyai unsur niat jahat, menghasut pemikiran rakyat dengan spekulasi tanpa bukti dan berusaha merosakkan reputasi penjawat awam, seolah-olah mahu menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terlibat sebagai ‘ketua konspirator’, pertuduhan liwat II.

Hakikat sebenarnya adalah berkaitan dengan kontrak bagi setiap penjawat awam.

Jawatan Peguam Cara II yang disandang oleh Mohd Yusof adalah jawatan kontrak sebagai pejawat kakitangan kerajaan yang dilaporkan portal itu bakal tamat 1 Januari atau 1 Februari 2012.

Menurut prosedur biasa mana-mana penjawat awam, setiap kontrak yang bakal tamat boleh disambung semula dalam tempoh tertentu bergantung kepada budi bicara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persetujuan penjawat awam tersebut.

Bijaknya portal itu, persoalan kontrak dikesampingkan, tetapi persoalan letak jawatan yang menjadi fokus untuk meniupkan sentimen-sentimen tersembunyi.

Bayangkan betapa lamanya kes ini berlangsung, hinggakan Mohd Yusof hampir tamat kontrak sebagai Peguamcara II, namun kes ini masih belum selesai.

Saksi utama, Mohd Saiful Bukhari, dari dikenali seorang yang tidak tamat belajar di UNITEN, ketika kes ini dituduh di mahkamah pada 7 Ogos 2008, kini pengadu itu telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Anugerah Sijil Dekan.

Karisma Mohd Yusof

Dari sudut lain, spekulasi berita seperti ini adalah satu ‘pengiktirafan’ kepada karisma Mohd Yusof sebagai Peguam Cara II yang berjaya membuktikan kes pertuduhan ke atas Anwar dan kehebatannya mematahkan setiap hujah dari barisan peguam Anwar.

Anwar sendiri, seperti dilaporkan Malaysian Insidermengakui kehebatan Mohd Yusof itu yang disifatkannya telah berjaya memusnahkan kredibiliti saksi-saksinya terutamanya pakar-pakar dari luar negara.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka (pihak pendakwa) ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia”, kata Anwar.

Konspirasi

Sedaya upaya, Anwar cuba mengaitkan pertuduhan liwat ke atasnya adalah ‘konspirasi politik’ dan ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 seperti mana yang dilaporkan dalam pemberitaan portal itu.

“Anda bercakap mengenai konspirasi. konspirasi apa ? Tiada siapa pun berkonspirasi. Tidak Saiful atau (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) boleh memaksa Anwar untuk melakukannya. Jika ada konspirasi, bermakna Anwar telah bersedia menjadi pelaku yang sukarela (menjayakan konspirasi itu),” kata Mohd Yusof ketika menggulung pendakwaan semalam.

Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membalas permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.

Kenyataan Mohd Yusof disokong dengan bukti kenyataan Anwar yang dilaporkanMalaysian Insider, 28 September yang mengatakan tujuan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi ‘bukan untuk membuktikan konspirasi’, sebaliknya mahu mengetahui secara lebih terperinci apa yang berlaku dalam pertemuan pengadu dengan pasangan itu, pada 24 Jun 2008.

“Tindakan Ketua Pembangkang mensapina pasangan itu dipercayai tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah serta sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.

“Najib dan Rosmah bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar

“Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008″, hujah peguam Najib dan Rosmah yang berjaya mengenepikan sapina tersebut di mahkamah.

Musnah Kredibiliti Pakar Luar

Seperti dikatakan Anwar, pihak pendakwaraya telah memusnahkan kredibiliti tiga orang pakar luar negara yang menjadi saksi pembelanya.

Mereka adalah Dr. Thomas Hoogland, Dr. Brian McDonald dan Dr David Wells.

Menurut Mohd Yusof keterangan Hoogland tidak kredibel berbanding dengan keterangan saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran dari Hospital Kuala Lumpur(HKL).

Mohd Yusof berhujah, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di HKL pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit.

“Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004,” katanya.

Menurutnya, Hoogland hanya memeriksa belakang Anwar pada 8 September 2011, yakni kira-kira 4 tahun selepas kejadian liwat, itu pun kerana dipercayai ada kaitan dengan untuk menjadi saksi pembela di mahkamah.

Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong.

Tindakan pakar luar negara itu memberikan komen-komen liar dan menyatakan bahawa langkah-langkah yang dibuat oleh Lay Hong dalam menjalankan analisis DNA adalah kerja-kerja yang hanya dilakukan oleh robot di negaranya adalah satu perkara yang sangat dipertikaikan dan menyeleweng.

“Bukan sahaja dalam kes kita, malah kes-kes lain juga kredibiliti, kepakaran, kelayakan dan objektiviti Dr. McDonald telah dipertikaikan. Antaranya dalam kes Robert Charles Bropho apabila hakim Goetze DCJ telah menolak keterangannya,” katanya

Timbalan Pendakwa Raya itu untuk beberapa minit yang berikutnya menyenaraikan beberapa lagi kes luar negara yang mana hakim-hakim yang mengendalikan kes tersebut mempertikaikan ‘kepakaran’ McDonald.

“Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Kandang Tertuduh

Mohd Yusof turut memetik kata-kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang antaranya menyebut bahawa keterangan dari Kandang Tertuduh yang tidak membenarkan untuk disoal balas tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan keterangan dari Kandang Saksi.

Hujah pihak pendakwa itu sebagai menjawab rayuan Ketua Peguam Bela, Karpal Singh yang memohon kepada mahkamah untuk menerima keterangan Anwar yang dibuat dari Kandang Tertuduh tanpa bersumpah.

Kata Mohd Yusof keterangan Anwar dari Kandang Tertuduh itu walaupun banyak melemparkan tuduhan namun ia “seumpama berdiam diri” kerana tertuduh tidak mengemukakan bukti material kepada mahkamah.

“Ini (keterangan Anwar) adalah satu pembohongan semata-mata. Ini tidak mempertikaikan bukti bahawa Anwar telah meminta pengadu Mohd Saiful pergi ke kondo itu … tidak mempertikaikan ketua staffnya meminta Saiful untuk pergi ke kondo itu… tidak mencabar rakaman CCTV,” katanya.

Menurut Mohd Yusof keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Anwar tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.

“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.

Katanya apabila Anwar tidak mempertikaikan kenyataan-kenyataan tersebut, bermaksud ia adalah satu pengakuan atau persetujuan.

Mohd Yusof seperti dilaporkan Bernama menjelaskan Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful.

“Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment